Chapter 1:Banglo berhantu

103 8 3
                                    

"Weii seriuslah kau nak masuk rumah ni?"soal lelaki yang berbadan gempal itu yang mula berasa takut akan entiti yang bakal muncul di dalam rumah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Weii seriuslah kau nak masuk rumah ni?"soal lelaki yang berbadan gempal itu yang mula berasa takut akan entiti yang bakal muncul di dalam rumah itu."diam ah kau!kalau kau takut sangat,kau tunggu kat luar!Semak je!"kata salah seorang lelaki yang mula rimas terhadap lelaki berbadan gempal itu."Haah kau tunggu je kat luar kalau kau takut"kata seorang lagi lelaki yang menyokong kata kawannya seorang itu."hehehehe hmm takpelah...aku ikut korang je lah"kata lelaki gempal itu apabila melihat persekitaran halaman rumah banglo yang berhantu di kala malam itu."Tau pun kau takut,so baik kau diam je"kata lelaki yang lebih dikenali sebagai fir itu.

Seperti yang dirancang, mereka bertiga pun memberanikan diri untuk menjejakkan kaki ke rumah banglo yang dikatakan berhantu oleh penduduk di sekitar kawasan tersebut
demi menjayakan aktiviti paranormal mereka."sape ni?"soal Man apabila ternampak potret keluarga british di ruang utama itu.

          Namun apa yang menarik perhatiannya adalah seorang lelaki muda berambut perang bermata biru dan berpakaian seragam seperti tentera British yang berumur awal 20an dan berdiri tepat di sebelah Sir Rowan."ouh ni anak lelaki Sir Rowan...kau tak belajar sejarah ke apa?"terang Fir kepada Man dan Man hanya mengangguk tanda mengiyakan."Hensem jugak orang dulu-dulu ni"puji Man secara spontan."Memanglah dah nama pun Mat Saleh...kau ni agak-agaklah tapi hensem lagi aku lah"puji fir dengan bangga ke atas dirinya.Man hanya mencebik melihat perlakuan sahabatnya yang seorang itu yang seperti isi bakul angkat sendiri."btw kau dah nak record ke?"soal fir kepada man yang sudah sedia memegang kamera."ya"balas man sepatah."ok kau Zul, nyalakan torchlight tu"arah fir selaku ketua paranormal di antara mereka bertiga.Zul yang berasa takut hanya mengikuti arahan Fir.

"okay ready 1,2,3"kata Man lalu mulai merakam aktiviti paranormal mereka."Baiklah selamat malam kepada penonton sekalian... seperti yang dijanjikan kepada kalian semua, kami akan membuat aktiviti paranormal di rumah banglo Sir Rowan yang telah ditinggalkan selama 82 tahun oleh sir Rowan di zaman penjajahan Jepun.."terang Fir namun belum sempat Fir hendak menyambung kata-katanya, kedengaran bunyi rantai besi diseret."Bunyi apa tu woii"kata Zul sambil matanya meliar melihat persekitaran kelam rumah itu dan mulai ketakutan sehingga memeluk lengan fir."eh diamlah kau"kata fir yang cuba menepis tangan Zul.Dia juga mulai berasa takut akan bunyi misteri itu."Man kau still record kan?"soal fir kepada man yang setia memegang kamera.Man yang juga berasa takut hanya mengangguk "Baiklah seperti yang korang tahu..."sambung Fir lagi

"Bammm!!"tiba-tiba ada satu tubuh yang jatuh menghempap badan Zul."ARGHHHH"jerit Zul yang berasa sakit sekaligus terkejut dihempap.Fir dan Man yang melihat berasa terkejut dengan apa yang mereka lihat kerana yang menghempap badan Zul itu tubuh manusia yang telah mati.Fir dan Man cuba menarik Zul dari dihimpit susuk tubuh yang menakutkan itu."Tolong akuuu"jerit Zul sambil ditarik oleh Fir dan Man.Zul pun berjaya ditarik oleh Fir dan Man lalu Zul yang ketakutan itu cuba mendapatkan lengan Fir untuk berpaut."Weii apa tu"soal Man yang mulai meremang bulu romanya apabila melihat susuk tubuh yang masih tertiarap itu."Aku tak tau do"balas Fir yang juga semakin takut dengan apa yang dia lihat sekarang ini.

Tiba-tiba susuk itu bergerak berselang-seli dengan bunyi seperti tulang patah."Weii"kata Zul sambil berundur ke belakang apabila melihat susuk tubuh itu mulai berdiri tepat di hadapan mereka.Susuk tubuh itu menyerupai lelaki muda yang berada di potret itu.Tatapan tajam mata putihnya yang kosong dan wajahnya yang putih pucat tidak berdarah itu sudah cukup membuatkan tiga sahabat itu berasa seram melihatnya."KELUARR"tengking entiti yang berang akan perlakuan tiga sahabat itu di dalam rumahnya.Apa lagi, tiga sahabat itu pun berlari bertempiaran keluar tidak tentu hala meninggalkan rumah banglo yang terkenal akan cerita seramnya itu.

Seiring dengan masa yang berlalu,rumah banglo itu menjadi buah mulut cerita penduduk di sekitar kawasan itu dek kerana kejadian tiga orang ahli paranormal itu.Kutu-kutu rayau juga mengubah fikiran untuk tidak menjadikan rumah banglo itu sebagai tempat lepak mereka disebabkan entiti yang menyeramkan tidak berjasad itu.

CHARLESWhere stories live. Discover now