Part 11 : Kem Bulan Madu (part2)

552 33 3
                                    

Waktu ni dah waktu tidur dah.nak cakap aku tidur lena tak lah juga sebab kepala aku pening sangat waktu tu.Selepas tu tiba tiba zip khemah aku dibuka oleh "zahrin"."good morning princess"kata zahrin.Aku pun keluar dari khemah aku yang masih dalam keadaan pening dan mengikat rambut yang serabai tu.

Kahar membunyi kan siren dari pembesar suara untuk membangun kan semua orang "selamat pagi buta..... moto kedua sekolah kita.... "Tabah"...... tabah bermuhasabah dan tabah menghadap benda benda yang bagi korang trauma.Sekarang aku akan ceritakan dekat korang rahsia terbesar Kem Bulan Madu...... Teh madu yang korang minum sepanjang hari ni bukan sebarang madu.... Menurut kitab high council..... madu tu boleh buka "hijab" mata kita....paksa kita tengok benda benda yang kita paling takut dalam dunia ni".

"woii kau racun ke apa kat kitaorang ni!"jerit Fakhri yang tengah mengendong ayam."dalam keadaan macam ni...... Korang semua akan diletakkan jauh daripada satu sama lain..... dekat dalam hutan sekolah kita ni"kata kahar.lepas tu aku nampak sorang sorang kena tutup mata dengan kain dan akhirnya aku pula.Aku boleh rasa diorang bawak aku jauh dari tapak perkhemahan.

Selepas itu diorang berhenti dan dudukkan aku dekat satu tempat ni dan lalu pergi.Aku pun membuka kain yang menutup mata aku tu.aku hanya nampak semak samun sahaja keliling aku.eh jap aku macam nampak orang tadi.aku pun bangun dan mendekatinya tapi aik dia hilang dah.

Aku pusing balik dan aku seperti ternampak naim dan Fakhri tapi apahal muka diorang pucat."abang.... Abang ok tak ni....abang"aku memanggil diorang dari pergi."abang tunggu lah adik"aku pun mengejar diorang dari jauh tapi aku berlari tanpa aku sedar dekat depan aku ada tanah yang rendah yang boleh membuat aku jatuh.dan ye aku jatuh.aku tengok tangan aku yang berdarah "arghhh".aku pun tengok ke kanan aku,aku nampak banyak darah merata tempat Dan seperti ada orang tengah berlari ke arah aku dengan memegang parang.aku pun bangun dan berlari darinya.

aku lari hingga lah aku terberhenti dekat tangki air yang besar tu sebab aku nampak naim dengan fakhri sedang bergaduh."habis tu kau?..... Kau hancur kan semua benda...... Kau hancurkan hidup aku dekat KUDRAT...... Kau hancur kan family kita.... Hei kau hidup pun  bawak sial la!"jerit naim ke Fakhri dan Fakhri pun dah naik baran.diorang pun mula bergaduh.Aku berlari ke diorang untuk cuba berhentikan daripada bergaduh "abang dah lah tu!"."kau siapa nak panggil aku abang! kau tu anak angkat je lah!"Fakhri menolak aku.Ye aku dah lama dah tahu aku ni anak angkat yelah takkan kembar dengan si fakhri tu tapi ia tetap buat aku rasa tersinggung.aku terdiam sahaja.dan masa tuh kahar dengan geng dia datang disebabkan suara diorang yang kuat.

"Sanggup kau cakap macam tu dekat adik kan"naim bersuara."dia bukan adik aku lah!"jawab fakhri dan lalu pergi.dan masa tu lah aku ternampak lembaga  hitam mata merah merata rata tempat dan juga dekat depan muka aku.aku seperti rasa sesak nafas dan terlutut."adik!......adik!"naim memanggil aku dan sedang cuba untuk tenangkan aku."adik nampak...."aku cuba untuk memberitahu."takpe abang tahu.... Adik itu cuma halusinasi adik je...... "tapi aku tetap takut kerana mata merahnya seperti sedang dalam kemarahan.aku tengok ke sekeliling aku yang penuh dengannya."adik ..... Adik pandang abang  je..... Adik!"aku pun memandang ke naim dan menangis.aku pun tak tahu kenapa aku nangis.Naim pun memeluk aku untuk tenang.

Selepas itu kitaorang balik ke tapak perkhemahan.

Skip time...

Semua dah balik dorm masing masing sebab dah habis kem waktu tu.

Paginya aku terbangun sebab rasa nak muntah.aku terus lari ke bilik air.......

Ismet's SiblingsWhere stories live. Discover now