NEW BOOK

579 33 2
                                    

Hai korang, please read this till the end tau. Saya nak inform yang saya ada publish buku baru incase korang tak tahu or tak perasan (finally guys, after almost 6 tahun tak publish new book). 😭

Hehe bolehla jenguk-jenguk or try baca 1/2 chapter. Kalau rasa kena dengan preference korang, boleh teruskan membaca.

Kali ni, watak hero dia sweet tau. Dah takde dah hero redflag, kejam-kejam ni HAHAHA

 Dah takde dah hero redflag, kejam-kejam ni HAHAHA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SINOPSIS

Prinsip wanita itu satu sahaja.
Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, berkahwin apatah lagi.

Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Kan lagi seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesiapa, menunggu mesej daripada seseorang, bahkan menunggu jodoh yang tak kunjung tiba.

Itulah kata-kata yang dipegang oleh Falia Inara, wanita yang sudah tidak percaya bahawa lelaki baik itu masih wujud.

Namun, siapalah manusia untuk melawan takdir Tuhan? Tuhan itu sebaik-baik perancang. Dalam dia menolak perkenalan dengan semua lelaki, Tuhan pertemukan dia dengan seorang lelaki atau secara spesifiknya, tunangan orang.

"Kau biar betul, Falia? Kau dah gila ke?"

Bukan niatnya mahu menjadi perampas, hanya mahu mengusik sedikit sahaja hubungan lelaki itu. Lebih-lebih lagi setelah mendapat tahu satu kebenaran.

"I tak suka bila you cuba nak buruk-burukkan tunang I!"

Lelaki itu tidak tahu apa motif Falia merapati dirinya. Apa yang dia tahu, semakin dia menolak semakin berani wanita itu mengganggu dirinya sehingga hubungannya bersama si tunang mula terjejas.

"How could you do this to me, Ihsan? You cakap you takkan sesekali sakitkan I, physical or mental."

"You are too much Aira, I'm sorry."

Di saat hati jejaka mula terpaut pada si gadis, dia pula yang perlahan-lahan menjauhkan diri.

"We're just never meant to be, Ihsan."

Sanggupkah Falia melukakan hati lelaki itu? Bagaimana pula dengan prinsip yang dipegang olehnya selama ini?

⋆·˚ ༘ *

Terima kasih sangat-sangat kepada yang sudi baca dan support semua karya saya dari tahun 2016 sampailah sekarang. I wouldn't be here without you guys, thank you korang. (〃^▽^〃)

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now