RE 2.10 - Masalah Baharu

1.3K 22 5
                                    

"Ehem..." tiba-tiba sahaja kedengaran suara perempuan berdehem di belakangku.

Fatin, gadis sekelasku yang pengsan tempoh hari. Timbul tanda tanya, mengapa dia menghampiriku sewaktu rakan-rakan sekelas kami sudah pun keluar rehat.

"Boleh kita cakap sekejap?" ucapnya dengan nada lembut.

"Kenapa ye?" tanyaku.

Dia tunduk berbisik di telingaku, "sebenarnya hari tu saya pura-pura pengsan..."

"Oh..." itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku.

Manakala di dalam dadaku pula mula berdebar-debar. Sekiranya dia berpura-pura sahaja pengsan, maknanya dia berada di dalam keadaan sedar ketika aku sedang meraba-raba tubuhnya?

'Oh, shit! Memang silap besarlah aku pergi raba dia,' kataku di dalam hati.

"Yes, memang silap besar..." ucap Fatin bagaikan boleh mendengar apa yang aku katakan di dalam hati.

"So...lunch hari ni...kau kenalah belanja akulah, kan?" tambah Fatin lagi sambil memegang bahuku.

Aku mengikutnya berjalan ke arah KLCC, di hatiku berkata, 'nasiblah aku dah ada pendapatan tambahan...kalau harapkan gaji kerja aku, memang boleh bankrap dalam masa satu hari kalau lunch kat KLCC'.

Kelas kami biasanya diadakan di dalam bangunan berhadapan dengan KLCC. Bangunan tersebut akan dirobohkan untuk dimajukan di sekitar masa kami graduate nanti.

"So...? Any thoughts?" tanya Fatin sebelum menyuapkan makanan yang kubelikan untuknya.

"Nak cakap apa lagi? Dah memang salah aku, kan? Mintak maaf jelah..." kataku perlahan.

Tiba-tiba selera makanku hilang begitu sahaja. Tetapi di dalam masa yang sama, aku tertanya-tanya mengapa dia berpura-pura pengsan?

"Boleh aku tau, kenapa kau pura-pura pengsan?"

Setelah mengelap mulutnya dengan tisu, Fatin menjawab, "aku tak nak kahwin dengan tunang aku...dia tu pilihan family aku. Tapi, aku tak ada idea macam mana nak bagi putus"

Mukanya berkerut seperti geram dengan nasibnya yang dipaksa berkahwin. Tangannya kasar sahaja memegang straw dan mengacau cawannya sebelum menyedut straw tersebut.

"Habis tu...? Kau pura-pura pengsan tu, ada function ke?"

"Tak ada pun...diorang fitnah ex aku tak pasal-pasal. Tapi, nasib baiklah ex aku tu memang bukannya lelaki yang baik".

"Kau tak nak try cakap kat keluarga bakal suami kau, yang kau sebenarnya dah pernah terlanjur ke...?"

"Eh, sedap mulut kau cakap aku dah tak ada dara? Kau lelaki pertama yang raba aku tau!"

Sekali lagi perkataannya telah meletakkan aku di dalam keadaan yang serba salah. Aku termenung sambil menyedut straw minuman sambil teringat yang di suatu hari nanti straw sebegini akan mula pupus.

Tidak lama kemudian dia bertanya, "tapi, boleh pakai ke cara yang kau cakap tadi tu? Bukan sekarang ni ramai yang macam open ke?".

"Kau nak tau berkesan ke tak, kau cuba jelah..."

Semenjak dari hari itu, aku kembali dapat menumpukan perhatian di dalam kelas tanpa di'pau' oleh Fatin.

Tetapi ianya tidak kekal lama, tiba-tiba sahaja Fatin menarik tanganku keluar dari kelas dan berkata, "kau kena tolong aku...hidup aku huru-hara lepas ikut apa yang kau cakap hari tu".

Sekali lagi aku berada di dalam situasi yang amat menekankan. Kepalaku juga serabut kerana masalah yang dibawa oleh Fatin kepadaku.

'Kenapalah kau gatal tangan raba dia dulu? Lepas tu bagi pulak cadangan entah apa-apa,' di hatiku mula mempersoalkan keputusan-keputusan yang telah aku lakukan.

RE: Semula - The Second Part [Complete]Onde histórias criam vida. Descubra agora