Godaan

14.3K 114 4
                                    

"Berjumpa lagi kita ya, akak?" Pemuda India itu menegurnya ketika dia sedang asyik menikmati aiskrim kon vanilla yang dibelinya tadi. Kelihatan seperti dia baru sahaja selesai berjoging kerana badannya masih tersisa dengan peluh. Hanya dengan bersinglet dan berseluar pendek nylon hitam, bentuk dan lekuk tubuh badannya lebih jelas kelihatan. Yana menelan air liur bila dia melihat tubuh badan pemuda India yang menakjubkan itu

"Eh, kamu... sekejap jangan pergi lagi. Nah, RM20 yang akak hutang semalam," pemuda India itu gelak kecil, kagum dengan kedegilan Yana.

"Saya dah pesan semalam, pemberian saya tu sebagai tanda maaf. Jangan sampai saya jerit kat sini akak," tegas Krish sambil berlagak seperti pondan tua. Yana ketawa besar dan akhirnya dia  terpaksa mengalah dengan pemuda itu.

"Apa nama kamu?"

"Krishnan tapi boleh panggil Krish"

"Saya Yana," mereka berjabat tangan, Yana perasan tangan Krish amat lembut namun genggamannya kemas sekali. Usai bersalaman, Yana kembali menikmati aiskrimnya. Dia menjilat setiap titisan cair aiskrim supaya tidak jatuh ke tangannya. Mungkin cuaca hari itu lebih panas daripada biasa, aiskrim mencair lebih cepat. Lidah Yana mula menari mencari cairan aiskrim yang berada di celah celah jari jemarinya. Sedang asyik dia menjilat, kelihatan Krish sedang menghulurnya beberapa helai tisu. Yana tidak menyedari tindak tanduknya sedang diperhati oleh Krish.

"Sedap ke akak aiskrim tu?"

"Oh, hahaha maaf, akak macam ni lah, bila dah makan tak sedar orang sekeliling," Yana mengambil tisu yang dihulur lalu mengelap tangan dan mulutnya yang terkena sisa aiskrim tapi Yana berasa agak pelik. Terasa seperti Krish sedang merenung tajam ke arahnya.

"Bahaya tu kak. Boleh buatkan orang fikir yang bukan bukan," Yana hairan dengan kenyataan Krish itu. Makan aiskrim boleh menimbulkan fikiran yang bukan bukan? Tanpa sebarang amaran, Krish dengan selamba menghabiskan bahagian terakhir aiskrim kon itu dengan cara menggigitnya terus dari tangan Yana. Yana terkejut dengan tindakan Krish namun tidak pula dia merasa Krish sedang bersikap kurang ajar dengannya.

"Betul cakap akak, memang sedap." Krish mengelap saki baki aiskrim di hujung bibir Yana menggunakan ibu jarinya dan kemudian dia menghisap pula jari tersebut.

"Dan manis juga," Yana terkesima. Tidak pasti apa yang sudah berlaku sebentar tadi. Adakah ini mimpi? Atau memang adat orang zaman sekarang mengelap mulut orang asing menggunakan jari? Apa pun jua persoalan yang timbul selepas tindakan 'sopan' Krish tadi, ianya sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada Yana. Yana mula merasa...panas.

"Akak tunggu sini kejap. Sekejap je," rayu Krish yang kemudiannya berlari masuk ke dalam kedai runcit. Selepas beberapa minit, Krish keluar kembali dengan sekeping nota kecil.

"Ini nombor phone saya. Kalau akak nak bekerja dengan saya sebagai tukang cuci rumah, akak call je saya. Okay akak?" Yana menyambut lemah nota kecil yang dihulur Krish. Krish kemudian meminta diri kerana ada urusan lain yang perlu dia selesaikan. Yana yang terpaku disitu hanya mampu merenung Krish yang kini sudah berlalu jauh dari pandangan matanya.

"...aku kena beli lagi aiskrim,"

🐎🐎🐎

"Kerja tukang cuci?" Soal si suami tatkala Yana mengutarakn cadangannya untuk bekerja. Yana memberitahu waktu kerja sebagai tukang cuci lebih fleksibel, tidak terikat dengan waktu pejabat. Bila bila sahaja Yana boleh berhenti jika dia sudah penat melakukan kerja demikian.

"Kalau tahu awak boleh kerja macam ni, dari dulu saya suruh awak kerja. Boleh la tolong saya support belanja dapur rumah ni," Yana menggigit daging pipinya dari dalam, menahan dirinya dari membalas kenyataan bodoh suaminya itu.

KrishnanWhere stories live. Discover now