ENCIK JERK- 14

188 55 55
                                    


Seorang lelaki usia pertengahan tiga puluhan dengan rambut yang kusut masai menguap besar seraya merenggangkan tubuh badannya.

Boleh dikatakan selama beberapa hari ini kondisi fiksi dia seperti mayat hidup. Kurang tidur menyebabkan lingkaran hitam pada bawah mata kelihatan sangat ketara.

Untuk memenuhi permintaan daripada sahabat karibnya, dia sanggup bersengkang mata menghadap Laptop riba selama berjam-jam lamanya.

Perlahan-lahan dia membuka penutup botol kemudian meneguk air mineral hingga botol itu kosong. Dahaga betul ini. mata pula masih tak lepas  memandang skrin Laptop.

Jar-jemari runcing itu sedang menari-nari di papan kekunci. Akhirnya, penantian dia selama ini berbaloi.  Dia mengeluarkan telefonnya dari kocek seluar dan mendail nombor seseorang.

Usai menunaikan solat Tahajjud, kain sejadah dilipat dan disangkutkan pada penyidai. Keheningan malam yang menenangkan fikiran, mendamaikan perasaan. Deringan telefon larut malam itu membuatkan Ehsal tersentak. Dia mengagak tentunya panggilan video daripada sahabatnya, Nadhir.

Jam dinding dikerling, jarum jam menunjukkan pukul 4.56 pagi. Belum tidur lagi ke dia ini?  Getus Ehsal di dalam hati.

"Assalamualaikum, Nadhir. Ada apa call aku malam-malam buta ini?" Ehsal menyapa terlebih dahulu. Sebab dia tahu, Nadhir kalau call orang memang jenis main terjah aje tanpa beri salam.

"Waalaikumussalam, aku ada dua berita nak beritahu kau. Satu berita baik dan satu pula berita buruk. Which one yang kau nak dengar dulu?" Suara di dalam corong itu kedengaran begitu serious sekali.

"Bad news dulu," ujar Ehsal.

"Alright, apa yang aku dapati nombor telefon yang hantar gambar-gambar itu semua, dah tak aktif. Seolah-olah dia hapuskan kad sim itu. Tapi, mujurlah aku dapat kesan kad pengenalan yang daftar nombor itu. Kiranya kita masih ada peluanglah nak soal siasat. Ha, nanti  kad pengenalan itu aku hantar dekat whatsapp kau." jelasnya secara panjang lebar. Ehsal hanya diam mendengar Nadhir berbicara.

"Okay, how about good news?"

"Betul sangkaan kau, that's girls sebenarnya kena sabotaj. Dia memang tak bersalah. Kiranya gambar dia didapati diambil dan disalah gunakan oleh individu yang mungkin sengaja nak burukkan prestasi dia dekat public. Boleh jadi ini  kerja orang-orang dalam juga." Sambungnya lagi.

Dalam diam Ehsal menghela nafas lega. Syukurlah gadis itu tak bersalah. Dia juga yakin, gadis sepolos Jasmin tak akan melakukan perbuatan terkutuk seperti itu.

Pada mulanya Nadhir agak terkejutlah juga tika Ehsal  meminta dia membantu seorang gadis yang teraniaya.

Yelah mahu tak terkejut, Ehsal bukanlah seorang  lelaki yang bersifat budiman. Jadi perkara ini agak luar biasa bagi Nadhir yang sudah lama berteman dengannya.

Pasti ada sesuatu  yang menarik tentang gadis itu sehinggakan lelaki tiada perasaan seperti Ehsal mahu membantunya.

Kehandalan seorang lelaki bernama Nadhir di dalam dunia teknologi memang tak perlu disangkalkan lagi. Ehsal sekian maklum, lelaki itu pantas buat kerja dan hasil kerjanya juga sangat teliti.

"Alright, thanks dude." Belum sempat Ehsal   menamatkan perbualan mereka berdua. Nadhir laju menghalang tindakannya.

"Sabar dulu bro, tak akan terima kasih aje. Upah tak ada ke?"

"Hm, nanti aku transfer dekat bank online. Anggaplah hadiah, sebab aku tahu...kau dah banyak hari tak tidur malam." ujar Ehsal senada bersama tatapan kosong.

Nadhir apa lagi, bukan main seronok lagi dia. Ehsal sememangnya seorang kawan yang pemurah dan dermawan. Meleret dia melemparkan senyum.

"Aku sayang kau dude, Muah!" Sempat Nadhir menghadiahkan 'flying kiss' kepada Ehsal. Jauh daripada Ehsal sahaja dia berani, kalau secara depan-depan memang dia gerun!

Kepala digeleng-geleng perlahan. Nadhir, Nadhir. Perangai tak pernah nak berubah.

Bersambung...
Jangan lupa votement( Vote & Comment) Stay tuned untuk bab yang seterusnya!

Encik Jerk Where stories live. Discover now