Mahkamah 2A4: Curang (episod 3)

27 3 1
                                    


  Masa berlalu dengan cepatnya... itulah petanda akhir zaman.
  Seketika itu, ipan sedang memikirkan cara untuk membalas dendam terhadap qee. 3hari 3malam ipan sanggup mengorbankan masa tidurnya untuk berfikir.

"Aduh, masak la gini hari hari fikir takde satu pun idea masuk" keluh ipan sambil baring diatas katilnya. "tanya pau, lagilah dia taktau nak buat apa... baik sangat" tambah ipan. Ipan mengiring ke kanan menghadap tingkap untuk mencari ilham.

Sedang ipan berfikir, dia termenung sekejap mendengar lagu Jamal gulung sambil menikmati suasana hujan di petang hari Ahad. "time hujan2 ni, tido pun sedap..." kata ipan sambil memeluk bantal busuknya. Slow slow, ipan mula melelapkan matanya. Suasana yang sangat menenangkan dan sejuk membuat ipan berasa mengantuk sehingga tertidur. Ipan kurang bernasib baik kerana dia tidur ketika hampir waktu asar. (adalah sangat tak digalakkan utk tidur asar ye anak anak)

                ***

Hujan telah pun berhenti. Ipan meng-call pau dengan segera diikuti senyuman indah terukir dibibirnya. "Pau baby, Pau baby busy tak? kita keluar jalan2 kat taman jom. pastu kita makan aiskrim sama sama, biar pan yang lanje" tanya ipan kepada pau melalui panggilan telefon wasap. "hm pau tak busy, pau pun baru siap homework, ipan pan nak jalan kat taman mana?" jawab pau.

Mereka berdua pun menamatkan panggilan telefon tersebut dan bersiap siap dengan segera.
'Pin pin' hon motor ipan berbunyi di hadapan rumah pau. Pau keluar rumah tanpa membuang masa terus naik diatas motor ipan." kita pegi PCP la eh, best sikit nak jalan jalan situ" cakap ipan sebelum memulakan perjalanan. "Pau okey je, taman kat blok 3 pun pau tak kisah"
Tayar motor ipan terus bergerak ke Taman PCP.

Cuaca yang baik. Langit yang membiru. Angin sepoi sepoi bahasa bertiupan. Burung burung merpati berterbangan bebas dilangit yang luas terbentang. Ipan dan pau duduk dibuaian sambil makan aiskrim kon.
"Kalau aku tak terbalikkan budak sorang tadi tu, duduk kat lantai la kita Pau..." kata ipan sambil menjilat aiskrimnya. "Tak baik tau ipan buat camtu, nasib baik tak luka budak tu tadi" respon pau terhadap kata kata ipan tadi.

"eh pau baby, Pau baby punya aiskrim rasa apa? ipan pan nak rasa sikit boleh?" tanya ipan dengan nada yang mengada ngada. "Pau ambik rasa strawberi, sedap!" kata pau. "Ipan nak rasa, tapi pau suap boleh?" cakap ipan sambil membuka mulutnya dengan luas. "bukak mulut, Aaaaaaaaa".....

  
                ***

"AAAAAAAAAAHHHHHHH!!!!" jerit ipan​terbangun dari tidur petangnya hampir terjatuh daripada katilnya(padan muka, tidur asar lagi). Ipan menampar mukanya, mencubit pipinya, dan menggosok gosok matanya. "APA BENDA TADI TU??! KENAPA AKU PANGGIL PAU, PAU BABY?! NAK SUAP SUAP AISKRIM PULAK TU! AAAAAAAAAAAAHHH" kata ipan in disbelief sambil memegang mukanya. "haih,nasib baik mimpi je, kalau jadi bebetul, eeeh taknak aku"

Ipan mendiamkan diri. masih merenung dan memproses mimpinya tadi. Dengan muka yang baru tersedar, ipan menyuarakan thoughts didalam kepalanya. "eh, entah entah ni salah satu petunjuk. AKU DAH JUMPA PETUNJUK!" jerit ipan. Ipan mengambil telefonnya untuk call pau dengan segera. "Pau! aku dh jumpa petunjuk dan solution untuk masalah kita!" kata ipan dgn exited. "Ha?! sumpahla? apa tu bagitau laa" jawab pau. Penyapu yg dipegang oleh pau juga terjatuh kerana terlalu exited untuk mendengar petunjuk yang ipan dapat. "esok kau dtg awal  kat sekolah aku cite, kita jumpa kat library." kata ipan. "Tapi biasa kau yg datang lambat..." kata pau. lalu panggilan telefon itu diputuskan. Kata kata ipan menimbulkan rasa saspen terhadap pau, tambahan pula panggilan terus diputuskan tanpa sebarang balasan.

Pada keesokan harinya...

"HAA?!!" jerit pau. Ipan menekup mulut pau serta merta. "shhh diamlah sikit, kita kat library kan" marah ipan sambil berbisik.
"kau nak kita pulak ke yg berpasangan?" bisik pau. "yela, dahtu nak buat apa lagi? qee dah ambik joule kau, kita tukar tukar la pulak" sambung ipan. Mereka pun membuat persetujuan untuk menjadi pasangan setiap kali ada kerja berkumpulan didalam kelas.
"it's our time to bling bling and buat diorang jeles pulak MUAHAHAHAHAAHHAHAHA" kata ipan dengan gelak jahatnya. "SHHHHHH! tolong perlahankan suara" tegur pengawas PSS.

               ***

  Sementara itu di'lorong' di depan sekolah pada pukul 12:37 minit tengah hari. "eh qee, ipan mana ipan?" tanya mierul yang baru sahaja sampai. "Taktau budak tu, pau kata dia dtg awal tapi aku tak nampak pun batang hidung dia" balas qee. Mereka decide untuk masuk ke sekolah awal untuk mencari ipan, pau dan joule.

  Sedang mereka berjalan keluar daripada tandas lelaki (ada portal dr strange dalam tu) mereka terlihat joule dari jauh memakai baju sukan. "ZUL!!" jerit qee. Joule tidak memberi sebarang respon... "JOULE! WOI!" giliran mierul menyeru nama joule. Joule terus menoleh kepalanya memandang kearah mereka berdua. "Eh, ni kembar dia la bodo, tak nampak nametag pengawas tu?" kata qee sambil melepuk kepala mieril. "sorry sorry, salah orang... nak cari kembar kau sebenarnya 🙏" mierul meminta maaf. "Mana ada salah orang, ni aku la.. betul la joule..." Kata joule dengan muka straight. "loh... dahtu nametag pengawas tu?" tanya qee dengan konfius sambil mengusik usik nametag pengawas tersebut. "ni aku sajelah pakai dia punya, tak bole ke??"​ jawab joule.

   Selepas mierul dan qee berjumpa dengan joule, terus lupa niat asal masuk awal ke sekolah. "jom, aku nk beli jajan makan dlm kelas" ajak mierul. Mereka keluar pagar sekolah untuk pergi kekedai dan membeli jajan. Mereka membeli 2 tin mister potato dan 4 plastik gula gula 50sen.

                ***

   Keadaan disekolah sebelum masuk kelas adalah seperti biasa dimana Mierul, Joule, Qee dan Ipan masuk lambat ke kelas. Manakala pau masuk kekelas bersama classmate yang lain.

  "Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakaatuh cikgu Hafizah" ketua kelas 2A4, Aqil memberi salam seketika cikgu Hafizah masuk kekelas. Ucapan salam diikuti oleh classmate yang lain. "Waalaikumsalam, duduk duduk.." balas cikgu Hafizah.

  Kelihatan 4 manusia yang tak reti masuk kelas awal masih terhegeh hegeh membetulkan rambut didepan cermin tepi tangga. "hm, sampai dah 4 ekor tu" kata Syaza. "Macam tak biasa kan" Su meng-iyakan kata kata syaza. Qee mengetuk pintu dan memberi salam walaupun salam yang diberi tidak kedengaran dgn jelas. Mereka berempat masuk bersama sama.

  "Rul, kau duduk tempat aku... aku nk duk sebelah joule" kata qee sambil sengih sengih "loh, takde takde, ni tmpt aku" balas mierul sambil menggeleng kepala menandakan tak boleh🙅‍♂️. Sementara ipan ditempat duduknya menjeling qee dan tengok atas bawah tanda tak puas hati. PAP! ipan memukul mejanya lalu bangun dari tmpt duduknya. "ENGKAU KALAU DAH TAKNAK AKU CAKAP LA DIRECT!" marah ipan sambil menuding jarinya kearah qee.
Satu kelas memberikan reaksi terkejut. "satgi jadi tongkang pecah la kelas kita en za" bisik su  "tak mustahil su, tahun lepas pintu kelas kita yg tercabut" balas syaza.

bersambung...

TBC
nantikan episod akan datang
setiap hari minggu akan dimasukkan ke chapter baru
sekian terima kasih.

2A4Where stories live. Discover now