MTHE | 60

8.6K 315 3
                                    

"SAYA ada berita buruk dan berita baik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SAYA ada berita buruk dan berita baik." Ujar doktor itu. Namun begitu, riak wajahnya sukar untuk ditilik. Mendatar seakan-akan reaksi itu sama. Tidak menunjukkan sedih ataupun gembira.

"Saya nak dengar yang baik dulu." Tutur Efzan. Dia berdiri tepat di hadapan doktor itu setelah siang dan malam hanya menemani isterinya.

"Kami dah jumpa penderma untuk isteri Encik."

Ketika mendengar berita itu, senyuman penuh lebar terlakar indah dari wajah Efzan dan Puan Aminah. Hampir si ibu mengalirkan air mata kerana terharu dan gembira kerana ada insan yang mahu memberikan sebahagian hati kepada satu-satunya anak perempuan yang dia ada.

"Siapa?" Kerana teruja, Puan Aminah ingin tahu. Tetapi pada masa yang sama, hanya Hanim terlintas di fikiran itu.

"Itu..."

"Siapa? Hanim ke?" Puan Aminah terdiam sejenak. Tak mungkin sangkaannya meleset ke tempat lain. Hanya Hanim yang mahu menderma.

"Kami terima dua penderma yang sudi nak dermakan hati pada anak Puan. Tapi hanya seorang daripada mereka yang sepadan."

"D-Dua orang? S-Siapa?" Gagap. Dia tidak tahu langsung ada dua orang yang sudi. Tapi sayangnya, hanya seorang sahaja yang sepadan.

"Maafkan saya encik, kami dah buat ujian. Tapi hasil ujian tetap sama dan encik memang tak boleh jadi penderma." Beritahu doktor tersebut. Riak wajahnya kali ini begitu tegang. Tidak ada sama sekali secalit senyuman yang terlihat.

"Itu ke berita buruknya?" Efzan merenung dalam. Kecewa? Memang dia kecewa kerana dia berharap yang dialah akan memberi sebahagian hatinya kepada Dara tetapi semua itu hanya andaian semata-mata.

Doktor itu hanya mampu mengangguk.

"Habistu siapa penderma?" Puan Aminah angkat sebelah kening. Lagi-lagi Hanim yang berada dalam fikirannya. Tidak mungkin gadis itu..

"Apa yang Puan fikirkan, itulah jawapannya. Penderma taknak identiti dia diketahui oleh penerima sehinggalah proses pemindahan selesai." Jawapan tidak diberikan secara tidak langsung melainkan jawapan itu sendiri memang sudah diketahui oleh Puan Aminah.

Disebabkan itu, perasaan bersalah buatkan Puan Aminah tidak mampu mahu berhadapan dengan Hanim. Apatah lagi dengan keluarga gadis itu.

"Semua ni tak main-main, kan?" Masih tidak percaya. Tidak mungkin Hanim akan bertindak seperti itu.

"Saya tak main-main. Borang pun sudah ditandatangani oleh penderma. Hanya mencari tarikh untuk melakukan pembedahan." Jelasnya lagi.

Kali ini lutut Puan Aminah benar-benar bergetar.

"Efzan, ibu rasa bersalah.." Puan Aminah meluah rasa bersalahnya.

Hanim masih muda dan masih layak untuk hidup tapi kenapa hanya disebabkan Dara, gadis itu sanggup gadaikan nyawa?

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now