- ʀᴀʜsɪᴀ ᴀʟᴀᴍ -

18 1 0
                                    

Fikiran masih memuntahkan pelbagai soalan,
Tentang rahsia semesta yang digenggam erat oleh bimasakti,
Masing masing menjaga rahsia sehingga sebesar zarah juga tidak diketahui oleh manusia,

Lautan dengan rahsianya,
Ancala dengan rahsianya,
Jumantara dan awanan terus diam melihat atma manusia yang dimamah dunia,
Pawana juga menjadi saksi bisu rahsia yang hanya diketahui mereka,

Buana yang dikira nirmala urnanya diam diam menjadi tempat terkejam di jagatraya ini.

- ISFEYYA -

𝐓𝐡𝐞 𝐇𝐢𝐝𝐝𝐞𝐧 𝐅𝐞𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠'𝐬Where stories live. Discover now