Chapter 2 - Selamat tahun baru.

2 1 0
                                    

Ayla POV.

Aku ditempatkan didalam kelas yang sama dengan ketiga-tiga sahabat nakal ku.

"Ayla, kau ada makanan tak?" tanya Lydia sambil mengorek beg sekolahku.

"Takda. Kenapa? Lapar?"

"Hmm, ya." Jawabnya ringkas sebelum kembali ke tempat duduk nya dengan riak kecewa. Aku melihat kearah Vivy dan Kate yang sibuk bermain phone sebelum guru subjek sejarah kami masuk.

"Baiklah murid-murid. Nama saya Cikgu Sarah dan saya akan mengajar subjek..."

Pandangan ku merayau entah kemana. Suara cikgu itu kian memudar. Mood cuti sekolah masih terasa. Ingin saja aku skip waktu pertama ni dan terus melepak di kantin, tapi aku tak berani. Apalagi ini tahun terakhir ku sebelum tamat tingkatan. Nanti, tak pasal-pasal rekod sahsiah ku bertanda merah!😬
.
.
.

"Ayla, aku betul-betul geram lah!" Kate memulakan bicara saat kami sedang makan di kantin.

Aku mengangkat sebelah kening ku tanpa mengalihkan wajah dari makanan dihadapan.

Kate menunggu jawapan. Dan cuba mengatur duduknya agar tegak.

"cikgu sejarah baru kita tadi cakap setiap pelajar harus buat folio sejarah secara bersendirian. Dah la aku paling anti sejarah," lanjutnya sambil menggaru kepala.

"Takpa, buat je lah," balas ku tak acuh.

"Kau senang cakap. Kau mungkin suka Subjek tu tapi tidak bagi aku. Betul tak?"

Vivy dan Lydia mengangguk setuju. Lalu aku meletakkan sudu.

"Kate...," pujuk ku.

"Folio tu baru je diumumkan, belum ada title projek lagi. Lagipun ini kan baru first day kita? Masih jauh lagi bulan Oktober tu sebelum kau hantar folio kau. Aku percaya kita pasti sempat buat punya. Lagipun markah folio ini affect purata akhir tahun kita," terangku panjang lebar sambil tersenyum nipis.

"Tapi kan, nanti tak dapat la aku keluar dating dengan dia.."

(Eleh.... Ke situ pula otak dia) fikirku.

"Takpa, kita cuba je buat yang terbaik. Kau mula dengan research dulu. Then, baru kau tahu apa nak tulis dalam folio kau nanti"

"Yup, betul cakap Ayla." sokong Vivy.

Dia kehabisan kata-kata sebelum mengambil sudu dan mulai mengunyah makanannya yang sejak dari tadi tak disentuh.

Kami yang lain hanya mampu bersimpati. Walau apapun, bukan cuma dia je yang tersiksa dengan tugasan sekolah ni! Aku yang malas baca buku pun akan terpaksa merajin-rajin kan tangan ku membuka buku sejarah selepas ni. Demi markah..😞
.
.
.
.
.
Petang itu, aku sengaja stay back sebab nak lepak dengan kawan-kawan yang lain setelah sebulan cuti sekolah.

"Aku dengar mereka bersepuluh sengaja pergi berkhemah dikawasan hutan tu. Kau tahu sendiri kan, bulan Desember kan musim hujan?" terang Ronny.

"Lalu?" tanya Felicia.😳

"Entah!🤷🏻‍♀ Long story short, ada orang cakap petang kejadian mereka merancang buat campfire sebelah sungai walaupun cuaca pada pagi tersebut hujan. So, arus sungai tentulah deras. Orang cerita kat aku yang satu dari mereka mandi disungai itu walau telah dilarang oleh yang lain. Malang tak berbau, dia hilang keseimbangan dan mulai menjerit meminta tolong...."😔

Two different world.Where stories live. Discover now