BAB 27 - Deceived

1.8K 118 12
                                    

7:01 a.m.

" Abang, bangun. Dah subuh ni " Qaseh menggoncangkan badan tegap suaminya.

Harraz tersedar dan mengeliat kecil. Dan mengucup lembut dahi isterinya.

" Bila sayang balik ni ? "

" Malam semalam, abang masih tidur, penat sangat ya ? " Jari jemari Qaseh mencuit punuk hidung sang suami.

Harraz tersengih.

" Dah, ni awak pergi solat subuh, dah lewat dah Saya nak buat breakfast " ujarnya sambil membelai manja rambut sang suami yang di cintai.

Harraz hanya membuat isyarat tangan 'ok' sambil badannya dipaksa bangun dari ranjang yang empuk.

" Assalamualaikumwarahmatullah "

Kepalanya di tolehkan ke arah kiri. Sejurus itu tangannya meraup lembut mukanya. Selesai sudah kewajipannya sebagai seorang muslim.

Harraz mencapai tualanya.

Almari baju di buka dan matanya sangat teliti mencari baju yang hendak di pakai sambil tangannya juga memegang baju tersebut.

Puk.

Sebuah kotak terjatuh. Isi dari kotak tersebut terkeluar.

' Test pack siapa ? Qaseh pregnant ? '

Tanpa dia sedar bibirnya mengukirkan senyuman.

Sedang dia memperhatikan semua barangan itu, tiba tiba.

Ting.

Harraz menerima satu pesanan dari nombor yang tidak di ketahui.

Ya. Pesanan dalam bentuk sebuah gambar.

Riak wajah Harraz terus berubah. Senyumannya juga sudah pudar.

Kedua figura yang berada di dalam gambar tersebut sangat di kenalinya.

" QASEH AYESHA !"

Qaseh yang sedang sibuk menyediakan juadah untuk keluarganya terkejut mendengar jeritan suaminya yang memanggil namanya.

Qaseh berlari anak menaiki tangga menuju ke bilik mereka.

" Kenapa abang ? "

Qaseh memandang kotak yang di pegang oleh suaminya.

Senyuman terukir.

" Alah, abang dah jumpa ke ? Saya baru nak suprise " Qaseh melabuhkan punggung bersebelahan suaminya sambil memeluk lengan jejaka di sebelahnya.

Tangan wanita itu di tepis.

Harraz bangun dari duduknya.

" Itu anak siapa ? "

Bertaut kening Qaseh mendengar persoalan tersebut.

" Apa maksud awak ni ? "

Harraz melempar telefon bimbitnya kepada isterinya.

Qaseh berkerut. Jelas tertera gambarnya dan Aydan di hadapan klinik.

Gambar tersebut diambil semasa Qaseh ingin terjatuh dan di sambut oleh Aydan.

" Pergi check up dengan bapak kepada anak dalam perut kau ke ? " kasarnya.

" Abang, dengar dulu saya explain boleh ? "

" Nak explain apa ? Kau keluar tak bagitahu, lepastu keluar pulak dengan sepupu aku. Kau ni perempuan jenis apa sebenarnya ? "

Air mata mula berlinang.

MY TEACHER, MY HUSBANDOnde as histórias ganham vida. Descobre agora