Habis saja waktu persekolahan ataupun shif kerjanya, Fateyya pasti akan ke tempat itu untuk mencari jejaka bernama Izra. Bukan melihat, tetapi menjadi seorang stalker tak bergaji!
Tengok sekejap pun jadilah, fikirnya. Apa nak jadi kat dia, dia pun tak tahu. Angkara Fateh dia jadi begini. Obseskan karakter utama dari buku sendiri. Ah. Betapa dia tergila-gilakan Fateh.
Tapi, apa yang dilihatnya hari ini, buat dia betul-betul kecewa.
Kerana...
Fateh bukan seorang perokok seperti Izra!
Sayang sekali. Izra punya fitur sangat sempurna untuk jadi cast Fateh tapi Izra merokok! Aduhai.
Pun begitu, Fateyya masih tak mahu percaya kerana satu, mungkin matanya sedang memainkan trik kepadanya sehinggakan Izra dilihat seperti merokok.
Kedua, mungkin itu bukan rokok tapi sesuatu yang menyerupai rokok? (Begitulah kalau sudah obses, bukti sudah ada depan mata pun masih mahu menidakkan.)
Ketiga, Izra kena ugut dengan Nuhael? Aduh, Fateyya. Sampai ke situ.
Keempat, Izra sebenarnya bukan perokok tegar, tapi sekadar merokok untuk hilangkan stres. Bukan apa. Fateyya tahu bibir perokok itu gelap. Tapi bibir Izra merah! Seakan tak pernah sentuh rokok.
Jadi, yang mana satu?
Fateyya kekal memerhati dari pokok bersama hoodie hitamnya untuk pastikan penyamarannya 200% berhasil. Memang pun berhasil. Baik Izra ataupun Nuhael tak pernah tengok belakang ataupun beri reaksi aneh-aneh ketika diikuti. Bijak kan Fateyya?
Tapi suatu malam, bersama hoodie hitamnya lagi, Fateyya dihurung nyamuk ketika melakukan jenayah stalk itu. Sanggup bhai, jam 11 malam keluar seorang diri demi mencari ilham.
Ilhamlah sangat.
PAP! Bunyi tepukan tak jadi masalah, tapi tangan dan kakinya habis bengkak dihisap nyamuk dan ketika dia tidak tahan dihurung serangga obses darah ini, automatik dia bergerak untuk melarikan diri dari sarang nyamuk itu sehinggakan,
PRAK!
Tak sengaja pula kakinya terpijak ranting. Mahu tak menyumpah seranah level rendah si Fateyya di dalam hati. Laju tangannya singgah ke mulut tapi malam itu, dia sudah gagal kerana Izra dan Nuhael sudah perasankan sesuatu angkara kecuaiannya.
Sobs, dia seperti mahu menangis. Dia cuma ingin melihat 'Fateh' dari jauh. Dia takkan buat apa-apa benda pelik tetapi haih. Nyamuk kacau rancangan dia.
Fateyya seperti mahu menyerah di hari kelima, nasihat Adline dan mama terngiang di telinga. Apa yang dia lakukan itu tak betul. Boleh dikira sebagai jenayah. Adline pun sudah pening kepala. Dia tak tahu nak salahkan siapa. Salahkan penulis yang bagi idea gila? Ataupun dirinya yang bagi Fateyya dengar nota suara itu?
Atapun salahkan Fateyya yang mengalami waktu sukar? Eh.
Apapun, Adline menyuruhnya berterus-terang. Keluar dari persembunyian dan berjujur sahaja. Fateyya takut tapi dia fikir, kata Adline itu ada benarnya. Sampai bila dia harus begini? Berdiri di dalam kegelapan untuk merenung Izra yang dianggap Fateh?
Mana tahu Izra akan bersetuju untuk berkawan dengannya, walaupun peluangnya agak tipis. Mereka tak kenal satu sama lain. Agaknya Izra pun tidak tahu yang Fateyya ini antara salah satu makhluk Tuhan yang wujud.
Di hari kelima itu, Fateyya lakukan kerja gila itu buat kali terakhir kerana dia ingin berterus-terang kepada Izra. Dia masih memakai hoodie hitamnya tetapi kerja gilanya dilakukan pada waktu petang. Tidak lagi pada waktu malam. Agak berbahaya menemui Izra pada waktu malam kerana Izra itu seorang lelaki.
Sepolos manapun wajahnya, semirip apapun si Izra kepada Fateh di mata Fateyya, Izra masih seorang lelaki. Dan Fateyya telah meminta izin mamanya untuk melakukan hal ini. Puan Dhara benarkan, cumanya janganlah melampaui batas. Cukup bercakap seperti hal ini adalah hal kerja.
Waktu hampir menjejak ke zon Maghrib. Fateyya ingin lekas. Ketakutannya membuatkan dia ambil masa yang cukup lama sehinggakan dia sekarang tak tahu ke mana Izra dan Nuhael sedang berjalan. Yang pasti, mereka terus berjalan dan berjalan di kawasan riadah yang mempunyai banyak pokok yang seakan brokoli. Dalam diam, Fateyya menikmati perjalanan itu. Jarak mereka semakin mendekat, namun Fateyya masih tak keluar dari kegelapan. Rasa takutnya masih berkobar-kobar.
Di saat dia mahu keluar dan memberanikan diri, entah dari mama datangnya asap rokok yang tiba-tiba memasuki rongga hidungnya sehinggakan dia terbatuk-batuk. Busuk!
Dan ketika itulah, lutut Fateyya jadi longgar. Ini... ini bukanlah cara dia mahu kantoi dengan Izra! Huwaaa.
Nuhael dilihat sudah berdiri mencari keberadaannya sementara Izra dengan tenang duduk menghalau 'nyamuk'.
Fateyya tidak membuang masa. Laju kakinya berlari melangkah kencang meninggalkan kawasan itu. Demi apapun, sumpah dia takkan cari Izra lagi! Malu, takut, semuanya datang serentak. Kalaulah dia boleh lari sehingga ke hujung dunia tika ini...
Namun malang sungguh tak berbau, kerana kakinya tiba-tiba tersadung akar pokok di saat ke-10 berlari. Sakitnya bukan kepalang. Mahu tak berair matanya waktu itu.
Namun, suara dari Nuhael lebih menyakitkan Fateyya.
"Berhenti! Saya polis, jangan bergerak!"
.
.
.
.
.
12/8/23
YOU ARE READING
Dia, Izra.
Teen Fiction9 | Possessive Keeper --- "Like what you see? Why not take a photo instead? It will surely last longer." Izra senyum sinis memandang wajah polos itu. "Really? Can I?" Tidak membuang masa, KACHAKK!! Flash memenuhi seluruh tampang terkejut Izra yan...