BAB 22

581 22 3
                                    

"hello my sweet heart anak pungut" jerit asheer lalu memeluk adiknya yang duduk diatas katil

"ko termenung apa nyah , soal mati dah ker ?" tanya asheer

"abang long jangan nak bitter sangat eh , sebelum malaikat izrail amik nyawa abang , jangan sampai saya yang hantar abang kan kat dia " balas lily dengan jelingan tajam

orang lagi risau takut dia sibuk nak bergurau..

"lahhh emo, orang gurau jer , cuba cerita dari awal sampai kau masuk hospital ni dekat abang mu yang handsome" balas asheer

elok sahaja lily nak buka mulut, puan elina dan encik encik emir pun masuk ke bilik wad..

"eh kamu asheer ingat kan laki mana datang , baru sampai ke ? " tanya puan elina

"tadi doktor kata boleh dah kalau nak keluar ? kamu nak keluar bila ? " sambung encik emir

"haah ibu.. ibu dengan ayah pergi mana tadi , kesian adik pungut saya ni" tanya asheer

"baru balik dari surau kat bawah ni , nah lily lolipop kesukaan kamu ni " kata puan elina sambil menghulurkan..

"dah besar tua bangka pun , makan lolipop , nanti gigi rongaklaa adik " balas asheer

"suka hati dia laa .. yang kamu tu cuba jangan sakat adik tu , dia tengah sakit " balas Encik emir

lily ada backup laaa ..

"haa jawab laa soalan abang tadi " kata asheer

" kat rumah laa kita lepak berdua kat tepi pantai , dah lama lily tak pergi sama " balas lily

"dah kamu tu belajae sana mana ke mahu nyee " balas encik emir

puan elina menggeleng sahaja , akhir dapat juga berkumpul , tapi apa agak nya ayyan buat ye .. itu persoalannya di minda puan elina..

dia merasakan sudah kenal mr zay agak lama..

"ibu.... kenapa pulak termenung nya tu?" tanya  asheer

"eh takde apa , ni petang karang lily kawan ibu yang jemput .. ibu lupa nak bagitau ,.. kamu nak naik dengan abang ke dengan ibu ? " tanya puan elina

" dengan abang laa, boleh membawang sekejap tanya pasal dia kena friendzone haritu.. HAHAHAHAHA " balas lily

"haa ye laa " balas puan elina

mereka pun kemas barang lily, takde laa banyak sangat barang nya

5.30 P.M

mereka sekeluarga pun turun ke tingkat bawah

"kami pulang dulu ye, tu kawan ibu dah sampai " kata encik emir

"okay ibu , uishhh kereta mercedes benz sapa kawan ibu nii ? orang mana ?" kata asheer

"malas ibu nak jawab soalan kamu tu , jom abang diaorang dah tunggu tu " balas puan elina

wow untung nya ibu dengan ayah lily, mr zay hantar driver kau ...

asheer dengan lily pun meneruskan perjalanan mereka .. hanya pandang kereta yang dinaiki oleh ibu dan ayah..

"adik tunggu kat kerusi tu ye " kata asheer sambil tunjuk arah kerusi

lily hanya mengangguk.. asheer terus pergi ke kaunter untuk isi borang keluar hospital

lily pandang sekeliling keadaan hospital, banyak berubah , sini laa hospital dimana dia lahir..

"oii termenung apa ke tu? teringat boyfriend mata biru ke ? " tanya asheer

"ish abang ni terkejut laa , haah takde boyfriend tapi crush ada laa " balas lily

"euw ni sah mamat bangla kan .. dah laa jom masuk kereta " kata asheer..

mereka berdua pun berjalan menuju ke parking kereta , sudah nampak kereta mercedez benz yang berwarna hitam ..
asheer menarik tumbul pintu kereta itu ..

muka lily agak terkejut apabila melihat kereta abang nya itu ..

"dah masuk ler ,apa terkejut tengok kereta i yang cantik ni " kata asheer

"sumpah laa ni kereta abamg , ke sewa ni ? HAHAHAHA " gelak lily

"eh nampak muka aku suka pinjam barang orang ke ? " tanya asheer

lily pun sentuh pipi dan membelek belek muka abang nya itu

" tak , tapi nampak macam muka pengemis HAHAHAHHA " balas lily

bukan senang nak menang kalau bergaduh dengan abang nya, mulut asher very the laser one..

"OKAY TAKPE TAKPE .. SETIAP HARI ADA BAS, ADA HARI AKU BALAS " bebel asher ..

dasar ini anakkk

mereka berdua pun masuk ke dalam kereta .. wow cantik tengok laa harga dia pun cantik ye anak anak

"untung laa dah kerja boleh beli apa yang kita nak" kata lily

" eh kau ingat aku dulu time umur kau macam ni aku duduk senang je ke, lagi susah dari kau eh ?" balas asheer

" eleh lek aa abang, cuba belanja pizza domino tu , lama dah teringin.. " balas lily

iya sebenarnya menjadi anak lelaki sulung sangat susah , asheer bersekolah di sbp juga ,
disebabkan mereka sekeluarga susah ,asheer hanya mampu melihat kawan kawan nya memakai pakaian yang baru, semua pakai sabun mandi dalam botol tetapi bukan dia .. dia hanya memakai sabun buku untuk tahan lebih lama .. mana cukup duit walaupun mendapat bantuan ..
kalau ibu bapa orang lain setiap hujung minggu mesti melawat anak anak bawa makanan sedap sedap , tapi bukan dia , ibu dan ayah tidak mampu untuk jumpa dia .. kerana zaman itu mereka tiada kereta dan jalan alternatif adalah menaiki bas.. jadi asheer hanya makan di dema (dewan makan) sahaja..

#throwback

"nasib kau sakit je ni , kalau tak beli laa sendiri " kata asheer

"macam tak ikhlas je ? " perli lily

adat laa adik beradik bergaduh kan ...

"lily apa kes kau sampai kena hantar kat hospital terengganu ni ? " tanya asheer

dari tadi ingin bertanya tapi mesti ada halangan

" aku accident nyah , nanti laa kita cerita aku rindu gila dengan bilik aku " balas lily

"itu laa kerja kau " balas asheer

mereka pun meneruskan perjalanan nya .. sekejap je dari pantai penarik ke hospital terengganu tuu .. takde laa mengambil masa berjam jam sangat pun..

lily hanya pandang ke arah tingkap , rindu gilaa, tak sama kalau di london hanya nampak salji je takde pokok pokok besar macam ni ..

" adik, kau apa cerita dengan ahmad ? "tanya asheer secara tiba tiba

"apa kau ni bang, aku dengan dia cuma kawan and lagi satu dia tu tua laa 30+ dah nak masuk 40 eee " balas lily

" laa tapi dia berkepokkkk , anak ketua kampung pulak tu .. " balas asheer

"sumpah laa, sejak bila pokde jadi ketua kampung? " tanya Lily

" dah 1 tahun lebih dahhh .. tu laa kau kalau call , call dengan ayah ibu je , dengan aku tak nak , select " balas asheer ..

"laaaa, orang tu yang busy!!" balas lily

setelah 5 minit kemudian , Lily sgak teruja melihat pantai yang cantik memang on time ... sunset ..

" abang berhenti laa kita tengok sunset " kata lily

" lah kata nak pizza tadi ... " balas asheer

"takpe kita makan ict je (ikan celup tepung ) dekat bawah pokok kelapa tu " balas Lily..

Zayyan ZaynTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang