BAB 24

3.5K 150 8
                                    

MALAM menjelma. Dee kalih pandangan ke kiri. Dee mengangkat  sebelah tangan dan mengusap pipi Rash. Renungan matanya berubah hangat. Jemarinya meliar di sekeliling muka Rash. Rambut Rash yang terjuntai dia selak di celah telinga.

       Pejam celik, pejam celik. Sudah lapan bulan dia bergelar isteri kepada Arash Zuhairi. Dia tersenyum sendiri. Perut yang membuncit dia usap. Kandungannya sudah mencecah tujuh bulan. Tinggal beberapa bulan saja lagi dia nak bersalin.

       "Ahh... jangan. Jangan Esha." Peluh merenik di dahi Rash.  Kedua belah tangan Rash  naik menekup telinga. Matanya terpejam rapat. Rash mimpi ngeri.

       "Esha! Jangan tinggalkan abang. Jangan!" Rash terus merayu dalam tidur.

       "You! You! You!" Dee goncang tubuh Rash. "Bangun! You mengigau lagi malam ni."

        Kepala Rash terteleng kiri kanan, kiri kanan.

       "You!" sekali lagi Dee goncang tubuh Rash. Tak tahu nak buat apa lagi, dia turun dari katil lalu dia masuk ke dalam tandas. Satu baldi kecil dia isi air. Kemudian dia simbah ke atas muka Rash. Barulah Rash terjaga dari mimpi.

       Habis lencun satu badannya. Bukan setakat badannya yang basah, tilam pun habis basah sekali.

         Rash terpinga-pinga. Terkejut pun ya.

        "You ni kenapa? You mimpi apa, Rash?"

         "I tak tahu nak buat lagi. I kejutkan you, you tak bangun. Jadi I simbah air atas muka you." Dee letak baldi atas lantai. Dia labuhkan punggung di sebelah Rash.

        "You rindukan kakak I?" tanya Dee serius. Anak mata Rash dia pandang tepat.

        "Setiap malam you asyik mengigau sebut nama kakak I. Dah tiga bulan you macam ni, Rash. Tapi... I biarkan saja sebelum ni," luah Dee.

         Mata Dee sudah berkaca

       "I tak pernah minta you untuk lupakan kakak I, Rash." Air mata merembes keluar.

        "Tapi setiap malam you asyik sebut nama kakak I bila you tidur.  I ni isteri you."

        Dada yang terasa sesak Dee cengkam kuat. Sakit. Rasanya sangat sakit.

       "Jujur dengan I, Rash." Dee beranikan diri untuk bertanya. Bibir dikemam, menahan diri dari terus menangis.

         "Selama kita bersama pernah tak you anggap I ni Danielle? Atau you masih anggap I ni Esha?" Dee tunjal dada Rash. Matanya berkaca-kaca.

          "Jawab soalan I Rash!"

           Rash telan liur.

           "Dee..." Rash menapak setapak ke depan. Cuba menyentuh Dee.

            Setapak Rash ke depan, setapak Dee ke belakang.

             "Jangan sentuh I," tegas Dee.

            "Dee..."
         
            " I minta maaf..."

             Dee ketawa halus. Air mata diseka dengan hujung jari.

           " Tak sangka I bersaing dengan orang yang dah mati, kan?" Dee jambak rambut ke belakang. Badan disandar di dinding.

            "Apa dosa I, Rash? You buat I jatuh cinta dengan you, tapi... hakikatnya you belum move on dari kakak I." Mata Dee terpejam rapat. Nafas diatur sebaik mungkin. Dada yang sesak dia urut.

TAKDIR YANG TAK DIPINTA || COMPLETED✅Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang