My Home🏡

71 6 2
                                    

Ikmal boleh saja terus balik ke rumah kerana dia berjalan kaki tetapi dia memilih untuk menunggu Anayra yang balik lewat tadi. Setelah bersembang dengan Isha tadi, Ikmal memutuskan untuk pergi ke hospital. Bukan kerana ada ahli keluarganya yang sakit, tapi sahabat sekaligus crush nya yang menderita.

Dia memerhatikan Anayra dari luar dan mendengar sedikit perbualan Anayra dan abangnya atau lebih tepat keluhan Anayra pada abangnya yang tidak sedarkan diri itu.

"Bang... Ibu ngan ayah dah takde bang... Abang jangan lah tinggal adik pulak..."

"Bang... Anayra sayang abang. Anay tahu yang Anay jarang cakap macam ni tapi abang adalah hidup Anayra. Rumah Anayra. Tempat selamat Anayra untuk kembali saat keadaan tak berpihak pada Anayra. Patutnya sekarang family kita bahagia kan? From a family of 4 there's only both of us left together now. Who knows maybe neither of us would be alone someday. There is a chance that whether you sleep forever or i decide to give up on my life. Adik dah penat... Penat sangat"

Ikmal yang mendengar dari luar pun hampir menitiskan air matanya. Doktor Naim yang dari tadi di sebelah Anayra pun sedih melihat Anayra begitu.

'kau kuat Anay... Aku tau kau kuat. Jangan risau, aku akan jadi rumah kau kembali. Tempat kau nak luah? Vent? Apa apa ja? Aku akan sentiasa ada dengan kau'

Doktor Naim membuka pintu dan Anayra pun tersedar bahawa Ikmal berada di sana sejak tadi.

"Eh Ikmal.. ko buat apa kat sini?" Anayra mengusap air matanya.

"Ikut aku jom" Ikmal menarik tangan Anayra.

Ikmal membawa Anayra ke rooftop hospital itu dan Anayra melihat banyak bintang di langit malam.

"Aku pernah dengar yang bila someone yang dah pergi, diorang akan jadi salah satu bintang. Jadi... Ibu ngn ayah ada kat situ tak eh?" Anayra berkata dengan nada sedih lalu melihat satu per satu bintang.

"Mesti lah ibu ngan ayah kau ada... Diorang mesti nak tengok anak diorang yang cantik ni" Ikmal memandang ke arah Anayra. Mendengar kata-kata Ikmal Anayra memandang ke arah Ikmal dengan muka yang agak terkejut.

"Jarang kau nak puji aku ni" Anayra kembali memeriksa satu satu bintang disitu.

"Ha tengok tu. Dua bintang tu terang sangat sangat weh. Tu ibu ngan ayah aku ke eh?" Anayra mengambil gambar dua bintang bersinar itu.

"Macam mana kau tahu tu ibu ngan ayah kau?" Ikmal melihat gambar yang diambil oleh Anayra.

"Ibu aku pernah cakap. Satu hari nanti kalau ibu dengan ayah dah pergi, tengok langit, cari bintang yang PALING terang. Tu konfem ibu dengan ayah" Anayra tersenyum sedih.

"Ibu macam tahu je kan dia nak pergi...." Anayra memandang Ikmal. Ikmal hanya membalas dengan senyuman kecil.

Lalu Anayra memandang salah satu bintang yang terang itu. Dan berkata...

"Ibu.. happy tak atas tu? Mesti lah kan... Bintang yang terang tu mesti ibu kan? Ibu happy happy tau kat atas tu... Adik okay je dekat sini. Adik tunggu sampai abang bangun k? Ibu ngan ayah jangan risau" Anayra kemudian memandang lagi satu bintang.

"Ayah~... ayah suka kan bila adik panggil ayah centu hehe. Ayah bahagia tau kat atas sana. Jaga ibu untuk adik boleh? Adik boleh jaga diri dekat sini... Ayah jangan jemput abang lagi... Adik nak ada dengan abang lama-lama." Anayra menghabiskan ayatnya dengan setitik air mata yang turun secara perlahan.

"Kau kuat doh" Ikmal memandang Anayra.

"Hm? Aku ke?" Anayra menunjuk dirinya sendiri.

"Ye lah kau kuat doh, kau still boleh senyum dalam keadaan hidup kau yang macamni" Ikmal mengulang katanya.

CINTA HATI ABANG || AMIR AHNAF X READERWhere stories live. Discover now