prolog

32 2 4
                                    



Awal pagi lagi dia sudah mula bersiap. Bersiap ke mana? Mesti la untuk ke sekolah. Di sebabkan rumahnya agak jauh dari sekolah, maka terpaksa la dia bangun awal pagi di mana ketika itu kebanyakan orang masih tidur dengan nyenyak sekali.

Kadang-kadang dia terfikir juga kenapa dia mesti bersekolah di tempat yang agak jauh dari rumahnya, sedangkan ada sahaja sekolah yang berdekatan dengan rumahnya. Tetapi dia tidak pernah menanyakan hal itu kepada orang tuanya. Kerana dia tahu, apa sahaja keputusan yang mereka lakukan adalah yang terbaik untuk dia dan juga adik-adiknya.

Mungkin ada baiknya juga dia bersekolah di sekolahnya sekarang. Ini dapat mengajarnya agar dia mudah berdikari dan lebih menepati masa. Dia juga terfikir, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Dia dapat berjumpa dengan orang-orang yang baik di situ. Orang yang selalu bersamanya ketika susah atau senang dan sentiasa menolongnya dalam pelajaran.

Tidak ada satu perkataan yang mampu mengungkap betapa bersyukurnya dia apabila dikelilingi manusia-manusia yang sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya. Di sekolah itu juga, dia bertemu dengan seseorang yang telah mengubah hari-harinya di sekolah.

Seseorang itu sentiasa membuatkan dia tersenyum sendirian. Hari demi hari, perasaanya terhadap seseorang itu semakin kuat. Padahal mereka tidak pernah bercakap mahupun berhubung melalui media sosial. Hanya di sekolah sahaja tempat untuk dia melihat seseorang tersebut.

Setiap hari, dia akan mencuri-curi untuk melihat seseorang tersebut tanpa pengetahuannya. Kawan-kawannya juga sering mengusiknya jika mereka terserempak dengan seseorang tersebut sehingga la suatu hari, perasaannya terhadap seseorang itu terbongkar.

Tetapi dia hairan kerana seseorang tersebut tidak pernah membuat reaksi seperti tidak suka ataupun rimas apabila mereka terserempak, tetapi sebaliknya. Adakah seseorang tersebut tidak peduli terhadap perkara yang terjadi di sekelilingnya? Adakah perasaannya terhadap seseorang tersebut hanya bertepuk sebelah tangan? Ataupun seseorang tersebut mempunyai perasaan yang sama sepertinya? Dia tidak punya jawapan terhadap situasi yang dia alami.

Chapters of Life : Stories of Friendship, Family and LoveWhere stories live. Discover now