Bab 23

450 46 1
                                    

Ah In meletakkan bunga di atas pusara Se Ah. Seketika dia terbayang gelagat Se Ah yang comel tapi selalu disangkal olehnya. Selalu buat orang terkejut, selalu buat orang sakit hati. Se Ah...kenapa kau tinggalkan akak? Akak tak sempat untuk mengenali kau, Se Ah.

Tangisannya terhambur. Kris yang sentiasa di sisinya menenangkannya. "Shhh..." Kris memeluk erat bahu Ah In. Ah In sangat berterima kasih pada Kris kerana sampai saat ini, lelaki itu masih setia di sisinya.

Perlahan-lahan Kris membawa Ah In pergi dari situ. Payung yang dipegangnya tidak lepas dari tangan. Hujan turun renyai-renyai waktu itu. Hujan yang membawa kesedihan buat Ah In yang kehilangan Se Ah.

Langkah mereka berdua terhenti bila mereka bertembung dengan Kai. Suho telah menegah Kai daripada pergi ke majlis pengebumian Se Ah. Tapi nampaknya Suho kalah. Biarlah Kai melihat Se Ah pergi buat kali terakhir.

Kris, Ah In dan yang lain menunggu Kai dari bawah pokok. Suho yang memayungi Kai di sana. Mereka tak dapat dengar apa yang dikatakan oleh Kai, tapi dari gerak-geri Kai menangis, mereka turut merasa pilu.

...........................

"Se Ah...terima kasih atas segalanya. Terima kasih sebab membenarkan saya bertamu dalam hati awak. Terima kasih sebab mengajar saya erti cinta" tangan Kai menjalar di atas tanah yang masih baru itu.

"Saya tak pernah menyesal mengenali awak. Tapi awak yang patut menyesal mengenali saya. Saya tak dapat tunaikan janji saya pada awak. Saya pernah berjanji untuk lindungi awak selagi saya masih bernyawa, tapi saya tak mampu" lirihnya lagi. Dalam diam, Suho yang memayungi Kai turut mengalirkan air mata.

"Sayang...Oppa harap, sayang tenang di sana. Oppa tak akan pernah melupakan sayang. Oppa janji, walau macam mana sekali pun cinta yang lain hadir dalam hidup Oppa, cinta itu tak sama macam sayang. Cinta sayang akan Oppa tempatkan di satu sudut dalam hati Oppa. Cinta itu takkan pernah terpadam biarpun maut memisahkan kita" Kai terdiam. Perlahan-lahan dia bangun meninggalkan perkarangan kubur. Hatinya sayu. Hatinya bungkam. Tiada sesiapa pun yang mampu memahami perasaannya sekarang ini.

........................

Mereka semua sampai ke rumah Ah In tepat pukul 4 petang. Kai terus menuju ke bilik. Mencari ketenangan mungkin.

"Segalanya dah selesai" ujar ayah. Ah In hanya mendengar. Ya, semua dah tamat. Tak ada lagi yang perlu dilindungi, dan tak ada sesiapa yang perlu disakiti.

"Tapi sebelum tu, biarlah ayah menerangkan segala-galanya" Ah In kekal dalam posisi dipeluk oleh Kris. Ayah menceritakan cerita yang sama yang pernah diberitahu pada Ah In kepada Kris. Kris juga dah tahu perkara sebenar, tapi version yang salah.

"Kris adalah anak kandung ayah. Ah In hanyalah anak angkat ayah tapi ayah sayang Ah In macam anak kandung ayah sendiri" ujar lelaki itu. Ah In mula duduk tegak. Dia tidak lagi dipeluk oleh Kris. Nampaknya dia lupa sesuatu. Misi hatinya!

"Memandangkan Ah In ialah anak kandung ayah, jadi boleh lah Kris dan Ah In jadi pasangan kekasih?" Kris seperti meminta restu. Ayah mengangguk.

"Tak!!" Ah In memberhentikan angan-angan Kris. "Kenapa ni Ah In?" Kris sememangnya terkejut. Yang lain juga begitu.

"Kita tak boleh jadi pasangan kekasih!" Kerasnya. Dia berdiri. Nafasnya turun naik. "Tapi kenapa? Bukan ke kita dah couple sebelum benda ni berlaku lagi?" Kris kebingungan. Tangan Ah In diraih. Segera Ah In menepis.

"Kau tak faham lagi ke Kris? Aku couple dengan kau supaya aku dapat lindungi kau. Itu aja!" Ah In melarikan pandangannya dari bertembung dengan Kris. Tak! Aku cintakan kau Kris! Itulah hakikatnya. Tapi ini soal misi hati aku.

"Kau...apa?!" Kris mula naik berang. "Aku tak suka kau! Aku tak cintakan kau!" Ah In membentak. Pandangnnya mula berkaca-kaca tapi dia tak boleh menangis.

"Habis yang selama ni kita bercinta?!" Soal Kris. Tangannya meraup rambutnya. "Aku berlakon...supaya aku dapat lindungi kau" tenang Ah In menjawab.

"Ah In..." panggil Kris. Tangannya menggenggam erat tangan Ah In. "Kalau betul kau tak cinta kan aku, kau pandang mata aku Ah In" arah Kris. Ah In kebingungan. Pandang mata? Untuk apa?

"Pandang mata aku!" Kris menengking. Ah In tersentak. Air matanya jatuh. Dia tak sangka Kris akan menengkingnya sebegini. Dengan beraninya dia bertentang mata dengan Kris.

"Sekarang aku nak kau cakap yang kau tak cintakan aku" berat Kris melepaskan kata-kata itu.

Ah In menelan air liur. Mana mungkin dia dapat melafazkan ayat itu bila bertentangan mata. Tapi dia perlu kuat. Ini soal misi hatinya.

"Saya tak cintakan awak!" Ayat itu terpacul dari mulut Ah In. Air matanya mula berjuraian jatuh ke pipi. Kris menghelakan nafasnya. Serentak dengan itu, dia melepaskan pegangannya.

Ah In berlari keluar dari rumah sebelum dia terserempak dengan Kai yang baru turun dari tangga. Kai memandang Ah In.

"Se Ah...kenapa nangis ni?" Kai meraih Ah In dalam pelukannya. "Shhh...Oppa ada dekat sini. Jangan nangis lagi" Kai mengusap rambut Ah In.

Ah In menolak tubuh Kai. "Sedarlah Kai! Aku Ah In bukannya Se Ah! Se Ah dah mati! Kau faham tak? Dah mati!" Ah In memukul-mukul bahu Kai.

Kai terdiam. Dia melihat wajah orang yang dipeluknya. "Ah In...mana Se Ah?" Kai mula buat perangai phsyco dia. "Se Ah dah mati!!!" Ah In menjerit.

"Ooh ye ke? Habis kau ni siapa?" Tanya Kai dengan tiada perasaan. "Aku Ah In! Aku kembar Se Ah!!" Ah In meraup mukanya.

Kaki diangkat keluar dari rumah itu. Ah In sendiri tak pasti ke mana arah tujunya. Tapi biarlah dia mencari ketenangan buat seketika ini.

[C] My AngelWhere stories live. Discover now