Melihat yang lain bermain girang membuatkan aku turut berasa senang. Kaki ku rendam ke dalam air sambil duduk di atas batu. Aku bukannya takut pada air, cuma air disitu agak dalam buat aku yang tidak begitu cukup ketinggian ini. Melihat Laili yang airnya sudah separas dada membuatkan aku seram. Di tambah pula aku ni tidak begitu mahir berenang.
Anak mata Nazirul tertancap pada aku. Dia berenang menghampiri aku yang duduk di atas batu. Nazirul timbul di permukaan berdiri tepat di hadapan aku. Kedua tangannya memegang batu yang aku duduki.
"Kenapa tak nak turun?"tanya Nazirul mendongak memandang aku.
"Dalamlah. Seram"jawab ku.
"Sayang tak pandai berenang ke?"tanya Nazirul lagi.
"Pandai.. cuma kurang mahir je. Air ni dalam. Nanti kalau tenggelam macam mana?"wajah ku sedikit monyok.
"It okaylah. Abang ada. Jom turun"Nazirul cuba memujuk aku untuk ikut turun ke dalam air.
Dengan rasa berat hati, aku cuba mengumpul kekuatan untuk turun. Nazirul memegang kedua-dua tangan aku bagi membantu aku untuk turun malahan gagal kerana perasaan takut aku lebih kuat berbanding perasaan berani. Aku menggeleng tanda tidak mahu turun. Puas Nazirul memujuk tetapi tetap aku berkeras untuk tidak turun.
Melihat raut wajah Nazirul, sepertinya dia pasrah untuk memujuk aku. Dia mengeluh berat dengan pantas dia menarik kedua tangan aku lalu diletakkan di bahunya dan kedua tangannya mendarat di pinggang aku. Tanpa sebarang isyarat, dia terus mengangkat aku masuk ke dalam air. Terjerit aku dengan tindakan drastiknya itu. Mahu tercabut jantung aku apabila di angkat sedemikian rupa.
Kini kedudukan aku begitu dekat dengan Nazirul. Kedua tangannya masih kekal di pinggang aku. Anak matanya menikam ke dalam mata aku. Dia mengeratkan lagi pegangannya membuatkan aku dan dia sudah tiada jarak sama sekali. Membulat mata aku dengan tingkahnya. Dia sekadar mengukir senyum.
"Amboi.. love bird ni. Tak kira tempat ya"tegur Laili lebih kepada memerli.
Tautan mata kami terputus lantas aku menolak Nazirul menjauhi aku. Membahang wajah aku apabila ditegur Laili. Tangan aku di dalam air cuba untuk melepaskan pegangan Nazirul malah makin di eratkan pegangannya.
"Bang, kalau ya pun.. tak payahlah nak bermesra depan orang"laili berpeluk tubuh dengan gulingan mata.
"Betul tu. Hormat sikit orang single ni"sampuk Farhan turut memerli. Perasan single betul adik aku ni. Macamlah aku tak tahu yang dia dah ada teman wanita.
"Eah! Cemburu cakap"kata Nazirul penuh lagak. Farhan dan Laili serentak menjeling tajam menyampah.
"Abaikanlah dia orang tu paan. Jom kita mandi dekat sana. Kacau pula love bird tu nanti"ajaknya langsung beredar dari situ diikuti oleh Farhan.
"Rul ni.. malu tahu tak!"dada bidang Nazirul aku pukul. Aku rasa muka aku ni dah macam buah tomato dah.
"Okay-okay..."meleret nada suara Nazirul menjawab lantas melepaskan pelukannya dari pinggang aku.
Tanpa sebarang sokongan, aku mula rasa diri aku terumbang-ambing dan sepertinya aku mahu tenggelam. Terkapai-kapai tangan aku meminta bantuan. Pantas Nazirul memaut pinggang aku merapatinya kembali. Dada ku berombak naik turun. Terus pucat wajah aku tanpa darah. Kepala aku dongak memandang Nazirul yang sudah menarik senyum sengeh
"Ih! Kenapa jahat sangat ha?"dada Nazirul aku pukul geram.
"Habis tu.. sayang yang suruh abang lepaskan"Nazirul menayangkan wajah yang tidak bersalah.
"Humph!"jelingan tajam aku berikan aku kalihkan wajah aku ke arah lain. Nazirul tertawa kecil melihat aku begitu. Sakan ya dia mengusik aku, mentang-mentanglah dia sudah jadi suami aku.
❤️🩹❤️🩹❤️🩹
Aku duduk di beranda rumah sambil melipat kain. Memandangkan esok aku dan Nazirul akan bergerak ke Langkawi bagi melanjutkan percutian kami. Pandangan aku lemparkan ke halaman rumah dimana Nazirul sedang menjawab panggilan telefon. Dapat aku lihat dari reaksi wajahnya kelihatan sedikit serius.
Nazirul mengalihkan pandangannya ke arah aku yang masih lagi memandangnya. Terus pandangan kami di putuskan. Setelah perbualannya selesai, dia menapak ke arah aku. Dia melutut di hadapan aku dengan pandangan serius. Anak mata aku turut beralih padanya dengan dahi dan kening yang berkerut.
"Kenapa ni?"tanya ku.
Tanpa jawapan, Nazirul mengcapai kedua belah tangan aku lalu di genggamnya. Pandangannya jatuh pada tangan aku. Kekura aku di elus lembut. Dapat aku dengari helaan nafasnya yang berat cuba untuk mengatur kata.
"I'm sorry. Kita terpaksa batalkan percutian kita"tutur Nazirul memandang tepat ke dalam mata aku.
"Why?"soal ku bingung.
"Abang kena pergi kursus"kata Nazirul. Mendengar akan itu membuatkan aku sedikit mengeluh. Tapi aku cuba untuk menarik senyum.
"It okay. Itu kan tuntutan kerja. Berapa lama Rul pergi kursus?"soal ku pula.
"Around 7 month".
"Oo.. quite long. So, bila Rul kena gerak?"soal aku lagi.
"Today. Abang kena pack barang lepas tu terus gerak ke pengkalan. Kawan abang tunggu dekat sana". Aku sekadar mengangguk mendengarnya. Nazirul bangun dan menapak masuk ke dalam bilik bagi mengemas segala pakaiannya.
Aku menunduk memandang kain di tangan aku. Entah mengapa hati aku berasa sakit dan sebak. Apa mungkin aku berasa sedih untuk berjauhan dengan Nazirul.
Telinga aku menangkap bunyi derkapan kaki datang dari dalam rumah. Aku menoleh melihat Nazirul sudah siap dengan beg pakaiannya di muka pintu. Kain di atas riba aku ketepikan dan aku berdiri menghadap Nazirul.
"Abang pergi dulu ya. Sayang jaga diri. I will be back soon"tutur Nazirul. Aku mengangguk faham. Kekura tangannya aku cium dan satu kucupan hinggap di ubun-ubun ku. Terus Nazirul melangkah menuruni tangga rumah.
Beg pakaian di masukkan ke dalam kereta sebelum badannya di bolos masuk ke bahagian pemandu. Sempat dia memandang aku senyum senyup dan lambaian. Aku membalas lambai itu dengan secabit senyum sedangkan di lubuk hati aku sudah bertarung dengan rasa sebak yang bergelora umpama ombak yang memukul pantai.
Banyangan kereta Nazirul memudar dari pandangan aku. Tiba-tiba satu titisan air jernih mengalir ke pipi tanpa di pinta dan tanpa di paksa.
"Kakak, kenapa ni? Nazirul ke mana?"soal ummi yang datang menghampiri aku sebaik sahaja mendengar deruan enjin kereta milik Nazirul.
"Nazirul pergi kursus ummi. 7 bulan"jawab ku kosong. Ummi mengelus belakang aku perlahan.
"Ummi, kenapa kakak nangis?"soal ku menoleh ke arah ummi. Ummi terkedu apabila melihat air jenih sudah merembes keluar dari tubir mata aku.
"Ummi.. kenapa kakak nangis ummi.."makin lebat air mata aku gugur. Dada aku bagaikan dipukul sesuatu. Sakit.
"Shh.. kakak.. sabar ya kakak. Nazirul pergi atas tuntutan kerja. Tak lama pun. Ummi kan ada, ibu ada, semua orang ada"ummi memeluk tubuh aku yang sudah tersedu-sedu menahan sebak. Belakang badan aku di elus berkali-kali.
Baru aku tahu betapa sakit rasanya apabila terpaksa berjauhan dengan suami yang menyarung pakaian beruniform. Sekarang baru aku tahu apa para isteri yang bermadukan negara ini rasakan.
Bersambung...
YOU ARE READING
Pabila Datangnya Dia (onhold)
RomancePenyatuan yang tidak pernah disangka oleh seorang gadis bernama Aléyya. Kejadian yang mengguris hatinya membuatkan dirinya berada didalam dilema. Aléyya terpaksa menerima pernikahan bersama seorang lelaki yang dia tidak pernah sangka bakal menjadi...