BAB 25

1K 180 37
                                    

Tersenyum Tuan Zikri memandang Aura yang melangkah mendekatinya yang sedang duduk dikerusi rehat di tepi kolam.

"Boss buat apa kat sini? Nak mandi ke?" Soal Aura sebelum melabuhkan punggung pada kerusi berhadapan dengan Tuan Zikri.

"Banyak kali dah saya cakap kalau kita tak berada dalam waktu kerja tak perlu panggil saya boss. Panggil Zikri saja pun dah cukup." Tegur Tuan Zikri sambil menggelengkan kepala. Penat nak tegur banyak kali.

Aura hanya menayangkan sengihan tak bersalah. Bukannya dia tak mahu tetapi dia tak selesa. Itu saja.

"Boss— Zikri." Aura mengigit hujung lidahnya. Tak biasa nak guna nama Tuan Zikri.

"Saya tak biasa." Aura mengeluh perlahan.

"Aura nak tanya apa?" Soal Tuan Zikri tanpa menghiraukan Aura yang terkulat-kulat itu.

"Boss buat apa kat sini?"

Lama Tuan Zikri memandang wajah Aura sebelum dia mengalihkan anak mata memandang langit malam.

"Ambil angin." Balas Tuan Zikri ringkas.

"Boss ada masalah ke?" Soal Aura penuh berhati-hati.

"Cuba Aura tengok bintang tu." Arah Tuan Zikri menunjuk ke arah bintang yang menyinari di dada langit itu.

Aura menjuihkan bibirnya apabila soalannya diabaikan tetapi anak mata tetap mengikut arahan bossnya itu.

"Cantik dan susah untuk digapai sebab jauh."

Aura memilih untuk berdiam diri.

"Tetapi Aura, cantik dan tetap susah untuk digapai walaupun dekat." Tuan Zikri mengerling sekilas wajah tenang gadis itu.

"Iyalah sebab saya bukan bintang untuk digapai." Aura tersenyum sumbing. Menganggap yang Tuan Zikri hanya bergurau.

"Betul." Tuan Zikri menganggukkan kepalanya menyetujui kata-kata Aura.

"Sebab Aura untuk dimiliki." Sambung Tuan Zikri lagi.

Aura mengemam bibirnya. Kepala dijatuhkan ke bawah. Jari dimainkan sesama sendiri. Kosa katanya hilang dan tidak tahu mahu membalas lagi.

"Esok nak ikut saya keluar? Jalan-jalan dekat kawasan sini memandangkan esok saya tak ada kerja nak dibuat." Soal Tuan Zikri sekaligus mengubah topik perbualan yang semakin kekok.

"Pergi mana?" Bersinar mata Aura memandang wajah Tuan Zikri. Dia teringin nak bersiar-siar di sini memandangkan banyak tempat yang menarik untuk dilawati.

Tuan Zikri hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya. "Esok awak decide lah tempat mana nak pergi. Saya ikut saja janji awak seronok."

Aura menepuk tangan suka. Difikirannya mula terbayang-bayang tempat yang sudah dilihatnya di google beberapa hari yang lalu sebelum mereka ke sini.

"Tak sabarnya! Saya tengok kat google yang tempat dekat sini banyak yang cantik. Rambang mata saya sampai excited nak datang sini secepat mungkin." Cerita Aura teruja.

Tenang Tuan Zikri memandang senyuman lebar diwajah Aura itu. Bibirnya turut menarik senyuman. Sebenarnya esok dia sibuk tetapi selepas mendengar gumaman Aura semasa di dalam pesawat tentang tempat-tempat menarik di sini membuatkan dia membatalkan segala kesibukannya itu.

Gumaman itu pun dia dengar sewaktu gadis itu sedang tidur. Mengingau sebab teruja sangatlah kot.

"Esok jangan bangun lewat pula. Nanti tak sempat nak pergi tempat-tempat yang awak nak pergi sangat tu." Pesan Tuan Zikri sebelum berdiri.

Milik Tuan Hiu [SLOW UPDATE]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz