Page 9: "Tiada gunanya meneruskan hidup"

28 5 0
                                    

Aku berada di titik paling terendah di dalam hidupku. Ibu tidak menyayangiku, bahkan dia ingin aku mati dan lenyap dari hidupnya. Dia sering mencaciku, mengatakan bahawa aku anak tak guna, anak sial dan bermacam lagi kata makian yang tak mampu aku senaraikan.

Di sekolah, aku menjadi hamba abdi Danielle. Aku dipukul dan diperlakukan bak binatang. Mereka melakukan sesuka hati ke atas tubuhku bahkan menyuruh pelajar lelaki untuk meraba tubuhku.

Aku diikat, kemudian diraba oleh pelajar lelaki. Danielle dan teman-temannya menonton dengan gelak tawa. Aku berteriak dan meronta untuk dilepaskan tapi mereka tidak peduli.

Pihak sekolah juga hanya menutup mata. Tiada satupun yang berani bersuara ke atas perbuatan Danielle terhadapku.

Setiap malam aku menangis, mengingatkan mendiang ayah. Jika dia ada, pasti ada yang menyelamatkan ku. Pasti ada yang melindungiku.

Kini, sudah larut malam. Aku berjalan sendirian di jambatan sungai han. Aku merenung diri.

Patutkah aku mengakhiri hidup menyedihkan ini?

Kakiku memanjat pagar jembatan.

Tangis ku hambur sehabisnya. Tidak tersisa.

Tiada gunanya meneruskan hidup.

Sincerely, Hanni Where stories live. Discover now