BAB 3

2 0 0
                                    

Alex mengambil tempatnya yang berada di hujung kelas. Sebenarnya dia tak berapa kisah sangat sebab dia duduk seorang diri je dekat situ. Senang nak tenung budak baik yang penat dikejarnya.

"Weyh Aniq, sekarang waktu apa?" soal Alex kepada Aniq yang duduk di hadapannya.

"PJK tapi cikgu kata nak mengajar PK and campur laki perempuan." ujar Aniq selamba.

"Bila je kita asing-asing lelaki and perempuan?" soal Alex curious.

"Waktu PJ perempuan game diorang kita game kitalah..." ujar Aniq lagi.

Alex menganggukkan kepalanya kemudian membawa keluar buku teks.

Amira, girlfriend Aniq datang menegur.

"Hai Aniq, Alex."ujar Amira sambil senyum tipis.

"Ouh haii.." ujar Aniq ceria.

"Hmm.." balas Alex .

"Dia marah saya ke sebab interrupt korang berdua?"soal Amira dengan berbisik.

"Ehh... tak-tak dia memang macam tu pun. Garang tak bertempat jadi Mira jangan terasa ye." pujuk Aniq.

"Nasib Aniq comel, kalau tak memang saya takkan maafkan kawan baik awak." ujar Amira selamba kemudian meletakkan susu coklat kegemaran Aniq.

Aniq hanya terkedu di situ manakala Alex membuat hal sendiri.

"Ok semua sila duduk tempat masing-masing." ujar Cikgu Azkael a.k.a Cikgu PJK kelas mereka.

Semua murid di dalam kelas duduk di tempat masing-masing dan membawa keluar buku PK menandakan mereka bersedia untuk memulakan pelajaran mereka.

"Saya mahu kamu semua bina kumpulan sendiri since dalam kelas ni ada... hah 27 jadi akan ada 5 kumpulan. Saya nak kamu bercampur lelaki dan perempuan faham?" soal Cikgu Azkael.

Semua pelajar kelas 5 Amanda menganggukan kepala.

"Okey semua bergerak sekarang." arah Cikgu Azkael.

"Weyh Nia kita sekumpulan nak?" soal lelaki 1.

"Mana boleh Nia nak kumpulan dengan aku kan?" ujar lelaki 2.

Nia naik pening kepala. Adatlah budak popular sekolah kan.

"Ermm... Saya minta maaf saya dah cadang nak sekumpulan dengan Ayuni, Mira, Alex dengan Aniq" ujar Nia menyebut semua nama rakan rapatnya.

Alex mendengar namanya di sebut bergerak ke arah Nia.

"Back off she's mine bro..."ujar Alex dengan nada dingin.

Budak-budak lelaki yang penuh di meja Nia lari menyelamatkan diri mereka. Takut dengan Alex yang dingin dan seram.

"Femes gak kau ni kan... Sampaikan hampir semua lelaki single dalam kelas ni nak kan kau." ujar Alex selamba.

"Tapi kau tak pun.."ujar Nia nada perlahan namun cukup untuk didengari oleh Alex.

"Hei pendek, of course lah aku tak sebab..." Alex menundukkan kepalanya sikit dan agak rapat dengan Nia.

"I've taken by you, shortie" ujar Alex berbisik.

Muka Nia bertukar merah padam. Alex kalau tak flirt dengan Nia tak sah.

"Oi jomlah duduk dalam kumpulan si lion tengah tengok tu." ujar Ayuni takut-takut.

Alex duduk disebelah Nia manakala Aniq duduk disebelah Amira dan Ayuni ditinggalkan keseorangan.

"Ok grup mana yang tak de 6 orang ahli kumpulan?" soal cikgu Azkael.

Ms Shortie and Mr Cold-Hearted.Where stories live. Discover now