Teja : - Aku.

800 22 2
                                    

Permulaan kisah hidup aku dalam alam remaja bukanlah kisah yang sempurna seperti orang lain. Banyak perkara yang membuatkan aku trauma dan tidak dapat menerima kenyataan.

Tabiat aku, merenung gambar. Kebiasaannya gambar yang diambil ketika ada memori yang manis terjadi. Aku suka tatap, dan imaginasi aku berada di tempat itu kembali. Pelik, kan?

Itulah aku, Teja Dahlia. Masih pelajar dan hidup dalam keluarga yang sederhana sahaja. Walaupun Ibu dan Ayah tidak bekerja, tetapi aku tidak pernah dibiarkan kelaparan.

Ayah tidak bekerja juga disebabkan menghidap penyakit dan Ibu memilih untuk menjadi suri rumah. Niatnya juga mungkin mahu menjaga Ayah. Kami pula hanya duduk bertiga, betapa bosannya hidup seperti anak tunggal.

Kakak dan Abang sudah lama tidak menetap di sini selepas mereka sudah berkahwin. Terlampau banyak soalan yang diajukan kepada aku pada ketika itu, contohnya:

"Ha yang bongsu ni bila pula?" Makcik itu ketawa mengekek.

Aku hanya mampu tersenyum, tidak tahu ingin menjawab apa akan soalan itu. Mungkin tunggu suami makcik lamar saya? Husnuzon juga makcik itu cuma bergurau.

Duduk di rumah juga tidak ada ketenangannya. Sikap baran Ayah sangat menyiksakan hati dan mental. Sebelum Ayah sakit, Ayah seorang yang penyayang dan pandai menjaga hati orang sekeliling.

Mungkin selepas penyakit yang dihidapinya itu terjadi secara mengejut, ada memberi sedikit tekanan di dalam dirinya. Berkali-kali juga aku husnuzon dengan Ayah, tidak mahu ingin dicopkan sebagai anak yang derhaka. Nanti jadi batu.

Sudah puas aku introduksi, kini kembali ke dunia nyata. Aku duduk di meja yang paling belakang semasa berasa di dalam makmal fizik. Ketiadaan dia buat aku risau, berkali-kali aku bertanya kepada semua orang kemanakah dia pergi. Tiada seorang pun yang memberikan jawapan yang tepat dan munasabah.

"Sir, izinkan saya ke tandas." Sir mengangguk lalu laju aku keluar dari situ.

Setelah berhempas-pulas aku berlari kesana dan kesini mencari dia, lalu aku terjumpanya di destinasi terakhir. Kelas. Aku tidak tahu mengapa aku risau akan dia.

"Aku dah putus dengan Danish tu."

Memang secara tiba-tiba aku ceritakan tentang ini. Tapi siapa sangka, aku rasa aku ingin ceritakan kepadanya. Perangai Danish itu juga buatkan aku tidak senang duduk setiap hari, jadi mungkin itu keputusan yang terbaik.

"Kenapa putus? By the way baguslah." Dia menjawab.

Fua'd pernah terdengar perbualan aku bersama Danish di dalam panggilan. Dia juga mungkin rimas akan sikap Danish yang terlalu mengongkong aku untuk kemana-mana. Menjengkelkan.

Boleh dikatakan sampai sekarang dia masih lagi mencuba untuk keep in touch dengan aku. Kalau dengan cara yang baik, mungkin dapat kami jadi sebagai kawan sekarang. Tetapi buat masa sekarang dia terlalu narsistik dan psiko.

Beberapa bulan lepas, aku membuat keputusan untuk tidak mahu ada apa-apa hubungan dengannya. Serabut akan perangainya sampai pelajaran aku juga merosot. Selepas itu, dia berterusan mencuba hubungi aku. Sehinggakan rumah aku juga dia datang untuk berjumpa.

Betul apa orang kata, bila terlampau sayang kita akan jadi bodoh. Sejak dari itu, aku tidak selesa untuk meneruskan hidup. Sebab aku tahu dia bukan jenis yang mudah putus asa.

Aku memilih untuk beredar dari situ. Soalan yang dikemukakan oleh Fua'd juga aku hiraukan kerana panjang sangat kisahnya. Sahaja aku biarkan dia termangu, lain masa dia akan tahu juga kisahnya.

BULAN menerangi suasana bilik yang sunyi. Habis sahaja aku berbalas mesej bersama Fua'd, aku terus cuba untuk melenakan diri. Tetapi ada saja yang cuba mengganggu fikiran.

Sejak akhir-akhir ini, aku sedar akan sesuatu. Aku seperti tidak sayang akan diri sendiri. Berkali-kali juga aku cuba untuk menamatkan semua, tetapi tidak berjaya. Air mata yang mengalir, aku seka. Aku buntu dengan dunia aku. Banyak jalan yang boleh dipilih tetapi penghujungnya seperti tidak akan ada laluan lagi.

Mungkin usaha aku kurang? Bila lihat akan prestasi di kelas, aku buntu. Sebelum itu, ada juga cuba untuk belajar pada setiap masa, pengakhirannya seperti tekanan mental yang aku rasai.

Aku bertanya kepada rakan, bagaimana mereka menelaah pada waktu malam dan sebagainya. Mereka akan berkata, "Homework pun aku tak siap, lagikan study." Sememangnya jawapan yang menarik untuk aku dapat pada ketika itu.

Terdetik satu idea dalam akal, aku mendapatkan semula telefon.

Fua'd

Fua'd, ada masa lapang?

Aku baru je nak tidur.

Oh, menganggu? Maaf.

Takpe, teruskan.
Nak apa?

Kau penat tak dengan hidup?

Lama mesej aku terima tanda biru ditepi. Fua'd juga masih dalam talian. Mungkin tertidur. Aku terus mematikan telefon itu, lalu mencuba untuk tidur.

TAPAK perhimpunan, ada juga sesetengah kawasan yang dibasahi dengan air hujan malam tadi. Cikgu masih juga gagahkan diri untuk mengadakan perhimpunan pagi.

"Ada jugak aku berenang dalam lopak depan aku ni."

"Tak boleh ke masuk kelas terus?"

"Weh, bila masa ada homework?"

"Cikgu tak datang."

Terlalu banyak topik yang aku dengarkan pada pagi ini. Itupun dari mulut orang yang berhampiran, kesal agaknya akan ada perhimpunan pagi. Begitu juga aku.

"Teja." Bahu aku ditepuk.

"Eh." Aku terkejut. Rupanya kawan sekelas aku, Lesya.

"Depan sana ada kosong, jom duduk." Dia mengajakku, aku pun bangun terus bertukar tempat dari belakang ke hadapan.

Dalam fikiran aku ada terdetik, dia sahaja kawan yang aku rapat semasa dalam kelas. Adakah dia baik sahaja berkawan dengan aku? Dia percayakan aku?

"Fua'd okay ke semalam? Kemain kau berlari tolong dia." Lesya membuka buku aktivitinya, sambil itu diajukan soalannya kepada aku.

"Okay je. Tapi hari ni dia cuti agaknya. Aku tak nampak." Aku menoleh kekiri kekanan. Kalau kepala boleh berpusing 360 darjah, aku dah buat dari tadi.

"Kau suka dia ke?"

Soalan maut? Aku tenung Lesya, mukanya tenang walaupun sedang membaca soalan kbat yang dapat memecahkan kepala pelajar. Lagi-lagi subjek yang agak sukar untuk difahami.

"Apa pula? Aku baru je putus kan? Takda maknanya." Aku memandang ke arah lain. Niat mencari orang yang sememangnya tidak hadir.

"Hati manusia cepat berubah. Mana lah tahu kan? Lagipun kau dah lama berkawan dengan dia."

Aku mendengus perlahan, "Kawan, Lesya. Aku highlight, kita orang kawan."

Pada masa itu, aku rasa perkara paling mustahil tiba-tiba menjadi kenyataan. Mengapa aku kaitkan Fua'd dalam introduksi ini? Pentingkah dia?

Mungkin aku akan ditakdirkan untuk dia, Adaam Fua'd?

C | Destined For HerWhere stories live. Discover now