[47]

5 2 0
                                    


"Honey, saya-"

"Sunu, esok kita pergi date dekat kafe nak?" cadang Naerin yang tidak sedar telah memotong percakapan Sunwoo.

"Aaa... Boleh, boleh. Awak nak makan apa?" tanya Sunwoo.

"Esok je la saya bagitahu. Sebab, kalau bagitahu sekarang pun... Saya tak tahu nak order apa." jawab Naerin.

"Ok, honey." balas Sunwoo.

"Sunu. Awak ada nak cakap apa-apa ka tadi?" tanya Naerin.

"Haha. Ani, tak cakap apa-apa pun. Cuma, saya nak cakap..."

"Saya gembira dapat luangkan masa dengan awak hari ni." tipunya.

"Ohhh. Ok." balas Naerin. Perlahan-lahan Sunwoo melepaskan keluhan lega.

Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah Naerin, Sunwoo menekan brek.

"Gomawo for tonight, Sunu. Saranghae ❤️" ujar Naerin sambil memandang Sunwoo dengan tulus.

"Ne, night honey. See you tomorrow❤️" balas Sunwoo sambil memandang Naerin juga.

Naerin pun terus membuka pintu kereta Sunwoo lalu keluar dari kereta itu. Sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumahnya, dia menoleh ke belakang lalu melambai tangannya pada Sunwoo. Sunwoo pula, membalas lambaian Naerin.

Setelah Naerin masuk ke rumah, Sunwoo terus memandu keretanya dari perkarangan rumah tersebut.

Semasa sedang memandu, Sunwoo memikirkan sesuatu.

"Macam mana aku nak bagitahu pada Naerin ni?"

"Makin lama, makin kusut kepala aku nak memikir. Aishhh! Fikir Sunwoo, fikir!"

"Ya! Aku kena bagitahu juga esok. Aku tak peduli. Apa nak jadi, jadilah. Kau kena berani, Sunwoo. Kau boleh buat, Kim Sunwoo." ujarnya.

Dia pun meneruskan pemanduannya lalu pulang ke rumahnya.

•——————•°•✿•°•——————•

"So, Sunwoo... Is there anything you want to tell me?" soal Sangyeon sebaik sahaja mengambil tempat di hadapan Sunwoo.

"Ne. Aku buat keputusan untuk ceritakan semuanya pada Naerin. Aku tak boleh berdiam diri lagi, hyung." jawab Sunwoo dengan penuh tekad.

"Charanda (bagus), Kim Sunwoo. Hyung bangga dengan kau. Semoga kau berjaya." balas Sangyeon.

"Ne, gomawo hyung. Aku tak boleh simpan lagi benda ni. Aku kena bagitahu juga yang aku tahu diri dia yang sebenar. Termasuk nama sebenar dia, Kang Haejin. Dan, aku yang cari tahu semua tentang dia. Di mana dia tinggal dan siapa yang jaga dia. Sebenarnya, menjadi rakan hakgyo... Adalah plan aku, hyung. Sebab aku nak kenal dia dengan lebih dekat. Aku tak sanggup nak memerhati dia dari jauh lagi."

"Dan, aku pun nak jadi satu-satunya orang yang dia sayang selepas dia kehilangan keluarga dia. Aku sayang dia, hyung. Sejak aku ikut perkembangan dia, selama itulah aku jatuh cinta dengan dia. Pernah berkali-kali kitaorang terjumpa antara satu sama lain. Tapi, aku memilih untuk menyamar saja. Aku tak nak dia lari daripada aku. Kalau dia tahu siapa aku, kemungkinan dia akan lari lagi daripada aku. Mungkin, lebih jauh dari pandangan aku. Semestinya, aku takkan mampu berjumpa dengan dia lagi. Kalau boleh, aku tak nak Naerin lari daripada aku lagi, hyung. Aku separuh mati sayangkan dia, hyung. Aku nak jaga dia dan bina sebuah keluarga dengan dia. Sampai mati aku sayang dia, hyung. Aku janji, hyung. Sampai bila-bila aku akan tetap sayang dia sorang saja. Itu janji aku, hyung." ujar Sunwoo dengan begitu tulus.

"Sunwoo... Hyung yakin. Lepas kau luahkan segala-galanya pada Naerin, dia akan maafkan kau. Hyung kenal Naerin macam mana." balas Sangyeon yang kagum dengan pengorbanan Sunwoo selama ini.

"Ok la, hyung pergi dulu." kata Sangyeon lalu bangun dari tempat duduknya. Sunwoo juga turut bangun dari tempat duduknya.

Saat dia berdiri, dia terlihat Naerin yang sedang memandangnya dengan mata yang berkaca. Sunwoo menjadi terkejut seketika, begitu juga Sangyeon. Apakah yang bakal melanda dalam hubungan mereka selepas ini?

Tanpa berkata apa-apa, Naerin terus menuju ke arah Sunwoo. Sebaik sahaja dia berada di hadapan Sunwoo, dia terus bersuara dengan air matanya yang hampir mahu mengalir dari pipi.

"Puas? Puas awak perbodohkan saya selama ni?"

"Saya tanya ni! Puas buat saya macam ni?!!" tanya Naerin lagi dengan penuh rasa marah pada Sunwoo.

"Naerin... Saya boleh jelaskan. Saya tak berniat pun nak buat awak-"

"Cukuplah, Sunwoo. Kau dah buat aku lebih muak dengan kau! Tak cukup-cukup lagi ka kau dah sakitkan hati aku sebelum ni?"

"Aku ingatkan kau tak tahu siapa aku. Tanpa aku sedar, aku dah diperbodohkan oleh kau selama ni, Kim Sunwoo. Kau tahu tak betapa sakitnya hati aku simpan semua benda ni daripada kau?! Ya! Aku mengaku, aku sayang kau dari dulu lagi! Tapi aku pendam. Aku pendam supaya aku dicintai kau dengan tulus. Tulus dari hati kau. But, now? Kau sayang aku sebab kau nak bertanggungjawab ja. Am I right?" kata Naerin.

"Ani. Aku sa-"

"Enough. Stop for all this nonsense. I don't want to see your face anymore. Thanks because make me fool with your acting. Honestly, you are the best actor ever. Congrats Kim Sunwoo. You are deserve for all of this. Thank you so much." sambung Naerin lagi sambil menepuk tangannya.

Naerin terus mengalihkan pandangannya ke arah abang angkatnya pula.

"Thanks oppa. Sebab buat Naerin percaya pada oppa. After this, never show your face to me again."

"And, don't search me anymore. I'm feel so hurt right now." kata Naerin lalu berjalan dari situ dengan pantas sekali.

Saat Sunwoo ingin mengejar Naerin, dia dihalang oleh Sangyeon.

"Hyung?"

"Jangan Sunwoo. Kau nak Naerin bencikan kau ka?! Biar dia sejukkan hati dia dulu. Bila sampai masa yang sesuai, kau jelaskan semuanya pada Naerin. Kau sabar dulu." kata Sangyeon.

Sunwoo hanya terdiam sebentar. Apa yang harus dia lakukan sekarang ini? Adakah ini balasan baginya kerana telah memperdayakan Naerin selama ini? Sesungguhnya, dia benar-benar menyesal saat ini.

Semoga Naerin dapat memaafkannya.












• • •

♡✿
Atiq

Dare or Truth? | Sunwoo [Completed]Where stories live. Discover now