Bab 3

21 4 2
                                    

Beberapa pasang mata mula memerhatikan Humairah yang sedang menyorok disebalik langsir di dapur. Apalah yang di intai oleh Humairah. Agaknya itulah yang difikirkan oleh jiran-jiran yang ada membantu. Sesekali mata Puan Hanisah yang turut sama berada di dapur menjeling kepada Humairah.

Memang Humairah ambil peluang kerana lelaki bernama Grunt tu sedang berbual dengan ayong. Mukhriz menggeleng lagi melihat tingkah Humairah.

"Apa Umai ni? Menyorok belakang langsir dapur." Di dapur ni orang sibuk memasak, Humairah ini boleh pula berdiri kat sini.

"Eh, mama."

Humairah tersengih-sengih, merah terus pipi dia. Malu lah tu di tegur Puan Hanisah. Humairah tersenyum sebelum berlalu dan sempat dia mengintai Grunt yang sedang berbual dengan ayong sebelum dia turun ke bawah untuk mengambil barang di kereta.

Percuma saja Humairah! Kawan ayong tu tak tengok pun kau. Turun ke bawah, di kereta Humairah masih sempat terhendap-hendap Grunt di atas.

"Akak, apa yang akak intai?" tegur seseorang.

"Opocot!" terperanjat Humairah. Beg tarik dia terlepas dan terhentak di kaki. Terperanjat dia akibat teguran oleh seseorang.

Terus Mateen mengangkat beg tarik Humairah dan di letakkan ke tepi. Muka Mateen sudah ketakutan, takut kena hempuk dengan Humairah lah tu!

"Ya Allah, sorry kak!"

Humairah menggosok-gosok kaki dia yang terhempap beg. Itu lah berangan lagi kan dah kena hempap.

"Acu! Bagi lah salam lain kali, terkejut akak lah." Marah Humairah. Tadi dah kena tarik dengan ayong ni acu pula tegur mengejut.

Bergegas Mukhriz turun ke bawah apabila mendengar bunyi bising.

"Ini dah kenapa bising-bising?" Mukhriz menyoal.

"Acu ni lah yong, ada ke patut dia tegur Umai dari belakang. Terkejut orang!" bebel Humairah.

Mukhriz geleng kepala. Ada aje karenah dua adiknya itu. Belum apa-apa beg dah jatuh di kaki, nasib kaki tak terseliuh atau patah. Kalau tidak naya, esok majlis Humairah bertongkat.

"Dah, acu pergi naik atas rehat. Umai kaki okay?" risau Mukhriz.

Humairah angguk. Mukhriz mengangkat beg Humairah dan dibawa keatas.

Ace mengintai di pintu utama rumah apabila mendengar suasana riuh di luar. Fikiran Grunt terbang melayang. Dia teringat bila Humairah memanggil dia encik garang. Nasib lah dia tidak minum air, kalau tidak mahu basah Humairah dek terkena semburan Grunt.

Grunt menjenguk ke bingkai jendela. Melihat situasi di luar. Mata dia beralih kearah Ace yang sibuk mengintai keluar.

"Woi! Tak baik tengok anak dara orang, lagi-lagi adik member. Lebam biji mata karang." Mengekek Grunt ketawa. Puas dia dapat kena kan Ace. Bukan main sibuk mengintai.

Ace menumbuk bahu Grunt.

"Kau gila, Memang tak lah aku nak intai si Humairah tu. Mahu aku kena penumbuk dengan Nik." Bebel Ace.

"Tapi... Manis juga ya si Humairah tu."

Eh mamat ni, menyempat! Dengar si Nik memang esok majlis berkaca mata hitam lah kau Ace.

Sesekali mata Grunt menjeling kearah tiga beradik itu. Terukir senyuman kecil. Seronok dia lihat hubungan adik-beradik yang akrab. Sedang Grunt mengelamun, telefon dia berbunyi.

"Ace, aku minta diri jap. Sweetie Pie aku call." Terus Grunt berlalu pergi.

Ace hanya angguk. Faham sangat, biasalah anak perempuan mestilah manja dengan papa dia. Ni berenggang sekejap mahu merengek si Athalia tak dapat ikut papa dia.

"Grunt mana?" tegur Mukhriz.

"Angkat call anak dia." Ringkas Ace.

Air muka Mukhriz bertukar sedikit sedih. Apabila dia mengenangkan peristiwa yang berlaku antara Grunt dan Zandra, sedih pula hati. Kesian dia dekat Grunt. Punya lah setia dan rela pekakkan telinga, sekali di tipu hidup-hidup oleh perempuan yang dicintai.

"Ah Umai, pergi masuk bilik. Tuam kaki tu, bengkak nanti."

Humairah mencebikan bibirnya. Terlepas peluang nak tengok encik garang dia. Dia masuk ke bilik dan mengunci pintu, sempat dia melihat Grunt sedang membuat panggilan telefon. Tersenyum-senyum mesti call dengan cinta hati. Patah pula hati dia.

Eh! Apa aku merepek ni? Ya Allah Umai sedar kan diri kau. Yang dari tadi aku mengintai kawan ayong ni dah kenapa? Sampaikan beg jatuh ke kaki... Malas dia mahu melayan perasaan. Tuala diambil untuk mandi dan membilas badan.

Setelah selesai membuat panggilan telefon. Grunt kembali ke meja kecil, berbual dengan Ace dan Mukhriz.

"Nik, tu adik lelaki kau kan?" tangan ditunjuk kearah Mateen yang sedang memeluk Puan Hanisah. Biasalah lama tak balik drama air mata lah apalagi. Anak bongsu mama kan!

Mukhriz angguk.

"Haah, Hafiy Mateen. Adik-adik aku ni suka betul buat kejutan." Tersenyum Mukhriz.

Seketika kemudian, Humairah selesai mandi dan solat maghrib. Humairah keluar untuk ke dapur. Dia perasan bahawa kelibat Grunt dan Ace sudah tidak kelihatan, dah balik hotel agaknya.

Semalaman Humairah tak dapat tidur. Asyik teringatkan Grunt. Ada debaran mengetuk hatinya saat ini. Debaran yang tidak pernah dia rasa. Debaran itu semakin kuat bergendang mengetuk tangkai hatinya. Bertalu-talu bagaikan gendang perayaan tahun baru cina.

Dia sendiri keliru dengan perangai dia hari ini. Entah kenapa tidak pernah-pernah dia berminat dengan kawan Mukhriz mahupun mana-mana lelaki, kali ini pertama kalinya hati dia bagaikan diketuk oleh seseorang yang dia panggil encik garang.

"Aku suka parut dekat kening dia... Nampak garang." Humairah menekup mulut dia. Terkejut dengan kata-kata yang dilontarkan oleh dia.

Ah sudah... Jangan cakap aku dah terkena virus jatuh cinta pandang pertama. Naya, naya kalau ayong tahu. Mahu aku kena siku dengan ayong...

Encik garang... Nama itu sentiasa diulang lagi. Diulang dan tak pernah jemu sejak kehadiran lelaki itu tadi. Pelik juga kenapa nama lelaki tu garang, ke aku salah dengar? Lantak lah.

Selesai majlis, Humairah tersenyum-senyum. Bahagia dia melihat Mukhriz yang kacak mengenakan pakaian pengantin. Tak sangka, abang sulungnya dah menamatkan zaman bujang.

"Akak bila?" Mateen menegur.

"Akak tumbuk kau nak?" Humairah genggam penumbuk kemas. Penumbuk disua kearah Mateen.

"Acu jangan nak jadi pakcik bawang eh!" amaran diberi. Mateen ketawa lepas.

Hidangan sudah sedia di atas meja. Tanpa menunggu Grunt, Ace menyenduk satu demi satu lauk yang ada. Lapar dan letih mengalahkan pengantin!

"Kau tak nak makan ke, Grunt?"

Ace mengunyah makanan.

"Melantak je kerja kau."

Grunt duduk disebelah Ace, menghirup secawan air sirap. Perut tak terasa lapar. Kahwin dah Kapten Haznik Mukhriz kita...

"Cantik..." Perlahan Grunt bersuara.

"Siapa? Humairah ke?"

Tersembur air sirap Grunt. Apa benda dia merepek ni? Karang tak kena tumbuk dengan Nik aku yang tumbuk kau karang! Aku puji pelamin yang kau melencong tempat lain dah kenapa. Grunt bangkit mencari tisu.

"Tumpang tanya, encik kenal tak Humairah adik kepada pengantin lelaki?"

Seorang perempuan bertanya kepada Ace. Wajah diangkat untuk melihat pemilik suara.

Bunga Terakhir حيث تعيش القصص. اكتشف الآن