Bab 3

8.1K 336 10
                                    

AFYA melabuhkan punggung di kerusi apabila Firzan tolong bukakan kerusi untuknya. Semua mata di situ memandang ke arah mereka berdua. Afya jadi bertambah segan.

"Jemputlah makan. Jangan malu-malu. Aunty masak spesial hari ni sebab Firzan cakap nak bawa balik calon menantu." Datin Arini mengerling ke arah Firzan.

"Firzan cakap girlfriend aje kan ma. Mana ada cakap calon menantu." Firzan menyampuk.

"Ish kamu ni. Sama lah tu. Dah dia girlfriend kamu, mestilah dah jadi calon menantu. Betul tak Afya?"

Afya mengangguk lalu tersenyum kekok. Di meja makan itu juga ada Dato' Farhad, Faliq dan Mawar.

"Dah berapa lama kamu berdua bercinta?" soal Datin Arini lagi.

"Tiga bulan," jawab Firzan.

"Macam mana boleh kenal?"

"Afya junior Firzan waktu di sekolah. Kami pernah bercinta sekejap masa tu." Firzan mereka cerita.

"Beza umur kamu berdua berapa tahun?"

"Dua tahun."

Sejak tadi hanya mereka berdua saja yang berbual. Yang lain hanya jadi pendengar.

"Asyik kamu aje yang jawab. Sekarang mama nak tanya Afya pula, ibu bapa kamu masih ada?"

Afya menggeleng. "Ayah dan ibu saya dah meninggal, aunty."

"Oh... Minta maaflah kalau buat kamu sedih. Aunty bukan apa. Aunty kalau boleh nak lah juga kenal dengan ibu bapa kamu."

"Tak apa aunty, Afya faham." Afya tersenyum nipis.

"Dah lah. Kita makan dulu. Perut semua orang mesti dah lapar. Nanti pula buka sesi interview." Dato' Farhad mencelah.

Firzan pula sedang melirik ke arah seseorang. Dia tersenyum sinis. Rancangannya baru saja dimulai.

"Afya sekarang kerja di mana?" Kini giliran Dato' Farhad pula bertanya.

"Sekarang saya bekerja di sebuah café," jawab Afya dengan tenang. Padahal dia baru saja diterima bekerja di situ.

"Afya ambil bidang apa di universiti dulu?"

"Business Management," jawab Firzan dengan pantas.

"Papa kan tanya Afya. Kenapa kamu pula yang jawab?" Datin Arini mencelah.

Semua mata tertumpu kepada Afya semula.

"Betul lah tu. Saya ambil bidang tu di universiti dulu." Afya terpaksa mengiakan. Padahal dia tak sambung belajar di mana-mana disebabkan terpaksa menjaga arwah ibunya yang sakit ketika itu.

Bermacam soalan ditanyakan kepada Afya. Dan semua soalan dapat dijawab dengan baik. Ahli keluarga Firzan masih percaya dengan hubungan mereka.

HARI pertama Afya masuk kerja, dia diajar membancuh air terlebih dahulu. Zafir sebagai staff paling senior di situ, mengajar Afya membuat kopi.

"Pastikan serbuk kopi betul-betul penuh kat dalam ni, baru awak masukkan dekat mesin ni." Zafir mengajar Afya satu-persatu. Afya mengangguk sebagai tanda faham.

"Okay, sekarang awak pula cuba buat," kata Zafir.

Afya mula melakukan sepertimana yang telah diajar oleh Zafir. Setelah kopi itu siap, dia berikan kepada Zafir. Kemudian, Zafir cuba merasa kopi buatan Afya.

"Okay... Pass!"

Afya tersenyum. Dia juga diminta untuk menjaga di bahagian cashier. Dia diajar mengendalikan kaunter dan petty cash. Meskipun dia masih baru, dia dapat faham dengan mudah. Dia sejenis yang mudah menangkap apa saja ilmu.

FIRZAN ASYTAR (BAKAL TERBIT)Where stories live. Discover now