prolog

421 55 1
                                    

"siapa aku? siapa yang sedang pandang aku? Kenapa diorang pandang aku? Kenapa aku tak ingat apa apa? Macam mana aku boleh ada kat sini?"

Itu adalah soalan pertama yang keluar dari bibir ku sebaik sahaja aku mencelikkan mata setelah sedar dari koma selama setahun, Dan sedar sahaja dari koma kehidupan ku seratus lapan puluh darjah berubah.

Aku yang mereka katakan seorang yang ceria peramah dan murah dengan senyuman kini sudah seperti orang lain.

Aku hanya seorang Nurin rojelyn yang hanya pendiam tiada lagi senyuman terlakar di bibirku. wajah ku yang mereka katakan ceria kini sudah tiada.

Aku tak mampu untuk tersenyum, Aku tak mampu untuk mendekati orang lain, aku tak mampu untuk ceria seperti dahulu, kehidupan ku penuh dengan tekanan.

Airmata yang menemani ku saat aku sedar, hanya airmata yang mengalir deras dengan wajah tanpa riak sebaik sahaja aku mengetahui tentang kehilangan orang yang aku sayang

Mama

Andres

Aku kehilangan dua insan yang berharga dalam hidupku. Dan yang paling menyakitkan apabila aku yang di salahkan atas kepergian mereka.

Walaupun aku tidak mengingat dua insan itu, tapi sebaik saja aku tahu tentang kematian mereka aku tetap merasa kehilangan. kehilangan dua insan yang berharga dalam hidup sangat perit.

Hari demi hari aku jalani penuh dengan tekanan, Rasa bersalah kerana menjadi penyebab kehilangan mama dan abang sehingga papa membenci diriku atas kehilangan anak dan isterinya. Tapi hati ku juga merasa satu kehilangan iaitu...

Seseorang?

Seseorang yang aku tidak tahu siapa? Seseorang yang aku tidak kenal siapa? Entah bagaimana mana, dan macam apa seseorang itu? sampai aku sangat merasa kehilangan.

Aku hanya mengenali nya lewat mimpi yang sering bermain dalam lenaku sejak, aku sedarkan diri. Seseorang yang sangat dirindui oleh hatiku. Dia seorang...

Lelaki

Lelaki Misteri yang sering menghantui lenaku suara, senyuman serta wajahnya yang sering menjadi peneman tidur ku. Walaupun pun wajahnya hanya samar-samar kelihatan. Walaupun sayup-sayup suara nya kedengaran namun aku yakin 'dia'

Adalah seorang lelaki yang sangat berharga dalam hidupku. Sehingga kini aku masih tidak mengetahui siapa gerangan nya. Sudah puas aku bertanya pada mereka namun jawapan yang aku dapat adalah.

Itu hanya lah mainan tidur

Aku tahu mereka hanya mengelak supaya aku tidak bertanya lagi tentang lelaki itu. Tapi sampai bila? Sampai bila mereka ingin mengelak dari memberi jawapan yang sebenarnya padaku?

Tapi lebih baik aku diamkan sahaja. Biar aku sendiri yang mencari jawapan nya.

Sudah dua tahun berlalu sejak aku sedar dari tidur lama ku. kini aku sudah pun sambung belajar Dan aku menghadapi hari-hari yang cukup mencabar diriku. Tapi aku tetap berjuang Walaupun terkadang aku tersungkur.

Aku tersenyum nipis melihat lukisan di hadapan ku. Lukisan seorang lelaki yang tersenyum lebar namun hanya sisi wajah nya sahaja yang terlihat dengan mata yang bersinar memandang ke arah bulan yang terang dan bintang yang menghiasi malam. sangat indah dilihat.

Mi Estrella : Our Second Destiny [OG]Where stories live. Discover now