~BAB 2~

11 0 0
                                    

14 tahun lepas...

      "Kak Hani.. Haura nak aiskrim kat sana" rengek Haura pada Hani. Berharap agar kakaknya itu membelikan aiskrim cornetto yang dia inginkan.

    "Tak boleh Haura... kan daddy dah pesan yang awak. tak. boleh. makan. aiskrim" Terang Hani sebelum tangannya naik mengepit hidung mancung milik Haura.

Haura menarik muncung apabila hani berkata begitu.

  'Haih nampaknya kena belanja jugaklah budak ni makan' keluh Hani dalam hati. Dia tidak mahu adiknya merajuk lama-lama kalau tak nanti bosan hidup. Sudahlah Haura ni merajuk boleh tahan lama, paling sedikit sikit pun seminggu.

    "yelah... kakak belanja Haura. Jangan merajuk ok?" Pujuk Hani.

Terus sahaja Haura menarik senyum yang lebar sehingga menampakkan lesung pipitnya yang makin mencomelkan wajahnya itu.

Kereta alphard milik Dato Syafie yang dipandu oleh pakcik Samad itu berhenti di tepi jalan. Hani berterima kasih pada pakcik Samad kerana sudi untuk membawa mereka ke kedai runcit berdekatan.Haura terus melompat turun dari kereta dan diikuti dengan Hani.

    "Haura jalan perlahan sikit nanti jatuh" Kata Hani selepas berjaya menarik tangan adiknya itu.

   "Hihi.. sorry kakak" Kata Haura sambil senyum tak bersalah.

       "haa... Dah happy sekarang?" Tanya Hani apabila Haura sedang liat membuka plastik aiskrim cornetto yang baru dibeli tadi.

   Haura senyum sambil sambil menjilat aiskrim miliknya. 

Belum sempat Hani melintas, dia terdengar bunyi hon dari kereta jenama Proton itu. Dia berhenti seketika namun apabila melihat Haura yang sedang giat menggigit aiskrim itu dengan selamba berjalan tanpa henti membuatkan hatinya hampir berhenti berdegup.

    "Haura!!!" Jerit Hani sekuat hati sambil menarik pergelangan tangan Haura dan ditariknya. Namun.. tidak tahu bagaimana, dia tersadung dan terjatuh di tempat Haura berdiri tadi dan 

Bumm!!

 ______________________________________

Haura tersedar akan ingatan lama itu dan dia mula mengalirkan air matanya mengenangkan peristiwa tersebut. Disebabkan itu, Hani disahkan koma selama setahun. Oleh itu, dia sanggup menggantikan tempat kakaknya.

 Lagipun itu cuma sebuah perkahwinan, apa yang perlu dikisahkan sangat. Orang kata bercinta selepas kahwin tu seronok... jadi apa salahnya mencuba.

Perlahan-lahan pintu bilik itu dibuka dan 3 mata sudah berada padanya sekarang ini.

    "Ermm.. mafkan Haura sebab curi-curi dengar perbualan daddy, mummy dan kak Hani" Haura memulakan bicara

     "Kenapa Haura datang sini?" Tanya daddy dengan suara yang tegas

 Mummy dan Hani memandang ke arah Haura dengan riak wajah yang pelik.

    "Haura sebenarnya nak gantikan kakak untuk berkahwin nanti" Kata Haura selepas dia melepaskan semua gusar di hati.

  Serentak itu, mata 3 orang tadi terus membulat dan kehilangan kata-kata disebabkan pernyataan secara tiba-tiba itu.

    "No way, Haura! Kakak takkan benarkan." Hani sedikit lagi mahu menjerit mendengarkan penyataan adiknya itu.

Dato Syafi dan Datin Farah berpandangan antara satu sama lain sebelum kembali memandang anak dara mereka itu.

    "Kenapa tiba-tiba ni?" Datin Farah bersuara.

    "Sebab Haura..." Haura tidak terfikir pula akan pertanyaan ini.

Sekarang, Haura buntu. Apakah alasan yang akan diberikan pada keluarganya untuk membenarkan dia menggantikan tempat kakaknya.

Belong to Aqeel'sWhere stories live. Discover now