AN 09

203 13 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.









AIDAN hanya memerhati si isteri yang sedang menjamah nasi lemak. Sungguh berselera sekali. Bukan sebungkus tetapi sudah empat bungkus nasi lemak isterinya makan. Terkejut juga dia melihat tahap kelaparan isterinya. Gaya macam tak makan sehari. Nak tegur tapi dia takut Nadia merajuk. Akhirnya, dia hanya diam sahaja. Memerhati si isteri tanpa lepas.

Tidak lama, Nadia selesai menjamu selera. Air milo ais disedut sehingga tinggal separuh.

“Dah kenyang?” tanya Aidan.

“Sebenarnya belum kenyang,” balas Nadia tanpa riak. Membulat mata Aidan.

“SubhanAllah. Kau tak baca doa makan ke?” Terkejut Aidan. Nadia merengus tidak puas hati.

“Saya bacalah. Tapi tak tahu kenapa saya suka makan. Mungkin saya nak datang bulan kut,” duga Nadia. Aidan diam sejenak. Memikirkan sesuatu.

“Maaf kalau soalan aku buat kau tak selesa. Bila kali terakhir kau datang bulan?” tanya Aidan. Entah kenapa firasat dia mengatakan yang isterinya itu hamil.

Kedua-dua belah pipi Nadia sudah naik merah. Malu apabila ditanya soalan begitu. Namun, mahu tak mahu, dia terpaksa beritahu. Lagipun, Aidan suami dia. Aidan berhak tahu.

“Tak silap saya, 30 hari bulan 6,” jawab Nadia. Aidan angguk kepala tanda mengerti.

“Aku bukan nak kita berharap. Tapi ada baiknya kau periksa. Mana tahu kau mengandung. Sekurang-kurangnya, kita ambil langkah berjaga-jaga. Elak sesuatu tak diingini berlaku,” kata Aidan. Nadia angguk kepala perlahan.

“Yalah. Nanti kita singgah farmasi. Saya nak beli alat ujian kehamilan.” Senyum kecil Nadia. Kalau betul dia mengandung, alhamdullilah. Dialah insan yang paling bahagia.

“Okey. Nak makan lagi ke?” tanya Aidan lagi. Nadia geleng kepala.

“Tak nak dah.”

Dahi Aidan berkerut.

“Eh? Tadi cakap tak kenyang lagi.”

“Nanti awak kutuk saya gemuk pula.”

Meletus tawa Aidan.

“Ada pula fikir macam tu. Kau gemuk pun, tetap aku sayang,” ucap Aidan penuh ikhlas. Nadia mencebik bibir. Ada saja ayat pujukan Aidan berikan kepadanya. Aidan menggeleng kepala melihat riak tidak puas hati si isteri.

Comel.

“Duduk sini. Aku nak pergi bayar,” kata Aidan.

“Okey.”

Aidan bangun dari labuhan kerusi dan melangkah ke kaunter pembayaran. Nadia terus mengeluarkan telefon pintarnya. Sementara tunggu Aidan, lebih baik dia membuang masa dengan bermain game BTS Island.












[COMPLETED] AIDAN DAN NADIA Where stories live. Discover now