Mahkamah 2A4 : Curang (episod 1)

83 9 3
                                    

[Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Babak yang mungkin diambil dari pengalaman sendiri juga diubah suai menjadi rekaan. Mana-mana babak yang mungkin berlaku irl hanyalah coincidence dan tanpa sengaja.]

Cerita ini bermula dengan 5 orang sahabat baik...
ipan, soki (atau lebih dikenali dengan nama panggilan qee), joule(
zul), mierul dan tidak lupa juga kewujudan pau.

kisahnya, mereka mempunyai pasangan masing masing. ipan berpasangan dengan soki,manakala mierul berpasangan dengan joule.
tapi malangnya, joule lebih memilih pau berbanding mierul selepas mendapat tahu bahawa mierul telah mempunyai ramai kekasih dan tidak sanggup disakiti oleh nya.

***
Pada suatu hari yang indah, mereka, ipan,soki dan joule,pau berjalan dengan pasangan masing masing untuk meluangkan masa bersama di aeon mall yg dianggap ioi city mall oleh ipan (dari dalam perut mak dia teringin nak pegi situ la katakan).
Sebenarnya, mereka berempat tidak merancang untuk ke situ bersama sama pun, akan tetapi takdir dah tertulis. Maka bertemulah mereka berempat di mall tersebut.
Sambil berjalan, bahu ipan dipeluk soki mereka berselisih dengan joule dan pau. Mereka berhenti dan bertanya khabar sambil pau mengajak mereka untuk makan tengah hari di restoran berdekatan.

"Jom makan makanan ala France gitu, aku belanja" kata pau. Dahi ipan berkerut seribu dengan muka confuse nya lalu bertanya "Makanan ala France? Ada ke kat sini?" bertanya tanya sambil menggaru kepalanya seolah olah menggaru mangkuk (rambut ipan mangkuk). Joule menambah, "Eh, ada la makanan ala france kat sini... kitorang selalu makan sama sama" dengan muka yang sangat confident berkata begitu. "Jom ikut aku, nnti korang tau la" pau kata.

Tak lama lepas tu mereka sampai di restoran 'ala france' yg dikatakan oleh pau dan joule.

" Tadaa, ni la restoran tu!" kata pau dengan semangat diiringi senyuman lebar. Qee mengeluh dengan muka penuh kecewa dan seolah olah tidak percaya akan kata kata pau dan joule sebentar tadi. Lalu soki berbunyi "haih...Ini bukan restoran ala France la bodo!" sambil melepuk kepala joule tetapi bukan pada pau kerana takut dihempuk oleh papan tanda pizza hut kerana melepuk kepala pau tanpa izin joule.

"Lah,kalau bukan France, negara apa bengong?" tanya joule sambil mengusap kepalanya yg baru lepas dilepuk soki. "Itali la bodo, yang France tu roti kosong" jawab soki. "CROISSANT~!" marah ipan sambil meng-smack bontot qee. "Tebal nye 'croissant' kau, ipan.." balas qee. "heh, ipan ni boss 🤙🏻...Tapikan..." tambah ipan " aku pikir pizza hut ni Rusia punya tau" dengan muka 'when the realization hit' bersama rambut mangkuk nya. "Hm dah, yg sekor ni lagi bodoh" kata joule sambil meng-eye roll.
Tanpa membuang masa bergaduh tentang pizza hut milik negara mana, pau mengajak mereka masuk... " Dahla tu korang, jgn duk menanguk berdiri tengah jalan, ganggu lalu lintas tau tak? korang tu dahla besar...dah meh masuk"

***

Mereka masuk lalu mencari tempat duduk. tak lama lepas mendapat tempat duduk.
"Eh, macam kenal..."
kata joule "Tu bukan mierul ke? asal dia sorang2?".

Mierul duduk di meja kecil yang mempunyai ruang duduk muat hanya untuk dua orang, termenung jauh. Mukanya sangat tidak berperasaan ibarat orang baru putus cinta... kasihan mierul.

Qee berasa simpati dan kasihan terhadap mierul kerana dia hanya duduk keseorangan tanpa teman disisi. "Eh, korang tunggu apa lagi? jomla ajak dia sekali sian tu sorang2" ajak soki. Mereka berempat tanpa membuang masa pergi ke meja yg telah diduduki mierul.

"Ayy mierulll my frienddd!! how are you? ok no? why sad look? searching someone ke?" ipan berkata kata dengan kuat sehinggakan satu pizza hut mendengar suaranya.

Mierul yang hanya duduk termenung dari tadi juga terkejut apabila disapa oleh ipan dan geng2 nya yang lain. Ipan hanya memberi senyuman dengan selamba lepas bercakap bahasa inggeris dengan tunggang langgang di kalangan orang awam tanpa rasa malu.
PIAK! qee meng-smack bontot ipan. "kau bodoh apa eh? kalau nk cakap tu pki bahasa melayu dh la takyah nak speaking speaking bagai" kata qee dengan keningnya berkerut seperti makhluk ogre.

Ipan membalas "alah, nak speaking cam izzat pun xleh ke?... HA? TAK FAHAMLAH?!" ajuk ipan yang menggosok gosok bontonya yang baru dipukul sambil gelak tak ingat dunia mahupun akhirat.

"Korang buat apa kat sini?" tanya mierul dengan mukanya yg stres. "kitorang nk makan la, aku belanja.. kau nak join sekali?" tanya pau dengan polite walaupun tahu sakit rasanya untuk melepaskan duit dengan jumlah yg banyak. Mierul mengangguk tanda ya. Mereka berlima pun bangun dari situ dan mencari tempat duduk yang berkapasiti banyak dan muat untuk lima hingga enam orang.

***

Ipan, qee, pau, joule dan mierul duduk di satu meja dan sama. Selesai sahaja mereka mengorder makanan, mereka duduk berbual sambil menunggu makanan sampai dihidang di meja.

Sedang mereka berborak, pau bertanya "Weyh mierul, asal kau nampak murung nampak sedih je td?" soalan itu dituju kepada mierul si budak gym.

Mierul membalas persoalan pau, "Adu xde ah, dia camni tau.. awek aku yg A tu almost break dgn aku sbb dahnak kantoi yang aku kapel dgn awek B yg kat sekolah lain jugak..." "pastuuuuu..." sambung mierul "tadi aku nampak ada awek lawa, cantik gila weh tapi melepas do, tetiba dia blah gi kat boyfriend dia... sedih sedih"

Pau dengan muka simpati hanya membalas "Ooo kesian kau, tabah eh" manakala ipan, qee dan joule memberi reaksi yang expected "aduu melepas do kau, rugi siaa;mesti awek boek tu" "eh, bontot dia montok tak??" tanya ipan dengan exited.

Joule balas respon ipan "eh kau papan, kau diam" lalu ipan membawa keluar cermin muka yang entah datang dari mana dan menghala ke muka joule "cermin diri dulu la adu!" ipan menghempas cermin tersebut lalu memaling muka tanda merajuk (gedik sungguh ipan ni)

"Btw an ipan, soalan kau tadi tu aku xleh jawab do, dia pakai baju berjubah tudung labuh berpurdah warna hitam tutup dari atas sampai bawah, mana aku nak nampak montok tak" mierul membalas soalan ipan yang agak tahpape tadi tu.

Qee membalas dengan muka yang sangat confuse "lah, kalau dh berjubah tutup dari atas sampai bawah, camne kat tau lawa tak?" "aku scan dia HAHAHAHAHHA" jawab mierul sambil membuat joke. Tak lama lepas tu, makanan pun sampai di meja. Mereka makan dengan seleranya.

***

Al kisahnya ketika mereka sedang menjamu selera, tiba tiba qee merasai satu aura yang tak terkata. Ternyata aura tersebut berpunca daripada Joule. Tanpa qee sedar, dia terpesona terhadap joule. Ini kerana joule makan bersopan santun, tidak bercakap dan menelan dahulu makanan yang dikunyah sebelum berkata kata. Jika dibandingkan dengan ipan, sangatlah inappropriate, dia bercakap dengan mulut yang penuh dan bersepah.

Qee ingin menggantikan pasangannya dengan joule. dia juga kelihatan baik dan pandai. Untuk memenangi hati dan menerangkan apa yang terjadi kepada joule, qee berpura pura ingin ke tandas tetapi mahu ditemani oleh joule instead of ipan. Selain daripada kesopanan dan kesusilaan serta kepandaian joule, qee juga tertarik dengan bulu bulu kaki joule, dia membayangkan mereka berdua meng-shave bulu kaki masing masing berdua kerana dia tidak akan mendapat chance utk berbuat demikian bersama aweknya(alah sweetnya)

Setelah sampai di tandas, qee memberitahu joule tentang dia ingin menjadikan joule sebagai pasangan kerana terpesona. Sebagai kawan yang baik, zul menerima proposal qee dengan syarat tidak boleh memberitahu pau dan ipan. Mereka menjadi pasangan (bukan pasangan hidup) dan kelihatan sangat rapat walaupun hubungan mereka hanyalah seperti 'hts' (hubungan tanpa status).Kadang kala mereka terlalu mesra sehingga qee pun terlupa tentang kewujudan girlfriend-nya yang sentiasa menunggu setia.

Mereka keluar tandas dan kembali kepada mereka yang lain di pizza hut dengan muka gembira dan senyuman manis dan lebar.

"Kenapa ni senyum2? nampak awek cantik lagi ke korang?" tanya pau yang mempunyai keinginan lebih tahu yang tinggi. ipan membalas "hm pastu dapat awek cantik tak ajak aku, cibai la masing masing"

Qee dan joule memandang ke arah each other merenung di mata. deep stare mereka membuatkan pau tertanya lagi "kenapa korang pandang each other macam tu? ada samting ke?" "ehh takde, takde apa la sgt, kitorang kawan je, kan kan??" jawab qee dengan confident lalu joule membalas "ha ye ye"

TBC
nantikan episod yang akan datang setiap hari minggu akan di masukkan chapter baru sekian terima kasih

2A4Where stories live. Discover now