Bab 7

22 3 0
                                    

Dari kejauhan Amaya Khayrin hanya melihat mereka semua yang sedang bermain game di tepi pantai itu.

Dia melihat ade segelintir kawan-kawan abang mereka yang cuba nasib ingin mengenali rakannya. Tergelak kecil dia melihat telatah-telatah mereka.

Masuk hari ni sudah 2 hari mereka berada di Pulau Tioman yang indah ini. Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan tapi dah petang-petang macam ni mereka hanya mengambil angin di pantai tersebut dan bermain beberapa game.

Dalam tak sedar Dahlia Medina berada di tepinya.

"Hah buat apa kat sini?" Jerkah Dahlia Medina apabila melihat Amaya hanya termenung sahaja tadi.

"Oii.. Makcik hang tergolek" Melatah Amaya.

Dahlia sudah ketawa besar mendengar latah Amaya.

"HAHAHAHAHAHA.. Kau dengan melatah berpisah? Memang tidak la ye" Kata Dahlia dengan ketawa yang masih ada.

"Ishh jangan jerkah aku macam tu boleh tak? Maunya kalau aku ada sakit jantung macam mana?" Marah Amaya pada Dahlia. Kenapa ramai sangat orang suka menjerkahnya? Cuba la tegur elok-elok sikit ni tak asyik nak terkejutkan orang saja!

"Chill la beb, tak adanya aku jerkah kau sampai boleh dijadikan maut. Kau buat apa kat sini? Asal tak join diaorang main bola tampar?" Soal Dahlia,hairan juga dia.

"Apa-apa jela Nurul Dahlia Medina Binti Daud Erman. Aku saja nak rehat kejap dekat bawah pokok ni, buat tenangkn fikiran."

"Dah kenapa pulak kau ni? Sejak-sejak tak jumpa aku ni ada je yang tak kena? Kau putus cinta? Tapi kau bercinta dengan sapa pulak?" Bertubi-tubi soalan yang dikeluarkan oleh Dahlia. Musykil dia dengan Amaya ada saja perkara yang bermain dalam pikiran gadis itu.

"Kau ni satu-satu la tanya pun. Aku bukan putus cinta, ni buah hati pun tak ada ni kan pulak bercinta. Tadi aku jumpa ex classmate kita" Kata Amaya dengan keluhan yang terbit dibibirnya.

"Sapa?" Soal Medina dengan teruja. Nak tahu juga siala yang Amaya jumpa.

"Arman" Sepatah nama itu disebut.

"Arman Noahh??!!" Jerit Dahlia sebelum sempat mulutnya di tutup oleh tangan Amaya.

"Diam-diam jela gila!! Kau ni nak menjerit pun agak-agak la mau Ila dengan Lia dengar nanti macam mana? " Balas Amaya dengan amaran. Mata melihat rakan-rakannya yang lain.

Jika nak dibandingkan dengan Taalia dan Laika. Amaya lebih rapat dengan Dahlia, senang nak bercerita. Jika dia share story dengan Taalia dan Laika pasti saja mereka akan marahnya. Tapi marah yang bertanda sayang bukan marah tidak suka apabila Amaya bercerita. 

Lagi-lagi tentang nama lelaki yang disebutnya. Nama yang Taalia dan Laika sungguh benci disebabkan peragai lelaki itu ketika sekolah menengah dahulu.

"Hehe aku terkejut je. Yela dia dah lama kot suka kau kan?" Soal Dahlia.

"Tapi sekarang tak tahu la. Aku takut dengan dia, yela dulu kan pernah ade kes dia dengan junior kita duk buat benda yang bukan-bukan" Resah Amaya dibuatnya apabila bertemu dengan Arman secara tak sengaja.

Dahlia hanya mengangguk sahaja. Telinganya masih mendengar setiap luahan Amaya.

Dia teringat akan kejadian pagi tadi. Entah macam mana dia boleh terjumpa dengan lelaki itu pun dia tidak tahu.

Amaya berjalan seorang diri di pesisiran pantai itu dia melihat pantai itu dengan tenang tambah pula pada masa itu sunrise baru nak naik. Memandang masih pagi jadi hanya dia seorang sahaja yang sudah bangun.

Sedang dia berjalan dengan mata yang tidak lari dari pemandangan yang indah itu secara tidak langsung dia terlanggar seseorang yang berjalan bertentangan dengannya.

MR NAKHODA: KING OF THE ISLAND Where stories live. Discover now