BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | 17

178 13 0
                                    

" Sekali lagi papa tanya.. Hariz yakin? " Soal Tuan Danish kepada Tuan Hariz yang kini sedang menatap pemandang luar hotel itu.

Tuan Hariz yang mendengar soalan itu tanpa ragu-ragu mengangguk.

" Walaupun Hariz tak pernah sekalipun tidur dengan Natrah.. Tapi Hariz tetap nak bertanggungjawab? "

Lagi-lagi lelaki itu mengangguk mengiyakan soalan yang dilontarkan Tuan Danish kepadanya.

" Walaupun nanti benda ni terbongkar.. Hariz akan hadap kemarahan Natrah? Hariz akan tetap tenang dan terang kan baik-baik tanpa buat dia keluar dari rumah? "

Tuan Hariz diam.

Dia sedar bagaimana pemikiran mentalnya berjalan.

Mungkin dia boleh menahan. Tetapi dia tidak pasti ketika Natrah tahu akan kisah sebenarnya, dirinya kala itu di dalam situasi seperti apa. Mungkin sahaja sedang dalam keadaan amarah yang memuncak. Mungkin sahaja dalam kesedihan..

Kala itu... Pasti.. pasti dirinya akan bertindak kasar dan emosional.

Jadi dia harus menggelakkan diri dari perasaan marah dan sedih iblisnya itu.

" Hariz cuba " balas Tuan Hariz perlahan.

Tuan Danish menghembuskan nafas beratnya.

Mendengar jawapan anak lelakinya itu membuat dirinya tidak yakin untuk melepaskan Natrah.

Tetapi dirinya juga tahu dan punya naluri yang kuat dengan betapa besarnya cinta Tuan Hariz kepada Natrah.

Pasti, jika disuruh memilih diantara dirinya dan Natrah. Lelaki itu akan memilih Natrah berbanding dirinya.

" Baiklah. Papa minta kamu jaga Natrah dengan baik. Sebagai ayah kamu.. Dan juga ayah Natrah.. papa nasihatkan untuk kamu kawal emosi kamu "

"Lebih baik kalau kamu bagitahu Natrah masa malam pertama kamu. Biar kamu tak terlepas dia.. Dan dia boleh terima dengan lebih baik " kata Tuan Danish.

Tuan Hariz menghembus nafas berat.

" Lagipun Hariz dah janji dengan dia untuk ceritakan semuanya lepas kita orang kahwin.. Hariz tak bodoh lagi untuk biarkan dia pergi macam tu je.. Hariz dah tunggu dia lama.. Hariz dah tak mampu untuk tunggu lebih lama.. Mungkin Hariz akan jadi gila kalau tambah satu tahun lagi untuk tunggu dia "

Mendengar ayat sendu anak lelakinya itu membuatkan dia tersenyum.

Dirinya bahkan tidak pernah mengatakan ayat sesedih dan sepasrah itu ketika hendak bercerai dengan bekas isteri pertamanya itu.

" Papa pula bila nak kahwin lagi? " Soal Tuan Hariz secara tiba-tiba.

Dan hal itu membuat Tuan Danish memandangnya tidak suka.

" Mengarut. Papa dah tua.. Dah 50 tahun. Gila ke nak kahwin lagi? " Kata Tuan Danish.

" Cih.. Si Hassan tu okey je kahwin lagi. Padahal dia lagi tua dari papa. 71 tahun. Muka pun tak seberapa. Duit pun tak seberapa. Relax je kahwin 4. Muda muda pula tu " kata Tuan Hariz sarkas.

Tuan Danish menjelingnya tidak suka.

Ada ke patut dirinya dibandingkan dengan orang tua gatal tu.

" Dah lah kamu ni. Malas papa nak layan " kata Tuan Danish seraya mengambil langkah untuk masuk ke dalam dewan semula.

Tuan Hariz tergelak kecil. Tuan Danish pasti sentap atau dari segi kata lain.. merajuk. HAHAHA.

Tentang malam yang dikatakan dirinya tidur dengan Natrah itu.

BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | yy_feraaWhere stories live. Discover now