"Jooyeon kau ada nampak Hani tak? Kenapa dia tak masuk kelas dari tadi?" Tanya Jiseok sambil melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi kosong yang bersebelahan dengan Jooyeon.

"Lah kau ke mana tadi? bukan kau dengan dia ke?" Soal Jooyeon kembali.

"Tak tadi aku dengan Minji" balasnya

"Dengan Minji? Kau luah perasaan dekat dia ke?" Bertubi-tubi Jooyeon mula menyoal.

Jiseok hanya mengangguk kan kepalanya.

"And then dia accept atau tak?"

"Accept and ada free gift kiss lagi" balas Jiseok sambil tersimpul malu sehingga menyebabkan Jooyeon ketawa berdekah.

"Fuhhh tahniah weh kau dah bahagia" balas Jooyeon sambil menepuk perlahan bahu Jiseok.

Hani yang kebetulan baru sahaja masuk ke dalam kelas, hanya mendengar sahaja perbualan dua sekawan tu, dengan lantas dia segera duduk di tempatnya, pandangan di alihkan ke arah luar tingkap melihat burung-burung bebas berterabangan di atas langit membiru.

"Kau okay Hani?" Sapa Jiseok, segera dia datang menghampiri ke meja Hani.

Hani segera mengalihkan pandangannya ke arah Jiseok.

"Aku okay ja cuma aku rasa macam nak demam, aku nak tidur kejap" balas Hani sambil meletakkan kepalanya di atas meja.

Jiseok dengan pantas meletakkan tangannya di atas dahi Hani, terasa panas.

"Kau nak aku hantar kau pergi bilik kesihatan ke?" Pelawanya. Namun Hani hanya mengelengkan kepalanya sahaja.

"Btw Jiseok, Congratulations" ucapnya sebelum terlena di buai mimpi.

🫧

Hujan turun dengan lebat pada petang itu, Hani hanya mampu termenung mengenangkan nasibnya sahaja, mahu pulang ke rumah cuaca tidak mengizinkan malah payung pon dia tidak bawak, maka terperangkaplah dia di dalam kawasan sekolah  seorang diri.

"Kau tak bawak payung ke?" Soal Jiseok yang kebetulan terserempak dengan Hani ketika itu, dia sangka gadis ini sudah pulang terlebih dahulu.

"Tak bawak" balasnya ringkas.

Jiseok segera meneliti jam yang berada di pergelangan tangannya, kini jarum jam sudah menunjukkan tepat pada pukul 3:00 petang, hampir sejam Hani sudah tersidai di sini.

"Nah guna payung aku" pelawa Jiseok sambil menghulurkan sekaki payung miliknya ke arah Hani.

Hani terkesima sebentar.

"Tapi kalau kau bagi aku payung kau, kau nak guna apa? Nanti kau yang sakit dah lah minggu depan kau ada compettion band kan?" Soal Hani, dia tidak mahu menyusahkan lelaki ini, cukuplah.

Jiseok segera merapatkan dirinya ke arah Hani, gadis itu sudah panik dia mula mengundur ke belakang namun akhirnya dia tersandar tepat di dinding, jantungnya mula berdegup laju, tunggu masa sahaja nak meletup.

"Aku boleh redah hujan ni, aku nak kau selamat balik rumah" balasnya sambil meletakkan payung tersebut di sebelah Hani.

Segera dia menjarakkan dirinya dari Hani, dia tahu bahawa gadis itu tidak selesa, malah wajah gadis itu sudah merah seperti tomato.

"Aku balik dulu hati-hati , kalau tak sihat jangan datang sekolah, take care" ucapnya sambil perlahan mengosok kepala Hani, habis serabai rambutnya.

"Weh rambut aku" rengek Hani sambil memandang tajam ke arah Jiseok yang sudah berlalu pergi meninggalkannya.

Kini, suasana menjadi senyap sunyi hanya kedengaran bunyi hujan yang turun membasahi seluruh muka bumi sahaja.

Hani menghela nafas kecil, payung yang berada di sebelahnya tadi segera di capai lalu di bukanya.

"Lee Hani Fighting!!!" Bisiknya sambil tersenyum kelat.

"You must be bored out your mind
You should really take that
nonsense somewhere else"



to be continued•
|ubikentangbergolek|

Complicated [Kwak Jiseok]Where stories live. Discover now