00

6 3 6
                                    

June 2022

I thought we were meant to be but i guessit was all just in my head

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

I thought we were meant to be but i guess
it was all just in my head.

jika waktu bisa diulang,
banyak sekali orang yang tidak
ingin aku kenal.

Derapan tapak kaki yang kedengaran tergesa-gesa melangkah masuk ke dalam pagar SMK Bandar Gombak Ria. Dengan nafasnya tidak teratur dek lelah menaiki jejantas sebentar tadi.

Gadis yang berusia 15 tahun, Qaireena Sorfeeya lebih mesra dipanggil Sorf. Namun ada juga dipanggil nama-nama lain seperti qai, reen, reena, feey, feeya. Gadis itu sendiri selesa dengan apa sahaja nama yang dipanggil asal tidak nama yang pelik-pelik sudah.

" Reen, lambat lagi? " gadis itu ditahan oleh pengawas didepan pagar. Dengan kebingitan yang didengari dek bunyi kenderaan sekitar. Maklumlah, sekolah ini benar-benar dibelakang highway DUKE. Bunyi ekzos kereta yang kuat bukanlah sesuatu yang tidak lazim bagi mereka.

Qaireena mengeluh " Iya Dina, terbangun lambat pula hari ini. Dengan tudung tiba-tiba hilang memang moody terus hari ini " respon Qaireena membuatkan pengawas yang bernama Irdina mengangguk.

Setelah menulis nama di catatan murid lewat, Qaireena terus bergerak ke dewan untuk contact hour. Disekolah ini, murid tidak dibenarkan masuk ke kelas terlebih dahulu. Qaireena juga pelik kenapa peraturan ini dilaksana kan, susah-susah je harus beratur di pagi hari buat peluh badan sahaja.

Baru sahaja Qaireena mahu duduk, guru yang bertugas membuat pengumuman untuk semua pengawas pusat sumber berkumpul di pusat sumber selepas ini.

Walaupun Qaireena seorang pengawas pusat sumber, jarang benar dia hendak masuk ke pusat sumber sekolah. Masuk pun kerana bertugas, kalau tidak memang tak dia mahu masuk.

Sejujurnya, Qaireena tidak tahu apa-apa tentang pengurusan pusat sumber. Gadis itu tidak menjalani percubaan pun, pada awalnya dia tidak dapat tawaran tetapi disebabkan Qaireena anak cikgu jadi dapatlah jawatan ini. Pakai cable lah dalam kata ringkas.

Sejujurnya juga, Qaireena tidak suka akan persekitaran pengawas-pengawas pusat sumber. Ikut bahasa baku, mereka semua kerek! Langsung tidak mesra akan pengawas lain yang mereka tidak akrab. Qaireena juga tiada kawan dalam kalangan pengawas pusat sumber, setiap kali perjumpaan dia rasa seakan-akan dia seorang loner.

+++

" Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengawas pusat sumber sekolah. Mesyuarat hari ini, maaf mengambil masa pdpc kamu semua. Saya nak tegur beberapa perkara tentang pengurusan dan cara kamu bertugas .......... " Cikgu Hana yang merupakan cikgu yang menguruskan Pusat Sunber Sekolah berkata-kata dihadapan.

" Dan akhir sekali, saya telah edarkan jadual bertugas baharu yang akan digunakan mulai esok itu sahaja daripada saya. Kalau tiada soalan boleh masuk kelas lah Assalamualaikum "

Setelah Qaireena dapat jadual yang telah diedarkan dia pun membaca nama-nama yang bakal bertugas sama hari dengan nya. Dia mendapat hari rabu, namanya diatas sekali yang bermakna dia ketua hari pada hari tersebut.

Qaisy Imran bin Ezra Nizam 3K

Tidak pernah Qaireena dengar nama tersebut, gerangan orangnya juga tidak nampak batang hidung. Dia mahu tahu juga siapa yang sebaya dengan nya akan bertugas sekali dengan nya. Namun tak apalah, dia boleh sahaja tanya rakan nya Ammar Aiman yang merupakan murid kelas 3K.

+++

[ Time Skip : Rehat ]

Seperti biasa, Qaireena akan rehat dengan dua orang rakan sekelasnya Farhana dan Nadia. Walaupun, kerap berbalah antara sendiri. Jikalau bermasam muka antara sendiri, pasti ada orang tengah yang menjadi mangsa keadaan. Bayangkan masih rehat di satu meja yang sama walaupun sedang bermasam muka. How childlish the situation is.

Sedang Nadia hendak mengacau kuah mihun sup nya Qaireena membuka mulut. " Korang kenal tak budak kelas K nama Qaisy? "

Nadia dan Farhana pun memandang sama sendiri, tidak pernah didengar nama itu. Mungkin nerd? Mereka menggelengkan kepala mengisyaratkan yang mereka tidak tahu.

Mungkin dia harus menunggu hari esok untuk melihat siapa dia.

+++

Sebaik sahaja Qaireena sampai ke rumah dia terus mengambil handphonenya dan merebahkan diri diatas katil. Seperti remaja yang lain, bahkan orang tua pun. Bergantung kepada handphone sekarang, tanpa handphone susah nak hidup pada zaman yang canggih ini. Ceh, dah macam orang tua pulak ayatnya.

Qaireena pun membuka aplikasi WhatsApp dan menaip mesej kepada Ammar Aiman. Dia curious akan siapa Qaisy Imran itu sebenarnya. Hensem kah? Buruk kah?

 Hensem kah? Buruk kah?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alamatnya, Qaireena harus menunggu esoklah untuk tahu siapa orangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alamatnya, Qaireena harus menunggu esoklah untuk tahu siapa orangnya.

+++


+++

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 27, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

unloveableWhere stories live. Discover now