DEVIAN'S 3

69 9 0
                                    

Eva menatap keluar tingkap kereta dengan mulut mengikuti alunan muzik yang terpasang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eva menatap keluar tingkap kereta dengan mulut mengikuti alunan muzik yang terpasang. Pembantu peribadinya hanya menatap Eva dengan pandangan pelik. Kenapa sejak dua menjak ni boss dia macam kesepian sangat?

Nadhir Faroq atau lebih suka dipanggil Naddy menghentikan keretanya di hadapan bangunan gah yang bertulis Devrl Group.

Hari ini Eva harus menandatangani kontrak bersama Devrl Group bagi melancarkan kereta baru yang akan keluar nanti.

Devrl Group merupakan syarikat automotif yang menghasilkan kenderaan berjenama Malaysia. Kereta, motosikal dan bas. Itulah kenderaan yang Devrl Group berjaya keluarkan selama ini.

Berdebar juga sebenarnya Eva mahu bekerjasama dengan syarikat sebegini. Mana dia pernah jadi model kereta. Setakat model baju lepastu cat walk atas pentas tu pernahlah.

Dia bukan kena jadi model pakai baju seksi lepastu posing depan kereta kan? Risau betul.

" Cik Eva. Termenung lagi? " tegur Nadhir dengan suara betinanya.

" Mana ada I termenung. I cuma fikir masa depan je. "

" Dah dah la Cik Eva. Masa depan Cik Eva tak kemana pon. Entah-entah ada dalam bangunan ni je. Jomlah Cik Eva, nanti kita lambat. "

" Hm. " balas Eva malas. Eva risau betul dengan mulut si Naddy ni. Mulut Naddy tu kadang-kadang bagaikan doa walaupun dia sejenis kaum dilaknat Tuhan. Apa yang Naddy cakap pasti akan terjadi walaupun tak semualah.

Mulut masin lah orang tua tua kata.

Eva dan Nadhir berhenti di tengah-tengah lobi. Mata mereka menatap takjub ke arah robot-robot yang berjalan ke sana ke sini. Satu buah robot berhenti di hadapan mereka berdua bersama beberapa gelas air. Ada teh, kopi, air mineral dan air berkarbonat.

Eva mencapai air teh manakala Nadhir mencapai air mineral sahaja. Jaga tubuh.

" Berkelas juga syarikat ni. " kata Nadhir.

" I rasa macam dekat Jepun. "

" You nak kata Malaysia ni tak layak ada syarikat macam ni ke Naddy? " Eva menatap Nadhir remeh.

" I tak maksudkan macamtu pon. You lupa ke waktu kite pergi Dubai dengan Jepun, berlambak besi-besi bergerak ni. Kalau kat Malaysia, ha Devrl Group ni jelah I nampak. "

" Kat kedai makan dah banyaklah. You je tak tahu. "

" Itukan robot penghantar makanan. Tapi kat sini besi-besi tu bukan setakat menghantar makanan tapi melayan customer dia juga. Siap bercakap lagi. Kelas kau Marina. "

Eva menggulingkan matanya ke atas. Apa-apa jelah Nadhir. Makhluk jadian memang payah nak kalah.

Seketika tubuh Eva terkaku mendengar suara yang agak familiar dari arah belakangnya. Tubuhnya terus dipusingkan menghadap dua orang jejaka berpakaian sut sedang berjalan dengan wajah serius.

DEVIAN'S [SU]Where stories live. Discover now