Khayla 4

35 7 4
                                    

Dompet dan telefon aku capai sebelum keluar dari bilik. Aku mengenakan pakaian yang bersahaja. Nak pergi pasar aje bukannya shopping mall. Tudung pun aku capai sahaja tudung sarung yang aku nampak depan mata. Nak pakai elok pun buat apa, bukannya ada pelajar lain yang menetap di sini. Aku rasa aku seorang aje yang duduk kawasan ni.

Oh, Imran pun mungkin menetap di kawasan ini. Mungkin lah sebab aku pun tak pernah tanya di mana rumahnya. Teringat dia tidak suka beritahu tentang dirinya, jadi aku rasa buang masa tanya yang Imran akan pilih untuk tidak jawab.

Disebabkan pasar dekat, rajin juga lah aku bersiap dan berjalan ke sana. Kalau jauh, mungkin aku dah berubah dari pemalas jadi rajin. Seperti yang aku agak, pasar sudah dipenuhi dengan manusia-manusia yang tidak jumpa jalan pulang ke rumah. Bagusnya pasar malam di kawasan sini, mereka akan menyediakan tempat makan atau lepak.

Ruang pun besar dan banyak tempat disediakan jadi tak perlulah aku balik ke rumah dengan makanan yang banyak. Sekurang-kurangnya aku beli dan terus makan, kalau tak cukup boleh beli makanan lain. Sangat bijak!

Melihat berpusu-pusu manusia di satu lorong, aku hanya berdiri kaku sahaja. Kalau aku sertai mereka, memang penyek aku di situ. Dah lah aku tak cukup ketinggian. Badan pula tak cukup besar ini kan nak lalu jalan tak ada ruang tu. Sesak nafas dibuatnya nanti.

Haih... entah bila lah aku diberi peluang nak berjalan. Perut sudah menyanyi kelaparan. Makanan pula bukannya banyak sangat. Mesti banyak dah habis. Sedih lah macam ni. Aku ni dah lama teringin nak makan kerabu maggie. Malam ni kalau dapat, memang aku tidur dengan kegembiraan. Kalau tak dapat, aku bakal murung esok.

Tiba-tiba seseorang berdiri di sebelah aku. Selangkah ke tepi aku ambil apabila menyedari jarak kami agak rapat. Mahunya ada kawan mama papa di sini, mereka pergi canang aku bersama boyfriend pula. Tapi perfume ni aku kenal. Aku pandang wajahnya. Kan aku dah cakap aku kenal perfume ni.

Bau Imran Khan.

"Baru sampai?" agak tak betul soalan ni, tapi tak salah bertanya.

Dia angguk kemudian geleng. Berkerut dahi aku cuba faham apa yang dia sampaikan.

"Tak lama, tak baru. Cukup masa untuk tengok kau berdiri macam patung dari tadi,"

Riak wajahku bertukar sedih.

"Haih, lama lagi ke diorang ni nak balik? Aku nak beli makanan juga!" aduku.

"Kalau kau tunggu sampai bila pun kau akan jadi patung dekat sini Khayla,"

"Tahu, tapi takkan lah aku nak lalu jalan sesak ni? Dah lah banyak lelaki. Besar-besar pula tu, penyek aku nanti macam mana?"

Imran meletuskan ketawa. Untuk pertama kali Imran gelak dengan kuat. Dia ni memang suka perli aku ke macam mana?

"Gelak pula!"

"Jom!" ajak Imran selepas puas gelakkan aku.

Menyedari aku tidak mengikutnya, Imran menghentikan langkah dan menghampiriku semula.

"Jom, aku teman. Kalau kau tercegat je kat sini, nanti makanan habis. Lapar nanti bertukar jadi monster pula,"

"Mana kau tahu?"

"Kakak aku macam tu,"

Oh, dia ada kakak. Gayanya macam anak sulung tapi tidak rupanya. Aku hanya senyum tipis lalu mengikut langkahnya. Dia jalan dibelakangku. Imran betul-betul menjaga laluan untuk aku. Dia akan menahan mana-mana lelaki yang sedang menolak antara satu sama lain supaya aku tidak ditolak sama.

Aku pandang Imran seketika sebelum meneruskan perjalanan. Akhirnya, jalan sudah tidak sesak. Senyuman lebar aku ukirkan apabila melihat kerabu maggie di hadapan mata. Laju langkahku menuju ke kedai itu.

BINTANGWhere stories live. Discover now