09

17 3 4
                                    

langit yang dipenuhi bintang itulah yang menemani haruto pulang ke rumah.Cahaya bulan yang menerangi malam itu,membuatkan haruto berasa tenang apabila berjalan berseorangan.

"Haihhhh,udara yang sedap untuk dihirup.Hmm,Minji aku dah lama tak nampak kau.Aku just rindu kau."gumam haruto perlahan sambil melihat bintang di langit.

Lalu,haruto berjalan seperti biasa pulang ke rumah.Beberapa minit kemudian,dia terdengar seperti satu tangisan yang tidak jauh darinya.

Pada waktu itu,haruto hanya berharap itu adalah khayalan dia,dan dia meneruskan perjalanan itu.Kerana dia bosan dengan persekitaran dia,dia mahu mendengar lagu,jadi dia pasang earphone di telinganya.

Dia berjalan seperti biasa sehingga lah,di satu tempat itu,terdapat perempuan berdiri di sebelah tiang lampu dengan berpakaian serba putih.

Haruto yang sedari keberadaan perempuan itu segera berjalan laju.Apabila dia sudah ke depan,susuk perempuan masih ada di depan.

Dia yang menyedari perkara tadi terjadi segera memandang belakang untuk memastikan susuk perempuan tadi masih berada di tempat itu.

Malangnya hilang, apabila dia pusing ke hadapan.

"To-lo-ng sa-ya!"

"AARGHHHH!!!!!!JINJJA!!!"Jerit haruto apabila susuk perempuan itu sekarang berada di hadapannya.Dengan muka yang dipenuhi darah,dan matanya hilang kedua-duanya.

Haruto terkejut lalu terjatuh tunggang tergolek.Susuk itu masih dekatkan diri dengan Haruto dan masih meminta tolong.

Haruto dengan bangganya berdiri dan berlari laju meninggalkan perempuan itu.Dengan berkaki ayamnya,selipar entah ke mana.

"HUH!HUH!HUH!Dia dah takde ke?Aishhhh,malam-malam ni lah dia kacau.Amik kau selipar pun hila- AARGHHHH!!!!YAHHH!!!!!AARGHHH!!!"Jerit haruto apabila perempuan itu sekarang berada di hadapan dia.

Tanpa segan silu dia berlari dengan laju,perempuan itu masih mengejarnya.Sampailah,dia di hadapan kedai serbaneka.

-----

"Hyung! Lambatnya haruto balik?"Soal Jeongwoo terhadap mashiho.

Mashiho yang sedang membasuh pinggan segera memandang jeongwoo yang baru turun dapur.

"Mungkin dia ada singgah mana-mana ke?"

"Tapi dia tak bawak duit.Macam mana dia nak beli?"jawab jeongwoo sambil melihat rak makanan,lapar agaknya.

"Mungkin dia lepak dulu dengan Mina kot"

"Hmm,mungkin lah.Ouh,Hyung!Doyoung dah tidur ea?"soal jeongwoo sambil membuka pintu peti ais.

"Haah,Mungkin sebab ubat tu mengantuk"

"Ouhh,bila dia boleh sekolah balik?"

"Tu,jangan tanya aku.Aku tak tau"lalu dia menyambung basuh pinggan.

Sewaktu jeongwoo sedang minum air.Bunyi satu ketukan dari luar,segera dia pergi ke ruang tamu untuk melihat siapakah gerangan itu.

TOK
TOK
TOK
TOK

"YAH!!!SABARLAH!"ujar jeongwoo lalu dia mengintai dari tingkap ternyata haruto.Segera dia membuka pintu.

"YAH!haruto,kau gaduh dengan sape ni?"

"Huh!Huh!Huh!Aku,A-ku,A-ku ke-na kej-ar den-gan ben-de tu!HECHUM!!!"

"EIII,JANGAN BERSIN KAT ORANG LAH NYAH!Dah tu yang basah lencun ni,apa masalah?"

"Aku tersadung something pastu jatuh kolam"

"Kolam kita ni ke?"

"Tak!Kolam orang.Tapi bukan kolam,dia kolam ikan nasib takde ikan."

-REVENGE-{TREASURE}Where stories live. Discover now