TUAIAN HASRAT

73 6 0
                                    

Harum mawar semerbak nada,
nada lagu seolah mencermin jantungku,
yang merindukan waktu,
waktu umpama bayu,
berisi kelembutan di tiap penjuru.
namun sayang rasa bayu itu singkat,
seerti dengan pertemuanku denganmu,
ingin aku membenci waktu tetapi waktu jua la kita bertemu.

Emas tempawan itu adalah dirimu,
dan aku lelah merana kerana mu,
senja seolah memerli aku
seerti dirimu yang meremehkan perasaanku.

Bukan kerana cantik aku tergoda,
kerana hati yang melihat bukannya mata,
jika kawan salah satu cara,
Aku rela sirna dari hidupnya,
bukan kerana malu namun sedar,
kau dan aku terlalu berbeza,
dari segi aura dan jiwa,
bukan cuma angka yang memisahkan kita,
tetapi kesemuanya.

Baki dalam diriku seakan mati,
bukan cuma hati bahkan naluri,
setelah hasrat diriku menjadi peganti,
tetap dia yang kau cintai,
Bukan aku yang selalu disisi,

SURIAWhere stories live. Discover now