PART:03

181 7 0
                                    

"Ohh Fakhri..yes dia sekelas dengan kita..asal?"

"Tak ada apa..dah jom duduk."

-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

//Tiara Pov//

Sumpah harini aku rasa tak ada mood. Bukan apa..cuma yelah aku kena sekelas dengan mamat bodoh ni. Dah lah duduk sebaris dengan aku cuma yang bernasib baiknya adalah Azam duduk dekat tengah-tengah..so selamat sikit. Kalau tak mesti aku dengan dia dah bergaduh.

"Okay class hari ini kita halfday sebab cikgu-cikgu ada meeting. So kamu semua boleh balik ke dorm masing-masing dan buat aktiviti macam biasa."

Mr.Sin bangun lalu meninggalkan kelas. Kitorang apa lagi? Menggelupur lah kemas barang. Yelah bukan senang nak dapat halfday..

Aku tak tahu apa sial nya diri aku harini. Boleh pulak dalam kelas ni tinggal aku dengan mamat ni je. Kalau korang tanya mana Azam, dia dah awal-awal blah pergi DM. Sampai hati kau Zam..kau tinggalkan aku. Yang mamat ni pun satu..asal terhegeh-hegeh sangat simpan barang? Kalah aku yang perempuan ni ha.

Aku dah settle kemas and simpan barang so aku pun bangun dan hendak meninggalkan kelas tetapi tiba-tiba dia menahan tangan aku.

"Kau nak apa Fakhri."

"Tak ada apa..saja nak ajak kau borak-borak."

"Aku tak ada masa nak berborak dengan kau..orang yang tikam belakang kawan dia sendiri."

"Rilex lah Elda..benda dah lepas kot."

"Memang benda dah lepas dan luka pun dah kering..tapi tidak dengan parut yang kau tinggalkan dekat aku fakhri..parut tu masih kekal membekas dekat hati aku."

"Eh aku buat semua tu untuk selamat-"

"Selamatkan siapa?! Kau sanggup tikam belakang aku demi selamatkan diri kau..demi memalsukan kejahatan yang kau buat..tapi yang terima padahnya siapa?! Aku juga! 9 tahun kita berkawan tapi itu yang aku dapat dari kau..kawan jenis apa kau ni!" Aku menolak bahu Fakhri.

"Sekurang-kurangnya aku tak lupa kawan macam kau! Kau masuk sini pastu acah-acah tak kenal aku..apa semua tu?!"

"Manusia bangsat macam kau ni tak patut digelar kawan..kalau boleh tak payah wujud langsung dekat dunia ni pun tak apa."

"Elda..tujuan aku tahan kau kat sini sebab aku nak mintak maaf..tu je..tapi kenapa kau nak kena ungkit benda yang dah lepas?"

"Sebab aku tak boleh lupa benda tu..kau penyebab aku kena buang sekolah Fakhri..dadah tu kau yang punya tapi disebabkan kau nak selamat,kau letak dalam beg aku senyap-senyap..macam tu ke kawan? Ha?! Aku tanya ni sial! Jawab lah! Kawan apa yang sanggup tikam belakang kawan dia sendiri!"

"Aku terpaksa."

"Terpaksa? Kau kata yang kau terpaksa buat tu? Eh kalau kau terpaksa mesti kau ada rasa serba salah dekat aku and mesti kau minta maaf dekat aku selepas benda tu berlaku..tapi apa yang kau buat? 2 tahun selepas tu baru kau nak mintak maaf dengan aku..itupun sebab satu sekolah..kalau tak? Aku rasa sampai aku mampus pun kau takkan minta maaf dengan aku." kelas dan pergi mencari tempat yang boleh dia tenangkan diri. Fakhri sekarang ni pula tengah rasa 50-50..separuh nak minta maaf dan berbaik dengan Tiara tapi separuh lagi nak halang Tiara join pilihan raya. Sebab kalau Tiara join, mesti dia tak dapat teruskan plan dia tu.

//Tiara Pov//

Sekarang ni aku tengah berjalan tak tentu arah..aku tak tahu nak kemana tapi kaki aku tetap melangkah dan membawa aku pergi..sampailah kaki aku berhenti di belakang blok dorm Kahar. Tempat yang selalu Kahar lepak dengan geng dia. Dengan perlahan aku berjalan ke tempat itu dan aku terduduk disitu sambil bersandar didinding.

YOU'RE MINEWhere stories live. Discover now