20

212 9 0
                                    

"NAURA Khadeeja. Macam mana orang yang dah mati boleh ada dengan kau? Hidup pula tu?"

Sebaik sahaja duduknya dilabuhkan di sofa, Putera menghamburkan soalan. Kedua-dua tangannya dicantumkan sesama sendiri sebelum diletakkan di atas paha.

"May I ask, who are you?" Qadif memulangkan kembali soalan sambil melabuhkan duduknya bertentangan Putera. Kaki pula disilangkan sebelum bersandar selesa di sofa di dalam pejabat miliknya.

"Putera, works as a police officer," Putera memperkenalkan dirinya. ID yang tergantung di leher, ditunjukkan.

"Dan, kenapa kau nak jumpa aku?" soal Qadif lagi.

"Kau boleh didakwa sebab dah susahkan kerja polis dengan menyorok Naura. In return, kau kena benarkan aku untuk always dekat dengan Naura."

"Apa maksud kau?" kerut Qadif. Riak wajahnya dikawal sehabis mungkin. Sebolehnya dia cuba beriak tenang.

"Kalau Naura dalam rumah, aku akan tinggalkan dia dekat kau. But, everytime dia jejak langkah keluar dari rumah, aku kena tahu," kata Putera. Bibirnya melorek senyuman segaris.

"Aku suami dia. I will do whatever I want," kata Qadif, tegas.

"You can't do whatever you want once aku buka semula kes ni," sinis Putera. Air kopi disisip perlahan sambil memandang tepat ke Qadif yang terdiam tanpa kata itu.

"Kau nak apa?"

"Kau jadikan Lukman tahanan kau for two weeks kan? Tapi, dia berjaya loloskan diri. Dan, sekarang mamat tu bebas berkeliaran," ujar Putera membuatkan Qadif berubah riak. Kakinya dibetulkan. Agak terkejut. 

"Aku taknak sorok. Aku tengah siasat kes ASP Arman. Ayah kepada isteri kau, Naura Khadeeja. Lukman pun jadi buruan aku sekarang ni," cerita Putera sebelum bersandar pula. Faham dengan riak muka lelaki di hadapannya ini.

"Kes tu dibuka semula?"

"Aku yang minta. Dan, aku nak dapatkan keadilan untuk senior yang aku paling hormat tu."

"Bukan Lukman yang bunuh ayah mertua aku," kata Qadif sebelum rahangnya diketap geram. Geram yang teramat. Entah bagaimana dia harus memberitahu Naura hal yang satu ini.

"Aku tahu. Dia cuma tolong si pembunuh tu je. Bersihkan tempat kejadian. So that, the victim nampak macam bunuh diri. Padahal, ada dalang di sebalik semua ni."

Ayat Putera berjaya membuatkan Qadif sedikit berkerut. Ini la yang difikirkannya beberapa hari ini. Tampaknya, Putera pun berfikiran sama. Sedikit sebanyak, terbit rasa lega di dalam diri. Putera sepertinya boleh dipercayai.

"Holiday ke Terengganu, aku nak ikut. Kalau tak aku akan bagitahu Naura," kata Putera, tiba-tiba. Qadif terlongo luas. Matanya dikerdipkan berkali-kali. Tidak percaya.

"For what?"

"For her safety. I'm doing this because of her late father."

"We are not going there berdua," kata Qadif. Necktie dilonggarkan sedikit. Dirinya terasa sedikit tercabar. Berharap ayatnya ini akan mematahkan semangat Putera untuk turut ikut.

"Aku tahu. Si cantik Malia tu ikut juga kan?" tanya Putera. Dia tahu mengenai hal ini pun dari Malia itu la. Bukan dia yang memaksa. Cumanya, Malia yang terbagitahu tanpa sedar.

"You know her?" kerut Qadif. Dia mula menyimpan rasa curiga di dalam hati. Mahu melabel lelaki ini bukan police officer, dia nampak dengan mata kepalanya sendiri Putera di balas polis tempoh hari.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now