Bab | 7

120 11 0
                                    

Selepas sahaja mandi dan memakai pakaian, Wazeera pun Turun kebawah untuk makan sarapannya, Dia melihat Tengku Isya Dan Tengku Athif sudah dimeja.

Dia hairan bukan biasanya Isya Bangun lambat? Mungkin dia terlebih rajin kut * bisik hati Wazeera

"Kak lambat pula you bangun ya, Tapi tak apa Isya tahu akak penat." Kata Tengku Isya sambil Tersenyum

"Maaf lah, akak terlajak tidur tadi . Lagipun semalam akak banyak kali terjaga jadi tak dapat tidur " Jawab wazeera dengan agak serak suaranya

"Ohh gitu, Dah jom kak makan ni. Makanan ni sedap tau akak." Ajak isya yang menyuruh Wazeera makan itu

"Order dekat mana?" Soal Wazeera pada Mereka adik-beradik itu

"Ada lah, Dah makan tu cepat.. nanti kebulur baru tahu." Kata Athif memerhati gerak-gerik Wazeera sedang mahu makan itu

"Hmmm, yalah." jawab Wazeera, Dan membaca doa lalu menyuap makanan tersebut ke dalam mulutnya

| Selesai Makan |

Wazeera pun hendak ke ke belakang untuk membasuh baju kerana baju di sana sudah bertimbun . Dan Isya melihat kakak iparnya ini asyik buat itu buat ini. Dia dengan cepat menghampiri wazeera untuk menolongnya.

Wazeera terkejut akibat kehadiran Isya di belakangnya. Kedudukan Isya berdiri tegak itu membuat wazeera terkejut seperti melihat hantu.

"Kak biar Isya buat, Akak pergi rehat sana. Kesian akak dari tadi buat kerja rumah tak henti-henti." Pesan Isya pada Wazeera yang hanya tergelak kecil

"Tak apa lah Isya, Nama pun istri Isya akak kena uruskan semua ni Isya. Tak apa akak ok je isya." kata wazeera untuk membuat Isya Lega dan tidak mahu menyusahkannya untuk membuat kerja ini

"Alah akak Isya tengok akak penat sangat ni. Akak tak rasa ke penat?" Kata Isya yang melihat wajah Wazeera yang bersusah payah itu

"Isya Sebagai Seorang Istri kata penat itu Tidak wujud bagi mereka, Kerana mereka tidak mahu orang melihat mereka penat dengan sebab kecil. Dan Mereka teguh membuat semua perkara tanpa ada rasa penat." Jawab wazeera pada perkataan Isya yang tidak tahu lagi itu

"Jadi Isya Kena cari Suami yang tahu macam mana nak senangkan hati kamu dan gembira kan kamu ya Isya. Jangan jadi macam Akak ni ." Pesan Wazeera pada Isya yang agak murung itu

"Alah akak ni, Janganlah cakap macam tu. Isya jadi nak sedih la macam ni." Kata Isya dengan wajah yang sedih

"Dah pergi masuk, nanti kena marah Dengan abang Athif karang." Tegur Wazeera pada Isya yang ingin berganjak itu

"Hmmm."

Selesai sahaja makan, Wazeera tidak berhenti membuat kerja rumah . Tidak ada rasa penat baginya, Dia bersyukur di kurniakan seorang adik ipar yang mampu memahami dirinya yaitu Tengku Isya.

Dia Cukup senang kerana ada peneman dirumah kerana dia rasa sunyi dia tiada adik-beradik. Maklum lah Wazeera kan Anak tunggal. Tiada siapa yang boleh ajak gaduh dan borak .

Dia pun duduk disofa sambil Memainkan telefon bimbit nya. Dia Mahu menenangkan fikirannya, Kerana daripada tadi Dia asyik bergerak kesana-sini.

Semasa Wazeera tengah syok main telefonnya, dapat rasakan pada dadanya ada sesuatu. Tak akan Athif duduk diatasnya? Dan benar Athif baring di atas dada Wazeera

"Kenapa awak baring dekat sini, Bukan awak dalam bilik ke?" Soal Wazeera dengan nada sedikit marah

"Saja nak baring dekat sini, Ni lagi fluffy daripada bantal dekat bilik aku."Kata Athif santai dan tenang tanpa memandangnya

His Ratna [OG] Donde viven las historias. Descúbrelo ahora