BAB 15 💝

75 14 25
                                    

"Weh Yiqin nanti keluar soalan apa?" Tanya Jongwoo ke meja Yiqin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Weh Yiqin nanti keluar soalan apa?" Tanya Jongwoo ke meja Yiqin. Maklumlah di kelas itu hanya Yiqin yang paling pandai, berguna, berkhasiat. Eh macam ayat last tu.

"Asal tanya aku pulak? Ada nampak macam pembuat kertas soalan ke?" Soal Yiqin pelik. Jongwoo dah orang ke-17 tanya soalan yang sama. Asal semua budak 3 Star tanya dia eh?

"Kau kan pandai, Beauty with brain gitu, cia cia cia" balas Jongwoo dengan pickupline agak hambar. Yiqin hanya tergelak. Nak kata tak sampai tu macam kesian pulak.

"Amboi kau nak jadi penyondol, dia tu girlfriend orang tahu tak?" Sampuk Seunghwan lalu duduk didepan Yiqin. Baru siap bersihkan satu kelas. Berkilat tau.

"Serius? Siapa weh?" Soal Jongwoo yang kepoh. Hah dia nak bergosip lah tu. Sekali dengan Seunghwan memang terbakar itu kelas. Nasib Junhyeon kelas lain.

"Zhanghao" jawab Seunghwan pendek.

"Eh kamu jangan buat fitnah tau, belum lagi lah" kata Yiqin menafikan itu pertanyaan yang salah sama sekali. Benda boleh lambat buat apa nak cepat?

"So kitorang boleh masuk line lah ni?" Tanya Jongwoo sebelum digeleng Yiqin. Hancur hati itu abang. Berlalulah sudah~~ cinta ini~~

"Kau cari lain jelah. Bunga bukan sekuntum, banyak je bersepah" kata Seunghwan dan menepuk bahu Jongwoo. Member tengah broken so apalah salahnya kita support.

"Kau tu bila ada nak girlfriend? Lama betul kau menyingle sejak zaman air batu" tanya si Yiqin pula kepada Seunghwan. Orang handsome jarang tak single. Kecuali gay-

"Dia tengah tunggu Nayun notice dia lah weh, sian abang banana ni. Apakata kau cakap pada Nayun yang Seunghwan suka dia seb-" Belum sempat Jongwoo menghabiskan ayatnya terus Seunghwan menutup mulut dia. Habis segala rahsia kerajaan dikeluarkan nanti.

"Benda kau cakap ni Raju? Lapar ke?" Jongwoo yang meronta-ronta dilepaskan terus menolak Seunghwan jauh. Bahayalah ini abang.

"Apa kau betul kan aku cakap? Kau jangan aku kebas dia nanti kau yang menangis" ejek Jongwoo lalu gelak.

"Pergilah, esok kau masuk kubur" kata Seunghwan dengan tenang. Sesekali melirik cinta hati di meja sana. Mereka satu kelas. Cinta meja muka buku, ye kot.

"HAH SKODENG ANAK DARA TAK BAIK SIOT" kata Jongwoo dengan kuat sebelum melarikan diri. Kan nanti kena belasah naya dia.

"SETAN PUNYA KAWAN" Seunghwan mencapai batang penyapu dan mengejar dalam kelas. Macam budak-budak. Tak padan dengan muka macho.

Jongwoo yang tidak perasan didepan nya hanya merempuh sahaja. Manakala Seunghwan tidak sempat berhenti dan terlanggar dengan orang didepan Jongwoo kemudian

GEDEBUK

Mereka jatuh bersama. Hah kau terdiam satu kelas melihat kemalangan yang berlaku.

"Eh Nayun awak tak apa-apa ke?" Tanya Seunghwan cemas setelah melihat orang yang dilanggarnya itu. Pujaan hati dia ni.

♡ our love stories ≖ zhang hao ♢Where stories live. Discover now