Sign Language

30 4 43
                                    

"Cik. Nak order apa?" Kata seorang barista yang tiba-tiba muncul sambil tersenyum.

"Um.. Latte,satu. Terima Kasih." Balas Laila yang agak terkejut sambil membalas senyuman barista itu.

"Sejuk atau panas?" Kata barista itu lagi. Didalam hatinya,dia berasa agak khairan kerana dahi Laila dipenuhi dengan peluh. Sedangkan di dalam kedai itu telah dipasangkan air-cond.

"Se... Sejuk." Laila berkata.

Barista itu terus pergi ke cashier untuk memberikan pesanan Laila.

Laila mengeluh apabila melihat barista itu sudah berlalu. Dia melihat sekelilingnya dengan cemas. Tangannya menggeletar,nafasnya tidak terkawal dan jantungnya berdebar-debar. Bukan kerana cinta,tetapi kerana cemas.

Laila POV

' Dari tadi lagi. Dari Universiti lagi. Aku rasa... aku diekori. Sewaktu aku keluar dari Uni aku tadi,aku perasan ada seorang lelaki yang mengekori aku... Dia pergi kemana aku pergi. '

' Aku cuba bersangka baik. Aku sangka kami sehala. Namun,setelah hampir 30 minit aku berjalan,dimana aku berada,disitu lelaki itu ada. Aku tak berani nak balik rumah sekarang. Dengan situasi macam ni... Apa aku perlu buat..? '

' Sekarang... Dia berada di belakang aku. Di belakang meja tempat aku berada. Meskipun barista sudah menanyakan pesanan pada lelaki tersebut,dia hanya meminta segelas air masak sahaja. '

Author POV

Setelah beberapa minit menunggu,akhirnya sang barista datang dan berikan coffee yang Laila pesan. Dan dalam beberapa minit itu juga lelaki yang mengekori Laila berada disitu.

Laila kelihatan gelisah. Setelah beberapa minit dia berada di kedai coffee itu,dia akhirnya membuat keputusan untuk pergi.

Dia berjalan dan berjalan. Terus berjalan tanpa hala tuju. Diikuti oleh lelaki asing itu. Setelah dia sampai di tempat perhentian bas,dia mengambil keputusan untuk berehat. Dia duduk di kerusi yang ada disitu.

Lelaki asing itu hanya berdiri di tiang paling hujung. Memerhati Laila.

Setelah beberapa minit berlalu,akhirnya seorang jejaka berkaca mata,rambut penyapu datang di perhentian bas tersebut dan mengambil tempat di sisi Laila.

Laila senyum kepadanya.Jejaka itu membalas senyumannya.

'Comelnya... Ada lisung pipit' Bisik Laila didalam hati. Dalam situasi macam ni pun sempat lagi😌

"Cik tunggu bas juga ke?" Tanya jejaka berkaca mata itu sambil melambaikan tangan kepada Laila.

"ah.. Ya. Tunggu bas juga" Laila membalas lambaian jejaka itu. Tangan kirinya pula membuat hand sign 'Help me.'

Jejaka itu mengedipkan matanya dengan pantas. Terkejut dengan perbuatan Laila.

'Awak perlukan bantuan?.' Tanya jejaka itu dengan sign language/hand sign.

Nasib baik Laila tahu sign language. Dia segera membalas. 'Ye. Tolong,please.'

Lelaki yang mengekori Laila kelihatan keliru dengan perbuatan mereka berdua. Namun dia masih memerhati Laila.

"Weh,dah lama dho tak jumpa. Apa khabar? Nak borak borak dulu tak?" Jejaka itu berlakon untuk membawa Laila pergi dari situ.

"Jom...Jom! Ye dho. Lama tak jumpaaa" Balas Laila,berlakon bersama.

"Jom,pergi dekat kereta aku. Aku bawa gi mamak" kata jejaka itu sambil berdiri dan menarik tangan Laila untuk mengikutinya.

Sambil berjalan ke kereta jejaka itu,dia menceritakan segalanya. Dari awal hingga akhir. Sesampai di kereta jejaka itu,Laila memasuki kereta jejaka itu.

"Awak... Terima kasih sangat sangat... Saya tak tahu nak buat apa kalau awak tak tolong saya tadi" Laila berterima kasih.

"Eh... Tak apa lah. Kena la tolong menolong. Lagipun awak kan perempuan. Bahaya." Balas lelaki itu sambil tersenyum. Memakai tali pinggang.

"Awak mesti penat,kan? Nah." Jejaka itu mengambil sesuatu di bahagian belakang kereta dan menghulurkan air kepada Laila.

"Te...Terima kasih.." Laila mengambil air yang dihulurkan.

Jejaka itu membawa kereta ke balai polis. Mereka sudah berbincang untuk membuat laporan tentang perkara ini.

Dia meminum air yang diberikan.

Satu soalan bermain di mindanya. Akhirnya dia memberanikan diri untuk bertanya.

"Uhm... Awak tunggu bas kan tadi? Tapi awak kan ada kereta... kenapa nak naik bas?"

"Uhm... Ingatkan nak tinggalkan je kereta kat sini. Sebab nak datang ambil balik nanti." balas jejaka itu. Laila perasan yang wajah jejaka itu kelihatan seperti jejaka itu mahu menipu. Tak reti menipu tu tak yah la menipu. adu.

"Tipu... Mesti ada sebab lagi munasabah..." Laila mula mencurigai lelaki itu.

Tiba-tiba,kepala Laila terasa pening. Pening teramat.

"Kenapa....saya rasa pening ni...?" Dia memegang kepalanya. Dahinya sudah berkerut apabila memandang jejaka itu yang tersenyum kepadanya.

"Hm...Mungkin kesan ubat tidur dalam air tadi?" Jejaka itu tersenyum sinis melihat Laila yang sudah mula pengsan.

------------------------------------------------------------------

Laila perlahan-lahan membuka matanya. Tangan dan kakinya diikat dengan ketat. Mulutnya di tutup. Matanya menunjukkan rasa ketakutan.

"Ah... Morning,princess." Lelaki yang mengekori Laila tadi berada di depan Laila. Memandangnya dengan senyuman sinis.

Laila terkejut. Dia memandang disebelah lelaki itu.






Kaca mata. Jejaka kaca mata tadi.

Laila terkejut. Dia memandang jejaka itu dengan perasaan khairan dan kecewa.

"Wei,buka la tape kat mulut dia tu. Bagi dia cakap" Kata lelaki yang mengekori Laila.

Jejaka kaca mata membuka tape yang berada di mulut Laila.

"Kenapa..." Laila hilang kata-kata. Tidak tahu apa yang perlu dikata.

"Kenapa...Apa yang jadi... HAHAHAHA. Aku ingat susah nak culik pompuan ni. Tapi macam tu je mat dia percaya cakap aku HAHAHAH. lawak bro lawak." Jejaka kaca mata berkata sambil ketawa diikuti dengan lelaki yang mengekori Laila.

"Cepatnya percaya orang... Mesti kau selalu kena pijak ngan kawan kau kan?" Kata lelaki yang mengekori Laila.

Laila tak mampu nak buat apa apa. Menangis pun tak mampu. Penat. Kecewa. Sedih.Takut. Semua emosi negatif.

"So,kita tunggu bos lah ni?" tanya jejaka itu.

"Yep. Tunggu dengan tahanan lain."

"Apa yang... Korang nak buat apa dengan aku..?" tanya Laila tak bermaya.

"Well,aku tak ada nafsu tengok kau. Mungkin bos nak kerat-kerat jual kat siam kot. Organ dalaman kau lagi berbaloi dari kau. HAHAHAHHA"

Laila menangis. Redha dengan keputusan.

Akhir sekali,Laila dikerat-kerat dan organ dalamannya dijual ke Siam.



Pengajaran dari kisah ini,jangan guna sign language bila nak minta tolong.

                               THE END

                             --------------------

eh lek lu. Ada lagi short story lain. Tunggu,ya!

 𝙍𝘼𝙉𝘿𝙊𝙈Where stories live. Discover now