Bunga Pertama

5 0 0
                                    

Bunga bukan sekuntum kata orang,

Bunga pelbagai rupa dan warna,

Menghiasi ruang kosong bumi ini,

Menjadi penyeri sekalian mata yang memandang,


Bunga memang sama,

Setiapnya punya rupa yang sama,

Namun,

Dalamnya itu sungguh berbeza,

Ada yang ada madunya,

Ada yang sudah habis madunya,

Ada juga yang tak punya madu,


Nescaya, 

tak semua bunga itu sama,

Setiap satunya, punya keistimewaan,

Setiap satunya, Punya nilai sendiri


Dek kerana itu wahai kuntum bunga,

Peliharalah diri,

Peliharalah jasad,

perliharalah ruh, 

Dek kamu itu bukan sebarang kuntum,

Kuntumanmu manis bak madu daripada sungai madu firdausi

Sedang lebah-lebah senantiasa menunggu,

Untuk mengambil madumu wahai Bungaku,


Nescaya itu wahai bunga,

Jangan dibiar sebarang lebah hinggap di atasmu,

jangan, sampai lah benar mekar kamu itu,

Tunggulah aku,






You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 13, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hikayat DermagaWhere stories live. Discover now