#18 PEREMPUAN TAK PERNAH SALAH, KAN

869 36 0
                                    

Morning
(n.) The time when the bed has more gravity.

"Ayah call dan beritahu dia dah on the way ke sini." Beritahu Luke sebaik sahaja menamatkan perbualan dengan ayahnya.

Ayah mertuanya datang menjemput Luke untuk dibawa menjalani treatment di dalam kem. Walaupun ditolak, dan mengatakan bahwa dia boleh menghantar dan menjemput Luke namun ditolak oleh Tuan Bakti.

Auliya mengangguk. Dia kemudiannya masuk ke dalam bilik, mengemas ruang tamu, dan setiap penjuru rumahnya agar terlihat kemas dan teratur.

Auliya juga membuka plastik frame yang baru dibeli dan memasukkan gambar kahwinnya. Kemudian dia meletakkan frame yang sudah terisi dengan gambar kahwin itu di atas drawer putih di tepi meja televisyen.

Seperti kedengaran bunyi kereta 4x4 milik ayahnya. Auliya mengintai dari balik pintu tingkap, dan ternyata benar ayah mertuanya sudah sampai.

"Okay, get ready mr husband." kata Auliya menuju ke pintu untuk membukanya. Auliya kembali kepada Luke dan menunggu ayahnya masuk. Auliya memegang bahu Luke sambil tersenyum. Luke lantas mencapai tangan Auliya lalu digenggamnya erat. Sempat Auliya menoleh kearah Luke.

Tuan Bakti tersenyum meneliti sejenak apartment itu. Cukup kemas dan teratur nampaknya.

"Jom." Ajak Tuan Bakti.

Kemudiannya barulah muncul Abang Khairi di balik pintu. Dia kemudiannya menolong memapah Luke untuk menuruni tangga apartment. Auliya juga turun untuk menolong dengan membawa beg galas Luke. Alang-alang dia pon ingin ke kampus.

Lazy perfectionist
(n.) When you don't give a shit about anything but at the same time care too much about everything.

Hari itu dia pergi ke PKNS untuk event buku. Macam biasalah untuk mempromosikan buku hasil karya tulisannya. Bila menerbitkan buku sendiri ni, memang hal-hal promosi dan marketing perlu dibuat sendiri. Promotlah di mana-mana akaun supaya apa yang kita dah laburkan akan berhasil.

Dan dia bersyukur sepanjang bukunya diterbitkan, dia mendapat positive feedbacks dari para pembaca yang setia dengannya dari zaman blog.

Tak kurang juga negative feedbacks pon ada cumanya tak sebanyak yang positive. Namun dia tetap bersyukur. Walaupun negatif, dia tetap terima dengan hati yang terbuka, untuk kebaikkan dirinya juga.

Kalau teruk sangat feedback tu, dia akan ignore je dan pretending like dia tak pernah dapat feedback itu.

Wallflower
(n.) You see things, you keep quiet about them. And you understand.

Luke fokus kepada treatment kakinya. Dalam seminggu akan ada 3 hari dia akan pergi ke kem untuk rawatan. Dia nak kembali berlari. Kerana itu hobinya. Duduk di atas wheelchair dengan keadaan kakinya sebegitu sangat menyusahkan dirinya. Susah untuk bergerak ke mana-mana. Dia tidak mahu menyusahkan Auliya untuk menjaga dirinya, dia boleh menjaga dirinya sendiri walaupun agak susah pada awalnya.

Lagipula Auliya juga sedang sibuk dengan mempromosikan bukunya, jadi dia taknak menyusahkan Auliya. Dia lelaki dan lelaki kena kuat!

Walaupun Auliya sibuk, kadang-kadang dia selalu juga buatkan sarapan untuk Luke sebelum keluar pergi ke kampus atau Cafe atau untuk event buku. Dan Auliya akan selalu memenuhkan peti ais dengan barang-barang basah atau kering. Itu sudah mencukupi untuk dirinya. Dia selalu tersedar bila Auliya datang menjenguknya di sofa sebelum dia masuk tidur. Dia akan menyelimuti Luke jika perlu. Simple but meaningful. Walaupun Auliya tidak pernah berkata apa-apa tapi caranya cukup menunjukkan yang dia sebenarnya juga menjaga Luke, cuma ego. Perempuan mana pernah salah!

Leal
(Adj.) Faithful, true, loyal.

LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)Where stories live. Discover now