CHAPT 02

13 4 4
                                    

SEORANG pelajar lelaki yang tinggi lampai melalui koridor untuk menuju ke bilik guru. Aura yang dimilikinya telah mencuri perhatian semua pelajar yang berada di situ. Mereka terpesona melihat wajahnya yang kacak. Gayanya berjalan juga sudah seperti seorang model!

"Hai, senior," dua orang pelajar perempuan tiba-tiba datang menyapanya. Mereka berdua kelihatan malu-malu apabila berhadapan dengan lelaki itu.

"Hai," sapa lelaki itu kembali dengan nada yang mesra.

"Senior dulu bekas pelajar dari sekolah Maple High School kan?"

"Ya, betul," balasnya pendek.

"Wah, betul la! See? Kan aku dah cakap," ujar gadis itu kepada rakannya dengan perasaan teruja.

"Mana awak tau saya dari sekolah Maple High School?" lelaki itu mencelah.

"Saya sekolah kat situ jugak dulu. Tak sangka jumpa senior kat sini jugak," jawab gadis yang berambut pendek.

"Ouh, begitu. Patut la saya macam pernah nampak awak sebelum ni," balas lelaki itu sambil tersenyum manis. Sesiapa sahaja boleh cair melihat eye smile miliknya.

"Serious lah senior ingat saya? Saya jadi photographer sekolah dulu. Memang sayalah yang selalu ambil gambar senior setiap kali senior ada acara," seronok gadis itu bercerita.

"Ha betul la, awak la photographer yang saya selalu nampak tu. Jadi semua gambar saya kat majalah sekolah tu awak la yang tangkap?" ujarnya dengan riak wajah yang teruja. Gadis itu mengangguk laju.

"Terima kasih. Kalau bukan sebab awak, mungkin gambar-gambar saya dah buruk. Awak kena tahu yang awak ni sangat berbakat," pujinya. Kepala gadis berambut pendek itu diusap perlahan. Jelas kelihatan riak terkejut pada wajah mereka apabila lelaki itu berbuat sedemikian.

"Saya pergi dulu ya. Jumpa lagi junior saya yang cantik," Lelaki itu melambai seraya berlalu pergi. Sebaik sahaja lelaki itu hilang dari pandangan, mereka berdua berpandangan sesama sendiri.

"Dia cakap apa tadi?" tanya si rakan gadis berambut pendek demi meminta kepastian.

"Dia cakap kita cantikkk!"

"Aaa..!" mereka menjerit serentak. Dua orang gadis itu mula menggeletis seperti orang kena sawan.

ROSE menyusun langkah ke arah cafe sekolah yang berada tidak jauh dari blok kelasnya. Sebahagian besar pelajar berada di cafe untuk makan tengah hari memandangkan waktu rehat sudah pun tiba.

Tidak seperti di sekolah-sekolah lain, kafeteria mereka tidak ubah seperti restoran bertaraf empat bintang. Malah service mereka jauh lebih mewah. Menu tidak disediakan di cafe tersebut kerana setiap hidangan akan disediakan mengikut kemahuan pelanggan itu sendiri.

Sebaik sahaja Rose menjumpai meja kosong, dia terus melabuhkan punggungnya di situ. i-Phonenya dibuka. Dia menghilangkan bosan dengan menskroll aplikasi TikTok sambil menunggu pesanannya tiba.

"Hai," sapa seorang lelaki.

"I'm not interested, leave me alone," balas Rose tanpa memandang lelaki itu, matanya hanya fokus memandang skrin iPhone.

Lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia kembali ke meja di mana rakan-rakannya berada. Mereka semua mentertawakannya. Rakan-rakannya lah yang mencabar lelaki itu supaya menyapa Rose. Tadi bukan main confident lagi yang Rose akan melayannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 08, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PERFECT MATCH [ SLOW UPDATE ]Where stories live. Discover now