+ 3

81 25 8
                                    

author's

Pintu rumah dibuka. Jungkook melangkah masuk ke dalam apartmentnya sebelum membaringkan diri di atas sofa. Kedua mata dipejam sebentar mahu tidur.

Tika di fikiran terlintas akan wanita yang dijumpainya tadi di lif kedua mata Jungkook kembali terbuka. Terukir kecil senyuman di bibir Jungkook.

" Jungkook kenapa kau asyik teringat perempuan tu ha? " sebelah pipi ditampar pelan. Jungkook menggeleng kepala cuba menghilangkan semula imej wajah wanita tadi.

Sebelah tangan naik diletakkan di dada kiri. Rasa berdebar semacam ketika berhadapan dengan wanita itu. Debaran di dada terasa aneh dan lain. Sepanjang hidup selama 26 tahun perasaan aneh ini tidak pernah pula Jungkook rasakan.

Maklum hidup single.

Jungkook bangun semula dari sofa dia melangkah memasuki bilik tidur. Cermin berukuran besar yang tersandar di dinding bilik dituju. Ditilik tubuh badan sendiri di hadapan cermin.

Kepala digerakkan ke kiri dan kanan. Rambut dikuak kebelakang. Jungkook membuka mulutnya mahu melihat barisan gigi. Kemudian badan belakang ditilik. Seluar sendiri juga tidak lupa. Dan berakhir dengan posing ala-ala model.

" Boleh tahan. Aku memang handsome. Tak pernah lagi aku dengar yang aku ni tak handsome. Ni kalau aku try perempuan tu agak-agak dapat tak? " terkekeh-kekeh Jungkook ketawa. Dia tersengeh di hadapan cermin.

" Aku rasa aku dah jumpa separuh hati aku. " sebelah tangan diletakkan di dada. Jungkook yang sedari tadi tersenyum manis perlahan-lahan senyuman dibibirnya kembali pudar. Diganti dengan wajah sedih.

Boleh ke dia? Dengan keadaan dia sekarang ini. Mereka yang lain boleh terima ke. Ada sebab kenapa Jungkook tidak pernah berada di fasa 'bercinta' memiliki pasangan seperti orang lain kerana dia tahu yang dia tidak boleh.

Orang sakit yang ada penyakit istimewa seperti dia mana boleh bercinta. Kalau bercinta pun nanti dia sendiri akan keruhkan keadaan.

Jungkook tidak mahu dicopkan ' gila '

" Haih memang sampai bila-bila lah aku hidup macam ni. Tak pernah nak merasa apa tu bahagia. "

TING! TONG!

Kepala ditolehkan kebelakang. Bunyi lonceng dari rumah kedegaran menandakan ada orang yang datang kerumahnya. Kaki diatur ke pintu.

Dari dalam kelihatan pintu dikuak oleh seseorang. Susuk tubuh wanita yang Jungkook jumpa sebentar tadi kini berdiri di hadapan pintu rumahnya.

" Hai awak. Maaf ganggu. Saya ada buatkan sikit makanan untuk awak. Alang-alang tanda terima kasih saya pada awak sebab baikikan kereta saya tadi. "

Bekal bewarna merah jambu dihulur pada Jungkook. Tengkuk sendiri diusap seiring melemparkan segaris senyuman. Bekal ditangan Yeorim diambil.

" Terima kasih... " Melebar senyuman di bibir Jungkook. Tengkuk sendiri diusap segan.

" Okey Jungkook. Saya balik dulu- "

Barusan Yeorim mahu pamit ingin beredar datang seekor kucing berbadan gempal berbulu lebat bewarna hitam, putih dan oren di kaki Jungkook. Hal itu membuatkan anak mata Yeorim bersinar-sinar.

" Wahh awak pun ada kucing ke? Comelnya! " Yeorim mencangkung. Secara auto tangannya naik mengusap badan kucing itu yang sudah mahu bermanja dengan Yeorim.

" Ada, yang ni nama dia Bulat lagi sekor kat dalam nama dia Labu. Yang ni betina. Comel kan? "

" Banyak-banyak nama awak letak bulat ya? Eee comel! "

Gembira sungguh tak terkata dan Yeorim seakan mahu menjerit tika melihat kecomelan kucing Jungkook ni. Rasa mahu gigit perut Bulat yang bulat dan gempal itu.

" Awak suka kucing? " Tanpa memandang Jungkook, Yeorim mengangguk. Masih sibuk bermanja dengan Bulat.

Pecinta kucing seperti Yeorim memang tak akan lepas dengan haiwan bernama kucing ni. Mahu peluk setiap hari!

" Saya selalu duduk kat rumah sorang-sorang jadi kucing-kucing ni jelah peneman saya. "

Jungkook tersenyum tipis. Dia turut mencangkung dihadapan Yeorim yang masih sibuk membelai badan Bulat.

" Saya pun ada kucing jugak. Mika dengan Lilo. Kalau awak nak tengok nanti saya bawakkan. Comelnya Bulat ni! "

" Macam mana awak tahu nombor rumah saya? " soal Jungkook. Yeorim disitu tersengeh sambil menggaru kepala.

" Saya ikut awak tadi sebelum saya nak naik ke tingkat rumah saya. Jangan fikir bukan-bukan eh saya ikut sebab saya nak bagi awak buah tangan ni je. " Jungkook tertawa kecil.

Kata-kata Yeorim dibalas dengan anggukan Jungkook. Dia tersenyum melihat telatah Yeorim yang masih sibuk bermanja dengan bulat. Dua-dua comel.

tbc.

D.I.D | jungkookWhere stories live. Discover now