empat.com

47 12 66
                                    

"CHOI CHANHEE!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"CHOI CHANHEE!"

"CHOI CHANHEE! CHOI CHANHEE!"

Chanhee memandang Changmin dengan penuh berharap. Kepalanya digelengkan sambil mengemam bibir.

"Jangan. Buka. Pintu." Chanhee bersuara perlahan apabila Changmin seakan-akan tidak mengerti dengan arahannya. Tanpa menghiraukan Chanhee, Changmin terus berjalan menuju ke pintu utama.

Dengan senang hati, pintu dibuka seluas alam. Senyuman lebar dia ukirkan kepada Pengu.

"Ya nak a—"

"CHOI CHANHEE!" Tubuh Changmin ditolak Pengu sebelum dia meluru masuk kedalam apartment kembar itu. Chanhee yang menyorok disebalik pasu bunga tiruan itu mencarut kecil sambil memukul kepalanya sendiri.

"SAYA MINTAK TOLONG AWAK BAWA SUAMI SAYA BALIK, BUKAN TULIS SURAT KAT DIA YANG SAYA MINTA CERAI! AWAK NI KENAPA?" Pengu menghentak-hentak kaki. Geram.

Bangun pagi sahaja surat pemohonan cerai sudah tersusun kemas diatas meja makan. Dia nak suami dia balik, bukan minta makin jauh darinya.

Chanhee menggigit-gigit jarinya. Dia sangkakan ideanya itu berguna, namun hanya menyebabkan keruntuhan satu lagi rumah tangga— ya, ni bukan kali pertama.

"BIASANYA LELAKI KALAU KENA UGUT MACAM TU DIORANG BALIKLAH!"

"MASALAHNYA DIA TAK BALIKK!"

"Eii apa ni gaduh pagi-pagi ni. I ship." Changmin yang hanya memerhati dari tadi tersengih-sengih kearah mereka berdua. Lesung pipitnya jelas kelihatan, membuatkan Chanhee menjulingkan matanya, menyampah.

"SAYA DAH KAHWINLAH!"

"Alaaa nanti cerai, Puan Pengu kahwinlah dengan kembar saya." Ujar Changmin tanpa memikirkan perasaan Pengu sebelum berlalu naik ke tingkat atas, meninggalkan Chanhee dan Pengu berdua diruang tamu.

Chanhee dan Pengu saling berpandangan. Masing-masing terdiam.

"Weh, betul ke suami kau mintak cerai?"

"EII BETULAH TENGOK NII!" Borang pemohonan cerai dihulurkan kepada Chanhee.

Laju tangan Chanhee merampas borang itu. Setiap perkataan yang ada tertulis pada borang itu dibaca satu per satu.

"Cerai jelah. Nanti dah move on, aku kahwinkan kau dengan Changmin." Senyuman lebar Chanhee ukirkan sebelum memulangkan semula borang itu kepada Pengu.

Pengu:

Pengu:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
misi merembat atok . tbzWhere stories live. Discover now