𝐂44│𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝖋𝖙 𝐕𝐞𝐫𝐞𝐧𝐚

1.2K 49 0
                                    

Emir masuk kedalam bilik Amaya. Dia menghampiri Amaya yang tertidur.

Emir melabuhkan duduk di sebelah Amaya. Dia mengusap rambut Amaya tapi tangannya terhenti bila tanpa sengaja jarinya menyelak rambut yang menutupi parut Amaya.

Dia mengusap parut yang cukup teruk itu. Emir mencium tempat parut itu.

"Maafkan abang. Abang dah kecewakan sayang. Abang cuma taknak sayang teringat kenangan silam sayang. Abang taknak sayang bersedih lagi. Abang benci bila air mata sayang mengalir." Luah Emir.

"Kalau abang tahu sayang akan kecewa, abang takkan sesekali buat keputusan tak matang ni. I'm sorry, princess..." Emir melabuhkan ciuman di dahi Amaya.

Dia bangun dan ingin melangkah keluar.

Pakk..

Emir terhenti. Dia melihat tangannya yang sudah di genggam Amaya.

Amaya bangun dari baringannya. Matanya mencerlung tajam kearah Emir.

Amaya memukul lengan Emir. "Kenapa?"

Dia memukul lagi dan lagi. "Kenapa? Kenapa? Kenapa awak tinggalkan saya? Kenapa?"

Air matanya mengalir. Dia mencengkam lengan Emir sekuat hati. Emir hanya diam menerima pelakuan Amaya terhadapnya.

"Hiks! Kenapa kisah kita selalu macam ni? Kenapa kita selalu berpisah? Kenapa? Tak boleh ke saya bahagia dengan awak tanpa ada masalah? Hiks..." Amaya memeluk pinggang Emir, dia menyembam muka di abnomen Emir.

"Saya dah tak sanggup...." Rintih Amaya.

Emir mengenggam erat tangannya. Dia memejam mata. Tangannya mengusap kepala Amaya.

Emir hanya membiarkan Amaya teresak-esak di pelukannya tanpa dipujuk.

Selepas beberapa minit sudah tidak kedengaran lagi esakan Amaya. Emir membaringkan Amaya semula di katil.

Dia menyelak rambut yang menutupi wajah Amaya. Emir memandang dalam ke wajah Amaya yang tertidur pulas.

"I'm sorry, sayang..."
.

 Amaya mencelikkan matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
Amaya mencelikkan matanya. Dia mengeluh. Amaya bangun dari baringan.

Dia terkejut melihat Emir yang berada di sofa. Mata Emir hanya memanah kearahnya dengan kosong.

Amaya beralih duduk di hujung katil dan betul-betul menghadap Emir. Matanya turut kosong memandang Emir.

Mereka beradu pandangan tanpa mengucap sepatah kata. Seolah hati yang sedang bicara.

"Bersiap. Aku nak bawa kau ke suatu tempat. " usai memberi arahan Emir terus keluar dari bilik.

Amaya mengeluh. Dia merebahkan badannya semula. Matanya memandang siling.

.

Amaya melihat langit dengan tenang. "Kenapa awak bawa saya ke sini?"

"Kau masih ingat tempat ni?"

Amaya mengangguk. "mestilah saya ingat. Ni tempat yang saya hampir menyerahkan nyawa saya jika awak tak muncul. Di saat tu juga pertemuan pertama kita..."

Emir tersenyum nipis. "Kau tahu...actually masa tu aku pun terfikir untuk bunuh diri..."

Amaya berkerut. Dia memandang Emir. "Kenapa?"

"Kau pun tahu macam mana situation family aku. Aku anak yatim. Jika abi tak ambil aku sebagai anak angkat, aku rasa aku takkan jumpa kau." Emir mengambil nafas.

"Tapi walaupun aku ada keluarga, ia langsung tak mengembirakan aku. Abang angkat dan ibu angkat aku benci aku. Mereka anggap aku ni perampas dan penyibuk. Setiap hari aku dicaci, dihina dan dikutuk mereka berdua." Dia tersenyum kelat.

"Aku dilayan tak ubah seperti orang gaji bila abi tiada."

Emir memandang Amaya yang tekun melihatnya.

"Tapi bila aku tengok kau, aku rasa aku dah cukup beruntung. Sebab kau didera oleh bapa kandung sendiri. Walaupun mama kau tahu, dia tak dapat buat apa untuk mempertahankan kau. Kisah kita tak sama tapi rasa kita sama.."

"Kita sama sama sakit..." Emir berhenti.

Dia mendekati Amaya. Tangannya mengambil tangan Amaya dan digenggam.

"Kau masih ingat apa yang aku cakap dekat kau masa kau terpeluk aku haritu?" Tanya Emir.

Amaya menggeleng. Dia samar-samar tentang ingatan masa lalunya.

"Aku akan tarik kau keluar dari sengsara kau dan aku yakin kau akan jumpa 'kebahagiaan' kau" ulang Emir.

Emir menarik wajah Amaya memandangnya dengan kedua tangannya.

"Aku dah tarik kau keluar dari sengsara kau. Jadi kau dah jumpa ke kebahagiaan kau?" Bisik Emir.

Amaya mengangguk lambat-lambat.

"Siapa?" Uji Emir.

"Awak..." Pelan Amaya, pipinya memerah.

"Kau sanggup nak lepaskan kebahagiaan kau?" Soal Emir.

Amaya menggeleng laju.

"Jadi! Aku nak kau bertahan dengan aku. Aku dah taknak lagi dengar perkataan 'tak sanggup' keluar dari mulut kau. Kita akan sama-sama selesaikan masalah dengan cara kita sendiri. Aku tak akan tinggalkan kau lagi. Kita berdua sama-sama telah lakukan kesilapan. Jadi kita ambil itu sebagai pengajaran. Boleh, sayang?" Emir memandang ke dalam mata Amaya.

Amaya mengangguk. Dia tersenyum manis.

Emir membalas senyuman Amaya. Dia menyatukan dahi mereka.

"I love you my wife, Amaya Verena..."

"I love you too my husband, Emir Harith. May Allah protect our love..."

Mereka berdua menggeselkan hidung dan tergelak.

Kisah mereka pernah tergantung tapi mereka tidak membiarkannya berterusan. Hati mereka masih menyebut nama yang sama walaupun mereka tidak bertemu selama bertahun-tahun.

Amaya Verena selamanya milik utuh Emir Harith. Dan Emir Harith selamanya syurga buat Amaya Verena.
.
.
.

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc

SEPERATE LOVE ║CWhere stories live. Discover now