01

1 1 0
                                    


"-Tiada yang sempurna termasuklah siDia yang telah merubah segalanya dalam diriku..namun apakan daya aku hanya mampu melihatnya dari jauh.Perasaan yang tidak mampu ku katakan kepadanya hanya kerana perkataan 'insecure' yang menguasai dalam diriku...Dia dan aku bagaikan langit dan bumi,minyak dan air..,semuanya lah yang berlawanan tapi hanya satu sahaja yang mampu kukatakan kami berlainan jantina HAGAHAHHAHA..itu sahaja la yang mampu menyatukan kami biarpun kedengaran mustahil dan ouchh sakitnya tapi tidak mengapa...aku sudah pun menerimanya..-"

-miss AD

                                           ミ ೃ ‧₊˚ 𓃠ミ ೃ ‧₊˚

Buku kesayangan ditutup dengan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh dengan berhati-hati.

Tidak mahu menyakiti bukunya yang telahpun menjadi "pendengar duka laranya".

"boleh dapat award 'THE BEST LISTENER BOOK OF THE YEAR' kau ni..."katanya sambil mengukur isi dan ketebalan buku itu macam kembar 3 beb tebalnya.

Buku itu pada mulanya hanya satu sahaja namun terasa agak sayang untuk membuangnya atau lebih tepat alasannya ialah takut jika ahli keluarganya yang lain mengetahui isi kandungannya!!

Jadi dia mengutuskan untuk menyambung warkahnya dengan memberanakkan bukunya yang pertama

"oh sayang..mummy minta ampun kerana membuatmu buncit.."..luah Dahlia dengan suara yang sengaja di manja manjakan sambil membelek belek buku tersebut.

Ala dia ni,dengan buku sahaja pun mahu dibuat drama akasia tv3 pukul 9 malam.

"Patutkah aku buang buku ni?tapi nanti diorang tau pulak..."lirihnya dengan tidak puas hati.

Kalau buku itu dibuang boleh mati terberak dia jika mereka mengetahui isi buku itu dan pasti dirinya dijadikan bahan lawak selama 7 abad!

Bukan boleh percaya keluarganya biarpun sudah dibuang didalam tong sampah mesti akan dipungut dan dibaca tapi siapa sahaja yang tidak pelik dan curious jika ternampak sebuah buku yang cantik berbling-bling warna pink bulu bulu mr.Diy dibuang ke dalam tong sampah..

Eh..ni Aisyah Dahlia laa..high taste okey... ingat dia nak guna ke buku sekolah warna coklat tu oh..sungguh no class baginya..

"Baiklah..apa lagi yang boleh aku buat sekarang...."matanya meliar ke semua sudut biliknya.."kalau aku main telephone..nanti ummi tiba tiba merempuh masuk.

Pasti dia akan menuduhku bermain telephone sahaja..padahal aku baru sahaja buka..ishh tak boleh tak boleh.."katanya dengan nada yang sedikit meluat

"Baik aku mandi..tak lama lagi dah nak pukul 8,lepastu solat pastu tidur..dan esok...BOLEH JUMPA DIAAAA!!"Teriaknya dengan gembira sambil melangkah ke arah bilik air.Berbunga sungguh hatinyaa,tidak sabar akan hari esok padahal dapat tengok si Dia dari jauh sahaja.Ceh

                                            ミ ೃ ‧₊˚ 𓃠ミ ೃ ‧₊˚

Jam menunjukkan pukul 6:40 am.Baginya sudah lambat kerana dia memegang jawatan sebagai salah satu "pemimpin sekolah".Tali kasut di ikat dengan laju seperti kucing mengorek lubang untuk melepaskan hajat,blazer yang berada di atas sofa sudah berpindah ke atas lengannya.

"Ish,kenapa lah aku pilih kasut tali kan dah menyusahkan"katanya dengan nada yang agak bengang sambil melonggarkan ikatan tali pada kasutnya.Nak marah tapi dia yang sendiri pilih.Tsk Dahlia..Dahlia..

Setelah selesai memakai kasut, laju sahaja dia menutup pintu dan melangkah keluar dari kawasan rumahnya meninggalkan kakaknya di dalam rumah.

Tanpa disedari dia terlupa untuk mengambil sesuatu di tepi blazernya tadi.

Você leu todos os capítulos publicados.

⏰ Última atualização: Feb 05 ⏰

Adicione esta história à sua Biblioteca e seja notificado quando novos capítulos chegarem!

بينتڠ-bintangOnde histórias criam vida. Descubra agora