Aku Siapa ?

19 0 0
                                    

Aku siapa -

Aku bungsu, hidup aku semua atas pilihan mereka, dari kecil aku ikutkan apa diorg pinta. Jadi kau siapa?

Aku? Aku anak yang dengarkan segala derita mereka. Dari raungan pilu mereka. Dari derita terasa mereka. Jadi kau siapa ?

Aku? Aku yang seawal tingkatan3 hadap mama yang sudah merintih hiba tentang mata dia tak boleh lihat dunia. Aku? Aku yang peluk angkat dia kala dia terkulai dekat tandas hospital kecewa bila operation mata dia tak berjaya. Jadi kau siapa?

Aku? Aku seawal tingkatan4 mula teman abah di ward kerana badan sudah mula tua. Aku yang dengarkan dia luah cerita apa sahaja yang dia diamkan dari korang semua.Jadi kau siapa ?

Aku yang baru habis tingkatan5, sekali lagi teman mama lemah di ward buat kali tah keberapa. Dengar dia merintih sakit, merintih pilu kenapa dia asyik menderita. Jadi kau siapa ?

Aku yang belum sempat periksa STPM teman mama buat tebuk segala tempat demi ubati kegagalan buah pinggang dia. Aku yang dia yang tanyakan "kenapa mama kena semua ni ya ?". Jadi kau siapa ?

Aku yang cuba kuat, lupakan semua cita² sebab mama abah taknak anak dia yang ni juga jauh dari mereka. Aku yang terima segala pandangan hina manusia kerana kerja cuci tandas. semata², mama abah kata asalkan aku depan mata mereka . Jadi Kau Siapa ?

Aku yang dengarkan abah minta maaf dekat aku sebb perlu jaga dia. Aku yang dengarkan dia merintih sakit tapi dia kata Tuhan nak hapus dosa dia. Aku yang dengarkan luahan hati dia bertapa dia kecewa tentang beberapa perkara. Aku yang dengarkan dia maafkan semua. Aku yang dengarkan dia MERAYU pada Tuhan cabut nyawa dia. Jadi kau siapa?

Saat mandikan yang terakhir juga aku sedaya upaya bersihkan dengan lembut sebab malam sebelum tuh abah merintih bila aku gerakkan kaki dia. Aku yang banyak sangat derhaka pada mereka, banyak dosa, senang cerita tak sempurna jaga mereka, Aku yang mereka banyak keluarkan keluahan, sebab aku depan mata, tingkah Aku tah apa², kecewakan mereka.Jadi kau siapa ?

Aku ? Aku ni banyak kesal tapi aku pendam sahaja. Aku ni kalau nak dikirakan lagi banyak dosa dari kamu semua. Aku yang hadap apa mereka terasa , Aku yang hadap apa mereka kata. Jadi kau siapa ?

Aku si bongsu - yang hadap umur tua mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 24, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PUISI HATI -  gadisberpuisiWhere stories live. Discover now